inovasi tarbawiyyah


inovasi tarbawiyahAssalamualaikum,dan selamat hari raya.

1. Sedang dalam fasa perlumbaan kearah kebaikan (sabiq nahwa khairaat) secara tidak langsung dengan Dr Hafiz dalam menghadam buku manhajiah dakwah wa tarbiyah-Ahmad Ar-Rasyid. Shukran,akhi kerana menunjukkan buku tersebut pada ana tempoh hari.

2. Antara yang menarik dalam bab inovasi tarbawiyyah (ikhtira’at tarbawiyah) Syeikh Ar-Rosyid meletakkan empat seni(inovasi) yang biasanya ditinggalkan murabbi dalam tarbiyah :

2.1 Adab (seni sastera) 2.2 Mantiq   2.3 Bahasa dan mustolahat 2.4 Tarikh

3. Sedikit tertarik dengan adab,sehingga menarik diri ana untuk membuka semula buku Ar-Rafi’e dan Dewan-dewan(koleksi syair) yang ada dalam simpanan.

Agak sukar memahami syair berbanding memahami kisah-kisah dan coretan-coretan wahyu AL-Qalam Ar-Rifa’i yang bersifat agak santai namun ternyata perlu juga memaksa diri memahami bait-bait tersebut,jika tidak sampai bila baru nak faham? Dah tahun tiga dah ni.

Ternyata kebanyakan syair tidak dapat dirasai zouq syair tersebut,namun terdapat beberapa syair yang sedikit menggegarkan hati.

Semakin yakin pada hati,bahawa seni-seni diatas perlulah dikumpulkan khibrah selama masih muda ini, perlulah dikuasai ketika masih berdua (sebelum hadirnya ketiga). Terasa pentingnya untuk kita buka semula lembaran-lembaran tinggalan ulama’ terdahulu dari tulisan-tulisan kreatif mereka!!

4. Sebuah syair yang ingin ana kongsikan dalam menutup post kali ini. ٍsemoga bermanfaat.

(syair ini hasil nukilan Imam Syafii meninggal pada tahun 204H)

ان الفقيه هو الفقيه بفعله            ليس الفقيه بنطقه ومقاله

وكذا الرءيس  هو الرءيس بخلقه       ليس الرءيش بقومه ورجله

وكذا الغني هو الغني بحاله             ليس الغني بملكه وماله

Sesungguhnya orang yang faqih adalah yang faqih dengan perbuatannya – bukan yang faqih percakapannya dan pertuturannya.

Begitulah juga seorang ketua,adalah ketua pada akhlaknya – bukan ketua dengan kaumnya atau pemuda-pemudanya.

Begitulah juga kaya,adalah pada kaya dirinya – bukan pada kerajaanyya dan hartanya.

Syair yang agak simple, namun agak menjawab banyak isu dalam kehidupan seharian kita, antaranya apabila melihat mereka yang faqih gagal dalam menjaga akhlak(rangkap pertama), begitu juga ketua yang menggunakan taktik ihtikar as-sowab dan taat bila hudud(rangkap kedua) dan juga melihat ramai yang alpa dan leka mahupun gugur dalam medan dakwah hanya kerana ujian dunia. (rangkap ketiga) . Kesemuanya menyentak jiwa jika dihayati. Amacam? Tersentak tak?

Advertisements

2 comments on “inovasi tarbawiyyah

  1. FahmiAA berkata:

    Perkongsian menarik. Syukran, ustaz

  2. thaaqhib berkata:

    erm.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s