Ust Hasan Shukri Rahimahullah


Assalamualaikum, tahun-tahun akhir ini disebalik kegembiraan ramainya kelahiran mujahid baru, tidak dilupakan kesedihan pemergian ramainya mujahid dan mereka yg dekat dihati kita. Belum lagi dikira mereka yg kurang kita kenali dalam kes flotilla baru-baru ini.

2. Baru-baru ini, perginya seorang mujahid didalam PAS (parti islam semalaysia) iaitu ustaz Hasan SHukri.

Beliau yang digelar perlembagaan bergerak telah pulang ke rahmatullah semalam selepas pulang dari muktamar.

3. Membuatkan ana terfikir, betapa ketidakpastian kita dalam perjuangan sebenarnya bisa mengerdilkan diri kita. Menjadikan kita zuhud dan takut kepada Allah lantaran ketidak pastian yg bakal dihadapi.

Entah tetap atau tidak dalam berjuang tidak akan diketahui melainkan selepas dicabut nyawa kita.

4. Begitulah fitrah perjuangan yg tetap dari dulu, sepertimana yang diterangkan oleh Imam Al-Banna, apabila beliau menerangkan tentang thabat, beliau mengatakan :

Apa Yang Saya Maksudkan Dengan Thabat;

Thabat bermakna seorang akh terus menerus bekerja dan berjihad untuk mencapai matlamat

walau sejauhmana tempoh yang ditempuh dan memakan masa bertahun-tahun lamanya,

sehingga dia bertemu dengan Allah.

Dia akan memperolehi dua kejayaan, sama ada dia mencapai matlamatnya atau dia mencapai syahid di akhir nanti.

Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.
(Al-Ahzab: 23)

Ustaz Hasan Shukri pernah memimpin PAS sebagai Timbalan Presiden, dan seterusnya walaupun dalam keadaan tidak memegang jawatan yg tinggi, malah berada dibawah bersama mereka yg baru, namun masih tetap berjuang.

Dan Allah memanggil beliau kembali tatkala pulang dari Muktamar.

5. Suatu perkara yang saya pelajari dari mereka yang sudah lama dalam medan adalah sentiasa menghormati malah mengambil qudwah dan khibrah dari mereka yg telah berjuang, walau berbeza fikrah dan manhaj.

Akhirnya, kita akan diukur diakhirat kelak atas apa yg telah kita lakukan. Jika kesebokan kita hanya serendah dunia, walaupun empunya fikrah terhebat tanpa amal, maka mereka yg mungkin hanya mengenal Islam sebentar tapi menyerahkan diri sepnuhnya kepada Allah, lebih tinggi maqamnya disisi Allah.

6. Takutlah kita (yang muda) terhadap sikap sering suka mencari perbezaan dan berlebihan didalamnya, tanpa melihat persamaan dan mengambil khibrah darinya dan skeptik kepada mereka yg berbeza fikrah dari kita.

Ustaz Hasan telah membuktikan hidup beliau pada perjuangan (wala nuzakki a’la Allah ahada) pada zahirnya kita menghukum begitu.

Moga Allah merahmati beliau. dan memandu kita yang masih baru ini.

(Maklumat terperinci bolehlah rujuk hartakahdaily.)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s