gembira? | الفرح


1. Assalamualaikum, gembira? Harapnya begitulah. Saya yakin anda pasti bersetuju antara keinginan manusia yg top adalah merasai kegembiraan.  Namun apakah ‘gembira’ dan rasanya bilakah seorng akan merasa gembira?

2. Banyak kajian dibuat untuk mengkajinya, dari kalangan ilmuan islam sehinggalah philosof barat. Dari kajian ilmu perubatan ke ilmu psychology. Ada yang megenalnya sebagai emosi, ada pula sebagai keadaan minda namun semua bersepakat bahawa keadaan gembira berlaku apabila kehendak hati manusia dipuaskan walaupun zahirnya tidak sedemikian.

3. Kita sedari bahawa kegembiraan akan dirasai apabila kita selesai menunaikan sesuatu tanggungjawab.

Begitulah sebaliknya, kegembiraan akan hilang apabila tanggungjawab tidak diselesaikan, bahkan boleh menimbulkan rasa marah, dan geram jika tidak diurus perasaan dan hati dengan keimanan dan bijak.

Begitu islam mengajar kita, seorang mukmin akan gembira tatkkala berjaya menunaikan tanggungjawab sebagai mukmin,

Seorang ayah akan gembira apabila menjadi seorang ayah yg baik.

Namun ingin saya fokus kepada seorang dai’e dan murabbi.

Tiada yang lebih menggembirakan seorang murabbi melainkan apabila mutarabbi(orang yg ditarbiyah) berubah. Sedangkan keinginan untuk berubah sudah mampu melenyapkan lelah seorang murabbi. Apatah lagi perubahan darinya, diibaratkan lebih mahal dari dunia dan seisinya.

Begitu juga da’ie, tiada yg lebih menggembirakan selain dari sahutan perubahan dari individu dan jamahir, apabila pengorabanan dibalas senyuman dan kebersamaan dalam perjuangan.

Jika Allah memberi hidayah kepada seseorng disebabkan kamu, maka perkara tersebut lebih baik padamu dari unta merah(nikmat yg besar)

Namun begitu, jangan kita lupa kegembiraan yg lebih besar dari itu adalah kita dimenyelami lautan redha Allah, yg mana ia merupakan kegembiraan yang paling tinggi, dan dengan itu kita akan melupakan kepenatan yang ada lantaran kegembiraan yg dicapai, maka benarlah kata aslafuna seorang mukmin bergembira dengan kepenatannya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s