ismuhu Khayrat | اسمه خيرت


Assalamualaikum, bersyukur atas segala nikmat yg Allah berikan. dan paling disyukuri pada saat ini kelahiran mujahid,Khayrat. alhamdulillah,alhamdulillah alhamdulillah.

Insya’allah post kalini serba sedikit cerita asal-usul nama Khayrat, kerana ramai juga yg bertanya.

Pertama, dalam memilih nama, ia merupakan suatu yg kritikal dan amat penting bagi ibubapa,apatah lagi nama itulah yg akan diguna sepanjang hidup seorang anak, jadi akan ada terlalu banyak pro dan terlalu byk kontra yg perlu difikir. Terlalu banyak ihtimalat(assumption) dan terlalu banyak yang tidak sesuai dan krg sesuai.

Kesimpulan, ia merupakan perkara yg berat dan susah.

Ana teringat ketika mula2 bersekolah dahulu, nama yang dianugerahkan buat diri , Mohd Suhail. Bagi kebanyakan budak sekolah ketika itu nama Suhail agak pelik, dan yg tak plk  ialah nama Suhaila! Iaitu nama permpuan yg mirip Suhail

Setiap kali masuk sekolah baru mesti ramai ingat nama ana Suhaib, dan cikgu mesti tanya banyak kali ” Suhaib ke? ” dan ana dah ready dgn jawapan rasmi, ” Cikgu, hujung dia hruf L ” dan kawan2 nakal yg lain akan menyahut,  “Peliknya ? , biasanya nama orang Suhaib, tak pun Suhaila, Ha ha ha nama macam pompuan!! Suhaila x3!! ” dan begitulah situasi ketika darjah satu yang mana ana berpindah ke 4 sekolah yang berbeza,dan setiap kali masuk sekolah baru pasti senario yg sama berulanag (paling teruk time sekolah Sri Aman,KB – harap tiada siapa yg terasa)

Kemudian, baliklah semula ke rumah dan bertanya kepada Mak dengan perasaan yg bercampur baur. ” Mak kenapa nama bangah Suhail, semua kata pelik nama tu?”

Mak pun menjawab  “Sebab nama tu nama sahabat, Mak nak bangah jadi macam sahabat nabi”.

Hati kecil ketika itupun lega, “ohh rupanya nama sahabat,tak pelik pun!”

Kemudian Mak memberi tips kalau diejek(shukran Mak!) “Kalau ada orng ejek nama bangah, cakap tu ejek nama sahabat nabi! Tak elok ejek nama sahabat nabi!”

Tips tersebut ana pegang dgn kuat dan berkesan di 3 buah sekolah,namun disekolah yg terakhir (SRI Hira’)ketika darjah satu budak2 dia agak kebal dgn hujah sebegitu. Namun takpe,time tu dah kebal sket. 🙂

Namun tatkala meningkat dewasa ana merasakan nama Suhail sangat special. Dan terasa pada nama tersebut kasih sayang ibu dan ayah. Shukran Mak, Ayah!!

Baiklah kembali kepada topik, kenapa Khayrat?

Sejrahnya,adalah ketika kami(saya dan isteri) sedang mencari nama lebih kurang 2 bulan sebelum kelahiran. Zaujah cenderung untuk nama ****i*. Namun sisuami kurang setuju. Jadi carilah nama diinternet dan lamanweb pertama yg dibuka adalah ikhwanwiki.

Yang mana disitu ada ruangan Shakhsiyyat ataupun peribadi,ataupun biografi. Yang meletakkan nama tokoh2 pendakwah dan ulama’ kontemperari dari kejatuhan KHilafah sehingga kini.

Jadi mulalah membaca satu persatu nama yang ada, bermula dari Amal al-A’shmawiy sehinggalah Yousuf Nada.

Dan antara yg dishortlistkan, Sa’id, Yousuf, Hasan,Khaled(atas permintaan org kuat Ansar Berjaya) dan banyak lagi.

Namun yg agak menangkap mata kami Khayrat.

Bertambah iqna'(berpegang) kpd nama trsbt apabila membaca keperibadian dan kehebatan beliau.

Seorang jutawan yang memegang 7 ijazah . 2 degree,satu master dan 4 diploma dalam bidang yg pelbagai.

Mungkin kerana itu panggilan kepada beliau ‘ Al-Syatir ‘  yang bermaksud Bijak.

