Abdul Malik | The Unsung Hero


Assalamualaikum, 27/5 merupakan sebuah tarikh yang pahit, apabila seorng pejuang keadilan Negara telah pulang ke rahmatullah.

Saya yakin,ramai tidak mengenali beliau, maka jadikanlah itu sebab untuk anda meneruskan pembacaan kerana kejahilan kita terhadap seseorang pejuang keadilan merupakan kekurangan dalam ilmu untuk berjuang dan kekurangan dalam ilmu ketika berjuang merupakan kelemahan seorang pejuang.

Beliau merupakan Abdul Malik Ahmad Syah, anak sulung kepada Undang Naning ke-7, Orang Kaya Seri Merah Dato’ Ahmad Syah Mohd Said Al-Haj. Yang merupakan keturunan ke 3 daripada Abdul Said yang merupakan pejuang kemerdakaan pada era 50-an menentang penjajahan British yang mana pengakhirannya dengan pembelotan dari Rembau menyebabkan beliau kalah pada siri kedua peperangan British – Naning dan mengakibatkan beliau dibunag negeri. Beliau lebih masyhur dengan panggilan Dol Said.

Atuk Malik(Abdul Malik)pernah dicalonkan menjadi Buapak kepada Perut Ular-ular, yg mana mengikut adat pepatih Naning Buapak dilantik dari anak sulung dari Buapak sebelumnya bagi menggantikan beliau, berbeza dalam pemilihan Undang Naning yg mana akan bergilir antara empat Perut yg membentuk Negeri Naning itu sendiri suatu masa dahulu.

Beliau merupakan Abang kepada nenek penulis, dan sepupu kepada atuk penulis, dimana mengikut adat pepatih perkahwinan ditekankan untuk berlaku sesame Perut ataupun dengan Perut yg lain, tetapi didalam keturunan Naning. Istilah adatnya, Darah kuning mesti kahwin dengan darah kuning.

Tetapi beliau berbeza, memecahkan adat demi membentuk keadilan dan kemajuan, dengan berkahwin dengan seorng muallaf keturunan Baba dan Nyonya.

Pada peringkat awal perjuangan beliau, beliau bersama UMNO dalam membangunkan Negara dan keadilan, yang mana ketika itu UMNO bukanlah seperti sekarang, yg mana ketika itu UMNO dipenuhi oleh mereka yg cintakan keadilan dan inginkan kemajuan kepada Negara,Agama dan bangsa, ketika itu ia diterajui oleh Dato’ Onn Jaafar, seorng kenalan rapat Atok Malik(Abdul Malik Ahmad Syah).

Namun pasca kemerdekaan melihatkan golongan yg dididik british dan berkepentingan mula menguasai UMNO, budaya rasuah mula meresap.

Tapi, ketika itu masih ada yang sayangkan keadilan dan kemajuan, menentang korupsi dari dalam dan luar, antaranya Atuk Malik sendiri.

Yang mana beliau bercerita kepada penulis bagaimana beliau berjuang dikawasan Taboh Naning ketika itu.

Tatkala pilihanraya kawasan terdapat seorang calon utama(maaf nama beliau sudah penulis lupa kerana sumber yg diambil merupakan sumber lisan) yg mana calon ini masyhur disukai rakyat dan mampu memimpin dengan baik, namun kerana politik wang sudah menunjukkan warnanya, beliau tidak dipilih dan UMNO memilih untuk meletakkan calon lain yg telah menggunakan politik wang untuk menjadi calon.

Dengan semangat menegakan keadilan dan menentang korupsi beliau berarak berdemonstrasi dengan calon yg awal tersebut dan akan bertanding juga walaupun tanpa tiket dari UMNO kerana memikirkan keadilan lebih utama.

Dalam perarakan tersebut berlakulah pertembungan antara dua pihak yg bertembung, berlaku pergaduhan kecil namun reda apabila pihak kedua sedar mereka lemah berbanding pihak Atuk Malik yg mana kebanyakannya jaguh silat gayung kawasan tersebut(ayah kepada Atuk Malik/Dato’ Ahmad Syah merupakan penaung silat gayung dan antara pengasas bersama Datuk Meor namun akhirnya menyerahkan tampuk silat gayung sepenuhnya kepada datuk Meor dlm pengembangan silat gayung kerana sebok urusan politik) ditambah dengan pujukan dari Ayah beliau meredekan suasana.

Atuk Malik melihat kejayaan makin hampir , namun sedikit campur tangan dari UMNO pusat dan beberapa individu akhirnya melumpuhkan usaha mereka.

Akhirnya tindakan disiplin dikenakan terhadap Atuk Malik dan 2 orang bersama beliau, dimana mereka digantung keahlian dari UMNO seumur hidup, dan tidak dibenarkan terlibat dalam pilihanraya kawasan.

Saya teringat antara pesanan-pesanan terakhir beliau sebelum saya pergi ke Mesir, dimana beliau menghantar saya sehingga turun ke tangga departure.

Baliau berkata dengan saya secara peribadi

“Kita ni darah pejuang, darah pahlawan, sampai mati kita mesti berjuang”

Sampai ke harini frasa ini saya semat dalam hidup sabagai pejuang.

Namun tidak disangka itulah antara pesanan terakhir yg saya dengari dari beliau, tidak disangka itulah juga pertemuan terakhir dengan seorang yg telah berjuang dan berjasa kepada Agama dan Negara namun itulah beliau Atuk Malik tidak pedulikan kemasyhuran dan saya yakin jika artikel ini tidak ditulis pasti lebih ramai yg tidak akan mengetahui perjuangan beliau, malah tidak mengenali beliau sendiri.

Itulah tabiat the unsung heroes, may they be like the one Ar-Rasul described as the one that lives in dignity but still invisible among people, hidden among the earthlings but famous among others.

Semoga Atoklong(Atok Malik) menjadi antara solihin dan diterima amalan diakhirat kelak, walaupun Atoklong tidaklah masyhur seperti yg lain namun moga Allah menjadikan Atoklong antara al-abrar alatqiya’ yg mana tidak masyhur dikalngan manusia namun masyhur disisi tuhannya.

Semoga Atoklong menjadi inspirasi kami dan duduk dikalngan para Rasul, Anbiya’ dan para syuhada’ diakhirat kelak, kerana merekalah sebaik-sebaik manusia di-Akhirat kelak,

Allahumma ameeen.

Rujukan :

  1. sumber lisan
  2. Tambo Alam Naning – Dato’ Ahmad Syah Mohd Said Al-Haj undang Naning ke-7, terbitan dewan pustaka dan bahasa.
Advertisements

3 comments on “Abdul Malik | The Unsung Hero

  1. thaaqhib berkata:

    uh..darah kuning kene kahawin darah kuning!

  2. RAUF berkata:

    sayerasesaye kenal tokoh ini kerana saya adalah salah seorang kerabat yam dato naning

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s