from Tonto with LOve | من طنطا بالحب


1. Alhamdulillah, di iskandariah setelah hampir seminggu di Tonto.

2. Ketika diTonto, suasana yg ada sgt seram + sejuk. Seram kerana exam dan sejuk mungkin kerana kawasan kampung.

3. Walaupun begitu ana cuba mengambil peluang berjumpa beberapa Doktor-doktor / syeikh-syeikh yang pernah mengajar ana sepanjang pengajian diTonto untuk meminta nasihat dalam menjadi seorang ayah yang soleh dan cemerlang.

4. Antara yang boleh ana kongsikan disini :

1. Dr Amin Pensyarah Fakulti Akidah dan Theologi Universiti Al-Azhar Tonto. Beliau pernah mengajar subjek tauhid ketika ana tahun 1 dahulu. Kami (ana dan rakan-rakan) sempat berziarah ke rumah beliau ketika diTonto dahulu. Beliau merupakan seorang yang dilahirkan buta namun berjaya memiliki sebuah ijazah master dan PhD didalam aqidah. Dan apabila kami bertanya kepada beliau bagaimana beliau belajar, beliau menjawab dgn mudah ‘ ilmu dari Allah, maka Allah akan beri pada mereka yg mencari (walaupun buta)’

Pesan beliau : ” Perkara yang paling penting bagi seseorang apabila menjadi seorang Ayah adalah menjadi contoh terbaik bagi anaknya. Dan contoh ini mestilah dilakukan setiap masa dalam setiap aspek, dari sudut keimanan, sudut akhlak, sudut ibadah, sudut pelajaran, sudut kesungguhan dan lain-lain” beliau menyambung ” Ingat, anak melihat kita menggunakan mikroskop, setiap mili(milimeter) akan diperhatikan, dan ketahuilah Qudwah lebih mengesani anak kita dari khutbah yang panjang. Seorang ayah perlu lebih pandai menunjukkan qudwah dari berhujah dihadapan anak” kemudian perbualan diakhiri dengan doa.

2. Dr Jamal Mahdi Pensyarah Fiqh perbandingan Fakulti Pengajian Islam dan Undang-Undang. Merupakan seorang pakar perbandingan fiqh antara mazhab. Mengajar tahun pertama dan keempat pelajar Fakulti  Pengajian Islam dan Undang-Undang.

Pesan beliau : “Birru abawaika awwalan” (berbaktilah kepada ibubapamu terlebih dahulu) Kemudian beliau menyambung  “biasanya seorang ayah yang baik merupakan seorang anak yang baik. Jadi buat baiklah kepada ibubapamu terlebih dahulu sebelum meminta dan mendidik anakmu untuk berbuat baik padamu” Kemudian perbualan kami diakhiri dengan doa.

3. Memang benar dua hakikat diatas memang ana agak terlepas pandang. Alhamdulillah Allah mentakdirkan pertemuan bersama mereka yg sudah lama berkeluarga dan memahami mengenai hakikat pembinaan seorang anak.

4. Menambah lagi perasaan terima kasih kepada kedua Mak dan Ayah, Mama dan Abah. Terima kasih kerana membesarkan diri ini.

5. Memang benar hakikat diatas, kebanyakan masa sukar dan perkara berat yg dilalui ketika berkahwin banyak diselesaikan hanya dengan mengimbas semula memori ditarbiyah, dibentuk dan dijaga oleh Mak dan Ayah dahulu. Dari sekecil perkara (contohnya membaiki paip dan lampu [Ayah memang pakar dan rajin bab ni] ) sehinggalah kepada membuat keputusan besar dalam keluarga. Alhamdulillah semuanya banyak dibantu oleh Mak dan Ayah walaupun mereka tiada disini mengajar kami.

Dan ana yakin perasaan sayang dan hormat pada Mak dan Ayah ini juga antara asbabnya adalah kerana mereka menghormati dan menyayangi Nenek,Atok,Tokmek dan Tok Ayoh.

Pernah teringat ketika Nenek sakit, maka Ayahlah antara yang menjaga nenek sehingga lewat malam, berjaga dan menunaikan kewajiban sebagai anak, sehinggalah Nenek meninggal dunia dirumah kami kerana sakit angin ahmar.

Begitu juga Mak, terbayang peribadi Mak bersama Tok Mek dan Tok Ayah dengan suara yang rendah penuh hormat, dan melayan semua kehendak mereka. Shukran kerana menjadi Qudwah yang baik untuk diri ini.

6. Seperti ending post yg lalu (hidup sudah berubah). Sekarang masa untuk mengambil alih pentas bapa dan menjadi bapa terbaik didunia. Moga Khayrat juga menjadi anak yang terbaik pernah dilahirkan.

Shukran semua, Rabbuna yuawwiina, wasalam

Advertisements

2 comments on “from Tonto with LOve | من طنطا بالحب

  1. thaaqhib berkata:

    khayrat paggil ayah dia ape?

    abi? baba? abah? ayah? papa?…

    cadangan : abuya

    tapi..suhail lebih suka perkataan ‘ayah’ nampaknya. sempena ayah2nya di sekolah

  2. zul berkata:

    jzkk ustz atas prkongsian tips2 yg ana kira ckup brguna..smoga mnjadi bekal utk kami2 ni nant..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s