patah hati~


Alhamdulillah, hidup masih ada, dan kematian belum menjenguk. Alhamdulillah.

1. Manusia tercipta bukan sekadar beakal dan berjisim, ada sebuah unsur yg lebih utama dari keduanya , unsur hati.

2. Hakikatnya disinilah bermulanya  yg ada pada kita hari ini, segala yg kita gapai dan capai, yg kita gagal dan kecundang, semuanya pada hakikatnya bermula diHati individu itu.

3. Kerana itu, bukankah Allah memberi ganjaran mereka yg berusaha sepenuh hati kepada Allah, berbanding mereka yg berjaya tanpa sepenuh hati kepadaNya.

4. Ini kerana Hakikatnya bukanlah untung duniawi dikira untung, tetapi untung akhirat khairun wa abqa.

5. Patah hati, sebuah fenomena yg berulang, tiada siapa bisa lari, cuma mungkin hari ini, mungkin lusa, mungkin bulan ini, mungkin bulan hadapan, isunya bukan kena atau tidak, tetapi masa yg kita kan kena dgn patah hati.

6. Ada yg menggelarnya sebagai down, ada pula yg kata sebagai blank, ada yg kata sebagai kecewa, namun saya lebih suka pakai apa yg Rasulullah kata, iaiatu sebagai futur.

7. Futur sinonim dgn dakwah, namun hakikatnya setiap org dai’e atau tidak bisa futur.

8. Namun tidak semua perkara mudah untuk patah hati, biasanya sbb 2 sahaja – Perempuan & Tempat berdiri didunia(termasuklah studi kerja dan sebagainya)

9. Ramai Perempuan patah hati sbb laki, tapi ramai juga Lelaki patah hati sebab perempuan, ibarat cinta yg didamba itulah yg terbaik buat dirinya tanpa cinta yg lain.

10. Semua dek kerana nafus tapi ramai juga kerana ingin membina, dan mengimpikan cinta sejati, bahagia dgn isteri yg cantik ceria dan mengikut citarasa gitu, namun adakah itu sebab2 utama untuk menjaga hati dari patah ? atau apa? wallahu a’alam, yg membaca lebih aarif dari yg menulis.

11. Kadang2 didalam studi, ketika exam ketika kecewa, puluhan,ratusan jam yg dikorbankan tidak mampu menjawab beberapa soalan exam, kita kecewa, patah hati.

12. Adakah dgn begitu kita semakin cemerlang didalam hidup? atau apa? wallahu a’alam, yg membaca lebih aarif dari yg menulis.

13. Hakikatnya, pabila kita jauh dari hakikat sesuatu perkara, maka tatkala itulah kita mudah patah hati.

14. Hakikatnya adalah Allahlah yg mencipta semua perkara, cinta,benci,kecewa, harapan.

15. Hakikat yg dari kecil kita diajar – ‘siapa yg mencipta semua?’ ….’Allah’

16. Mengambil sebab dan berusaha sangatlah penting, namun lebih penting jangan lupa pencipta kebaikan, berusahalah dengan penuh tawadhu’, dengan penuh rasa kebersaman dengan Allah sepertimana madah Junaid Al-Baghdadi pada suatu hari di zaman tabiin, seperti hari-hari biasa, mereka berbicara mengenai kecintaan kepada Allah (mahabbatullah). Masing2 meluahkan pandangan mereka mengenai kasih dan cinta kepada al-khaliq. Tiba giliran seorang lelaki paling muda antara mereka, pabila ditanya pendapatnya menngenai kecintaan kepada Allah,lelaki itu diam sejenak, pandangannya ditundukkan dan air matanya mula bergenang. Beberapa ketika, dia mengangkat wajahnya seraya bermadah dengan suara yang tersekat2 menahan sendu…

عبد ذاهب عن نفسه

متصل بذكر ربه

قائم بأداء حقه

ناظر في قلبه

وإن تكلم فبالله

وإن نطق فعن الله

وإن تحرك فبأمر الله

وإن سكن فمع الله

فهو بالله لله مع الله

Seorang hamba pergi meninggalkan nafsunya,
Sentiasa terikat dengan zikr tuhannya,
Sentiasa segera menunaikan hak-hak-Nya,
yang melihat tuhannya melalui hatinya.

Jika dia bercakap, maka dengan Allah, (dgn nama Allah)
jika dia berkata-kata, perkataannya hanya tentang Allah,
jika dia bergerak hanyasanya dengan perintah Allah
dan jika dia berdiam diri, dia tetap bersama Allah.
Maka jadilah dirinya dengan Allah, untuk Allah dan bersama Allah.

Maka bergenang air mata setiap yang hadir mendengar madah lelaki tadi. Hati mereka semakin cinta, sayang dan rindu untuk berjumpa Tuhan mereka.

(cerita diambil dari silsilah ihya’ fiqh dakwah Syeikh Ahmad ar-Rasyid, text credited to blog Zaizul)
Advertisements

3 comments on “patah hati~

  1. din berkata:

    patah sungguh hati?hmmm

    • suhailsufian berkata:

      memang tak boleh lari dari patah hati, cuma kita belajar tenang dan melakukan sesuatu pada kadar yang betul, masa yg betul, cara yg betul.

      tak mudahkan 🙂

  2. muhammad3011 berkata:

    jazakallahukhair atas perkongsian. post yg menambah kekuatan utk ana terus berubah kpd kabaikan insyaAllah
    p/s: mungkin blh letak widget email subscription supaya blh dpt update ttg post terbaru

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s