mengikat tengkuk |


1. Manusia diciptakan dengan pelbagai kehendak dan keinginan. Antaranya makan,seks,harta dan pelbagai lagi.

2. Namun antara yang masyhur dan paling dimintai ramai adalah jawatan, pangkat dan kedudukan didalam masyarakat.

3. Dimana kita boleh melihat didunia ini bagaimana pelbagai cara digunakan manusia untuk mendapat jawatan samada dengan cara baik melalui sistem yang halal dan juga melalui cara kotor, dengan berkempen mengenai keburukan orang lain dan menjustifikasinya dengan mejaga dakwah dan sebagainya.

JIka halal maka Allah bersamanya, jika secara haram, maka perlulah kembali, kerana tiadalah perkara yg haram melainkan perkara haram, maknanya jika sebuah fitnah disebarkan atas nama dakwah, maka tiadalah fitnah melainkan fitnah disisi Allah walaupun diberi nama tauthiq wa tadh’if dan sebagainya.

4. Bagi saya hakikat kedudukan ataupun tanggungjawab tiadalah melainkan seperti mengikat tengkuk dengan ikatan ke neraka.

5. Mengapa saya bahasakan dengan agak kasar? Kerana ia merupakan faktor yg akan sering dilupakan walaupun ianya antara yg utama dan besar.

6. Maka ia akan sentiasa menarik kita hampir keneraka sehinggalah kita melaksanakan kedudukan & tanggungjawab tersebut dgn penuh amanah dan baik.

7. Mungkin nampak agak keras, tetapi itulah keadaannya, ramai yg lupa sehinggakan merasaka ianya suatu isyraf atau kemuliaan. Mungkin nampak agak melampau tetapi itulah keadaanya jika kita tidak benar2 melaksanaak tuntutan tersebut.

Jika ia tidak terlaksana maka ia akan menarik kita sedikit demi sedikit keneraka kerana gagalnya menunaikan tanggungjawab itu. Bergantung kepada tanggunjawab tersebut, semakin besar semakin beratlah ia akan menarik kita.

8. Namun jangan lupa,bahawa melepaskan sebuah rantai ataupun ikatan ini tiadalah ganjarannya melainkan ke penghujung kedua, iaitu syurga.

Setelah menyedari hakikat ini barulah kita sedar beratnya tanggunjawab dan amanah dan susahnya untuk memasuki syurga.

Moga Allah bersama kita dan membantu kita dalam menunaikan amanah yang ada.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s