Al Khalil, dia adalah Ummah! | !الخليل ,انه كان امة


1. Assalamualaikum, pada 20 hrbln yg lps, berpeluang slt jumaat di Masjid Syatbi,agak jauh dari rumah, Khutbah jumaat yg menarik, disampaikan oleh Ustaz Muhammad Umar, pendakwah bebas diMesir.

Agak sukar untuk mencari khutbah yg kena dengan jiwa buat masa sekrg, lantaran sikap beberapa pihak yg menangkap serta memenjarakan khatib2 yg hebat2. Bagi mereka yg tidak dipenjarakan mereka akan disekat dari memberi khutbah, hinggakan memgang mikrofon dimasjid blh membawa kpd hukuman buang negeri.(sumber lisan dari seorng Imam,  Ustaz Ahmad Rai’d di masjid Umar Abd-Aziz).

2. Isi khutbah,menyebut mengenai kisah Al-Khalil, Nabi Ibrahim alaihisalam. Beliau merupakan Bapa kepada umat Arab seluruhnya. Byk kisah beliau diceritakan didlm Al-Quran, antaraya kisah bersama ayahnya,bersama berhala,bersama Namrud, bersama anaknya Ismail dan sebagainya.

3. Beliau digelar Ummah walaupun keseorangan kerana kemampuannya,serta kekuatan yg ada padanya yg setandinf dgn sebuah Ummah.

Membandingkan kekuatan seseorng dgn angka bilangan manusia biasa dilakukan didlm Islam, didlm sirah sendiri, Syurahbil bersama 3 org Sahabat dianggap nilainya umpama 1000 tentera bagi setiap org(betulkan jika salah).

4. Beliau merupakan ummah didlm beberapa aspek

  1. Ummah didalam dakwah.
  2. Ummah didalam aspek kekeluargaan.
  3. Ummah didalam ketaatan kepada Allah.
  4. Ummah didalam mencintai ummah yang lain.

5. Saya hanya menulis ttg yg pertama buat masa ini, Ummah didalam dakwah.

6. Beliau memulakan siri dakwah beliau dengan pelbagai cubaan membawa manusia kepada berfikir, beberapa mafhum kata-kaat beliau dari Al-Quran :

” kenapa kamu beribadah kepada selain Allah, yang tidak boleh membawa kebaikan mahupun keburukan “

” aku berlepas dengan apa yang kamu nak sembah selain Allah “

” lihatlah pada bulan,boleh jadi ia tuhan tetapi ia hilang, lihat pula pada mentari ia lebih besar!, tapi ia juga menghilang, maka nyatalah Allah tuhan yang patut disembah (sebahagian ulama’  menggangapnya sebagai soalan yg bukan bererti Nabi Ibrahim yang bertanya,tetapi beliau berkata kepada kaumnya untuk berfikir melihat alam)

Sehinggakan apabila beliau memusnahkan berhala dgn tangan sekalipun beliau masih membawa manusia kepada berfikir :

” boleh jadi yang paling besar yang memusnahkannya “

7. Begitulah sifat dakwah ini, ia membawa manusia kepada befikir dengan akal yang terbuka dan hati yang lapang . Maka akal tersebut diselarikan fitrahnya kepada Islam yang memandu fitrah tersebut, hati pula dibelai dengan iman depunhkan dengan kecintaan kepada Allah.

Hanya selepas itulah dakwah menjadi keyakinan yang jelas, atas asas kefahaman dan a’aala basiiroh(atas kejelasan). Barulah iman menjadi penggerak yang menggerakan lidah untuk bercakap, anggota untuk bergerak. Semua ini hanya akan berlaku apabila hati sudah mula bergetar dengan keimanan dan akal seudah berpegang dengan fikrah yang jelas.

Dakwah akan menjadi kering dan sekadar sebuahamal  organisasi sosial yang lain, apabila ia hanya dipandu oleh arahan dan Qarar(ketetapan) tanpa pembinaan iman dan fikrah yang jelas.

8 Akhir sekali Allah telah meletakkan nabi Ibrahim pada diri Umat ini pada sebuah tempat yang istimewa, apabila beliau dinobatkan sebagai uswah hasanah(contoh terbaik).

” sungguh pada Ibrahim contoh tauladan yang baik .. -alhasyr”

tanpa menafikan Nabi2 yang lain juga merupakan contoh, namun pada Nabi Ibrahim Allah telah khususkan sebuah pengiktirafan yang lebih dalam menjadi contoh berdasarkan ayat diatas kerana pada kisah2 nabi yang lain biasanya Allah hanya menyebut “…pada kisah tyersebut ada pengajaran” namun Nabi Ibrahim khusus pengiktirafan seperti diatas.

Bukankah setiap hari kita berselawat khusus kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya? Jadi apakah kesanya pada hati kita?

Advertisements

2 comments on “Al Khalil, dia adalah Ummah! | !الخليل ,انه كان امة

  1. thaaqhib berkata:

    saintis main peranan besar dalam kembangkan agama.

    saintis ada ukuran dan rasional. cuma perlu sikit sentuhan saja dari Ummah Suhail

  2. suhailsufian berkata:

    thaaqhib = ummah dlm sains

    Islam sendiri sgt pentingkan rasional dan ukuran, rujuk ayat 3,4,5 Almulk.

    shukran Qeb, Ummatain = ummah fidin wa al u’uluum

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s