tips studi II | the hour mark/Chelsea vs Wigan(a simple analysis)& sikit lagi


Assalamualaikum, kaifa halukum? la’allakum fi khair.

Sambungan post sebelum ini. moga berguna.

1. the hour mark. Dalam perlawanan bola sepak profesional, mereka selalu menggunakan the hour mark untuk tactical changes, ia merupakan antara open secret antara manager2 terhebat dunia!. Simple sahaja, kekal dengan tactic yg sama 60 minit bermain pertama dan baki 30 minit melakukan perubahan radikal dalam taktik.

Contoh dalam kejayaan chelsea keatas wigan 8-0, Carlo Ancelotti menunjukkan kehebatan beliau dgn hanya melakukan 2 perubahan player sebelum the hour mark, dgn memasukkan Belleti menggantikan Ivanovic dan Joe Cole menggantikan Kalou beliau menambah 4 jaringan lagi untuk melengkapkan kemenangan bergaya 8-0.

Apa signifikannya perubahan yg dibuat? Secara mudahnya Ancelotti kekal dengan tactic biasa beliau dengan menyerang menggunakan dengan kepantasan sayap kiri dan kanan dan possesion di tgh, kekal dengan tactic sedemikian selama sejam, dan pastinya pihak lawan sdh membuat man marking untuk dgn baik untuk 20 minit terakhir jam tersebut.

Ivanovic  lebih gemar membuat early cross berbanding belleti yg gemar menggunakan ruang di hujung kanan, dan memberi ruang untuk attacking player speerti Joe Cole masuk ke tengah maka pemain lawan perlu mengubah strategi dgn pantas drpada man maring kepada zone marking, ditambah pula dgn Joe Cole yg suke bermain di bahagian tengah ke kanan dan selalu swith position dgn Malouda, membuatkan man marking agak krg efektif dan mengakibatkan gol ke 5 kerana man marking menyukarkan defender untuk melakukan clearence. Ditambah pula player didlm yg tahu menjangka akan diubah akan lebih pulun kerana hampir kepada the hour mark.

Maka hasilnya setengah jam terakhir menghasilkan gol sebanyak sejam pertama, dlm erti kata lain nilai produktiviti x2!!. Ini terbukti dgn satu assist dr Ivanovic dan gol penalti akibat Joe Cole jatuh didlm kotak penalti.

Persoalan, Apa kaitannya dengan studi?

Secara mudah, ana selalu menggunakan the hour mark sebagai PETANDA untuk belajar.

1. Simple, letak target (etc 50 m/s) yg sesuai dgn sejam

2. pulun dengan menutup semua perhubungan dengan dunia luar (laptop, buat kopi, Khayrat dll yg mengganggu studi),

3. tekun dan fokus selama sejam tanpa henti, berhenti mungkin untuk 30 saat bernafas dan minum sebanyak mungkin air kosong.

4. Habis sejam, check adakah target tercapai dan ukur jika target blh dihbskn dlm masa 15 minit maka hbskn target tersebut.

5. Habis target (contohnya 50 m/s) – maka ambil masa 3-5 minit belek semula dan cuba OUTPUT kan apa yg dibaca. Plg krg berkhayal.

6. Rehat (15-20 minit)

7. MULA SEJAM ke-2 dengan tekad ‘ana dah lalui sejam sebelum ini dan an hour is really just a piece of cake!’

2. ‘Sikit lagi’ – merupakan moto ketika membaca! Ana meletakkan petanda dgn tertulis ‘skit lagi’ .

Ia merupakan moto yg ana dapat dari murabbi ana diMalaysai bagaimana kisah sebuah Syeikh dan anak muridnya.

Kisahnya bermula apabila anak murid tersebut bertanya bagaimana ingin berjaya seperti syeikhnya.

Maka Syeikh nya membuat  mengajak anak murid beliau untuk bertanding, Pertandingannya mudah sahaja , kedua dua perlu membuka mulut dan perlu menggigit tangan lawan, dan siapa yg tarik dahulu akan dikira kalah.

Maka bertandinglah antara Syeikh tersebut dan anakmuridnya.

Kedua-duanya menggigit dengan sekuat hati sehingga merah padam muka keduanya(ok part ni ana tambah)..

dan akhirnya pup! Anak muridnya membuka mulut lantaran sakit ditangannya.

Maka peliklah anak murid tersebut dan bertanyalah kepada Syeikh nya, ‘Apa maksud pertandingan ini? Apa kaitan dengan kejayaan?’

Maka jawab syeikh tersebut ‘ MUdah sahaja, beza antara  ana dan anta adalah ana hanya tahan sikit lagi berbanding anta’

maka sedarlah anak murid tersebut beza kejayaan dan kegagalan sebenarnya bukanlah banyak cuma perlu tahan sikit sahaja lagi. Ingat sikit lagi itulah membezakan seorng yg berjaya dan gagal.

Moga bermanfaat tips kali ini, tips lain blh ambil dr blog hijau milik rakan ana seorng Doktor ‘pakar’  di Cairo.

Wallahu a’alam

Advertisements

One comment on “tips studi II | the hour mark/Chelsea vs Wigan(a simple analysis)& sikit lagi

  1. Ibnu berkata:

    aik..Khayrat pun ada ke dalam benda yang menggangu….?hehehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s