susahnya berubah…


assalamuaalaikum , salam buat pembaca blog ini, agak lama tidak menulis atas beberapa faktor(studi,dan sedikit risalah penulisan bebas).

Kita melihat dunia, tidakkan sama setiap saat, pasti ada udara yg bergerak,pasti ada air yg mengalir, pasti ada hujan yg turun dan membersihkan bumi, pasti ada langkah yg diambil, pasti ada sel yg bercambah pada pohon mahupun diri dan menggantikan sel yg ada ataupun dgn tujuan untuk membesar, Khayrat sendri baju yg tidak muat minggu lepas sudah muat hari ini.

Alam disekeliling kita sentiasa berubah,namun pelik,sangat pelik, kita masih sama.

1. Mungkin pada hakikatnya kita berubah,namun pada perasaan yg melihat dan merasa perubahan pada diri,merasakan seolah kita tidak berubah, seolah sudah sampai pada perubahan = 0 dan masa berjalan dan meninggalkan kita sedikit demi sedikit.

Maka,kita melihat kia mengulangi perkara sama setiap hari ,ataupun pada skala yg lbh besar pada setiap minggu mengulangi perkara sama.

Jika kita baik,maka kekal baik tanpa bertambah atau berusaha menambah kebaikan tersebut, jika kita melakukan perkara yg keji maka kita mengulanginya setiap hari, malah mungkin kita bertaubat, kembali semula pada perkara sama, dan jadilah taubat dan perkara keji itu satu putaran yg berulang setiap minggu.

Maka apabila mula kita menyedari kita berputar pada putaran yg sama, maka bermulalah keadaan kedua , iaitu perasaan susahnya  untuk berubah.

2. Beberapa rakan pernah mengadu kepada saya mengenai perkara ini, antara yg saya nilai sebagai serius adalah antara keadaan berikut :

” Su (nama panggilan rakan-rakan rapatkepada penulis) aku dah try dah berhenti zina, tapikan ko mane tahu,kalau dh kena skali,gian tahu tak,lagipun aku pakai teknologi lah, jgn risau tkde masalahnya’ lalu beliau menyambung “Bukan aku tak taubat,tapi ko tahu tak byk kali dah aku taubat,tp kan susah dowh nk berubah” maka beredarlah dia dgn perasaan bersalah.

Saya dah try byk kali dah,tp kalau eminggu tak kena(melihat web lucah), mmg ssh hidup,tmbh kalau dok sorng2″

” Siapa nak bunuh diri woi, tp hidup tak tenang dowh kalau tak kena sebatang(rokok)”

” Alaa, biasalah aku pun pegang2 ske je, ko jgn risau kitorng setia”

Namun,pada penghujung perbincangan pasti mereka mengungkapkan kata2 yg sama,

” Aku bukan taknak berubah tapi susah dowh, aku dan taubat byk kali dah”

susahnya berubah….

Namun ramai juga yg sdh berubah, persoalan yg penting apakah caranya?

3. Beberapa langkah praktikal buat mereka yg rasa susah untuk berubah,dan merka yg selama ini secara rahsia mungkin melakukan perkara keji namun tidak menjumpai cara untuk berubah :

1. Perubahan bermula dari hati

– Hakikatnya pertembungan dihati antara cinta yg baik dan buruk sentiasa berlaku. Apabila cinta yg buruk menyeaputi maka buruklah tigkah lakunya begitulah sebaliknya.

– Makruf cinta terbaik adalah cinta Allah, dan perlu untuk mengejarnya kerana ialah penyelesaian kepada semua masalah, namun buat mereka yg sudah bergelumang dlm cinta dunia dan perkara keji, sgt sukar untuk kembali  kepada Allah walaupun Allah lebih dekat dari urat leher kita, maka antara penyelesaianya adalah  bangkitkan cinta kedua ibubapa kita, keluarga dan mereka yg telah berkorban untuk melihat kita berubah,

Adakah kita sanggup mereka melihat apa yg kita lakukan?

malah lebih dasyat apakah kita sanggup untuk membiarkan hakikat diri dlm keadaan keji sedangkan mereka mempercayai kita malah berkorban untuk melihat kita berubah?

2. Bergaullah dgn mereka yg mampu mengubah kita. Jika terpaksa pindah rumah(buat mereka yg bujang) pindahlah.

Suasana merupakan antara faktor terbesar dlm kiat berubah,malah diiktibarkan sebagai salahsatu rukun dalam tarbiya yakni perubahan/pembaikan.

4. Dari mana bermula?

Cukup 2 langkah, kerana dlm berubah yg penting adalah seorng individu itu mempunya kekuatan dalamandiri yg kuat lagi utuh.

Maka kita bermula dengan

KEINGINAN yang kuat yg tidak akan digoncang oelh apapun yg datang,

KESETIAAN yg teguh(terhadap perubahan), yg tidak akan berubah walau apa tarikan yg berkunjung ,

PENGORBANAN yg agung yg tidak kunjung bakhil mahupun kedekut(dalam berkorban dari segi masa,tenaga, dan keinginan)

MAKRIFAH terhadap PRINSIP, dan beriman dengannya dan membentuk kemampuan kearahnya, yg bebas dari sebrang tipu daya dunia dan maksiat, dalam erti kata lain, jalan untuk berubah itu kita tahu, dari segi langkah2 yg perlu diambil sehinggalah kita menjadi lebih baik dari sebelum ini.

Sahabt, antara perkara yg paling penting untuk kita lakukan(berubah) kelihatan itulah yg paling susah pada hari ini,

mengapa? kerana kita telah lari dari tujuan hidup kita, maka bersamalah kita berubah dan mula melangkah kearah eosk yg lbh baik,wallahu a’alam.

Advertisements

2 comments on “susahnya berubah…

  1. thaaqhib berkata:

    desire.

  2. zul berkata:

    gmbr pakcik mana tu?hehe

    jzkk atas perkongsian..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s