Khayrat bermaksud, ‘Kabaikan yang melimpah’. Sama maksud dengan خيرات Khayraat (ejaan arab ditambah alif). Disebut sebanyak 10 kali didalam Al-Quran. Antara yg biasa didengar “berlumba-lumbalah mengejar kebaikan” dan banyak lagi didalam Al-Quran.

Namun apabila dibuka  lisan al-arab, maqayis lughah,assihah fi lughah dan al-mawrid, pemahaman terhadap nama tersebut makin bertambah, dan seolah suatu perkara yg lain.

Secara asasnya ia bermaksud kabaikan yg melimpah,namun apabila digunakan ia berkembang menjadi lebih dari itu.

Adakalanya ia bermaksud harta yg berharga, adakalanya bermaksud sebaik-baik perkara, adakala bermaksud sumber kebaikan.

Namun yang paling menarik hati kami, ianya juga bermaksud anugerah.

Mungkin kerana ianya yg paling menyentuh hati kami, ialah, bukankah zuriat antara anugerah Allah yg paling berharga dan paling dicintai oleh manusia lain, fitrahnya manusia akan lebih menghargai seorang anak, secara fitrahnya jika kita diberi pilihan dunia dan seisinya dan seorang anak, pasti kita akan memilih anak,

kerana padanya ada kasih sayang,padanya ada cinta dan rahmah, padanya ada kebanggaan, padanya ada harapan dan padanya kita boleh merasa kebahagian yang tidak dapat dirasai oleh mereka yg walaupun dunia dan seisinya ada pada tanganya,takkan terbading dengan nikmat senyuman pertama seorang anak.

kerana itu kami memilih nama Khayrat yang bererti anugerah.

Moga beliau menjadi anak soleh yang bertaqwa dan berjuang dijalan Allah, moga Khayrat masuk syurga lebih awal dari Abah dan memimpin Abah berjalan seiring kedalam syurga nanti bersama para anbiya’ dan syuhada’. Itulah impian Abah buat Khayrat,…… Anugerah.

Khayrat bin Mohd Suhail

(insya’allah post akan dtg 90% gambar)

Advertisements

21 comments on “ismuhu Khayrat | اسمه خيرت

  1. Munawwar berkata:

    Waah comelnye Khayrat 🙂 ejaan die memang camtu ke? bukan Khairaat? ape2pun,best nama ni.

  2. saya berkata:

    nak nanges..
    ;D

  3. ahmadk berkata:

    salam..mabruk!

    nama khayrat yang dimaksudkan kalau dlm tulisan arab, ada alif selepas ra’ tak?

  4. mika berkata:

    tahniah Ustaz!

  5. thaaqhib berkata:

    khairat ade kawan nama ucop tak?

  6. siddiq fauzan berkata:

    Tahniah kpd Ustaz Suhail sekeluarga! Moga kehadiran Khayrat menambah semangat diri di bumi iskandar sana

  7. hoodsunny berkata:

    wahai anak sedara ku.. sihatkah?
    sudah selamat bercukur?

    mamanya? abahnya?

    harapnye sume sihat ye..

    banyaknye gambar tido..

    pukul sket gambar yg bangun.. hehe

    salam dari barat lembah nil

    ada umur acik dtg lagi- i-allah~

  8. Nur Bakri berkata:

    Assalam.. alf mabruk ya suhail!!

    baru2 ni zaujah ana demam2 n muntah2 jugak, tapi belum dtg rezki lagi.. doakan ana!! doakan ikhwah!!
    Salam dari QISM TULLAB MALAZI

  9. muallimah norliah hira' berkata:

    tahniah kpd bapa dan ibu. semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati kehidupan keluarga mu.

  10. tokeibaju berkata:

    alf mabruk us. suhail! sgt comel!!!

  11. ammu fuad dan ammu ajie berkata:

    salam,akhi..

    tak nak bawak khayrat datang tanta ke..tinjau2 kuliah abah die..hehe..blh kitorang bawak skali pergi junainah..salam imtihan,doakan kami..
    p/s : sambil2 tgk gambar khayrat..

  12. suhayl salmi berkata:

    x sempat jumpe khayrat, ana blk sblom die lahir……

    ana pon rase cam tu jugak dulu bile sebut pasal nama…….

  13. […] dan untuk mujahid sulung kami, telah kami berikan nama KHAYRAT yang bermaksud kebaikan yang melimpah ruah. (kisah pemilihan nama ini telahpun dicoretkan oleh abu khayrat di blognya). […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s