perasaan ramadhan~


Bismillah. Moga Allah memberkati kita, dan sentiasa bersama kita ketika masa yg terbaik antara masa2 yg dicipta oleh Allah untuk kita.

2. Sedikit perasaan ketika mula Ramadhan, agak sedih bila hati tidak merasai kedatangan Ramadhan.

3. Ketika itu badan mungkin solat terawih, bibir mungkin bertilawah, kaki mungkin melangkah ke Masjid, tetapi hati tidak pasti, diRamdhan atau diMana.

4. Maka, ketika itu jelas bahawa ada sedikit masalah pada hati, mungkin maksiat sudah menebal, mungkin kecintaan dunia sudah membalut, dan sebagainya.

5. Maka tatkala itu bermula tekad untuk mengariskan azam untuk Ramadhan kali ini.

Tidak cukup dengan hanya beberapa juz sehari, malah tidak cukup dgn terawih dan qiyam, malah memerlukan kekhusyukan hati yg bersedia menyambut cinta Allah.

Hati yg digambar didalam sebuah hikmah :

يا باغي الخير أقبل

wahai mereka yg inginkan kebaikan ambillah.

6. Perlu meningkatkan keigninan untuk beribadah, perlu segera bangkitkan kehendak bahawa diri ini memerlukan Allah, kerana ramadhan berlalu pantas, sedar sedar sudah hari keempat kita berpuasa.

7. maka adakah bagi kita masa lagi? – lebih berat buat yg menulis untuk melakukan apa yg ditulis.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s