Jelmaan hakikat.


jelmaan hakikat

(artikel ini merupakan hasil olahan daripada tulisan Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna bertajuk “bulan kesungguhan dan pengorbanan” didalam majalah Ikhwan Muslimin – tahun pertama – bil 24 bertarikh 11Ramadhan 1352H/ 28 Disember 1933)

1. Setiap perkara diciptakan Allah dengan hakikat yang nyata.

2. Namun apabila masa berlalu maka hakikat ini akan menjadi kabur, maka ia akan mula ditutupi oleh sangkaan-sangkaan, dan persepsi-persepsi yang jauh menyimpang dari hakikat tersebut.

3. Sesungguhnya hakikat dunia adalah ujian ” untuk menguji kamu siapakah yang terbaik amalannya “- almulk

Hakikat kehidupan dunia , ‘ bukanlah dunia ini melainkan kesenangan yang menipu ‘ Ali imran 3

Hakikat penciptaan kita pula , ‘ tidak Aku ciptakan manusia dan jin melainkan untuk menyembahku ‘

4. Namun hakikat-hakikat ini mula ditutupi dengan nafsu dan keduniaan yang menyimpang hingga kabur pandangan kita padanya, hingga hilang pertimbangan kita ttg keutamaannya dll.

‘ maka berkatalah mereka yang inginkan dunia, kalaulah aku dapat sepertui Qarun ‘ Al Qasas 37

Hingga akhirnya kita tidak inginkan akhirat ‘ mereka tidak mengharapkan perhitungan ‘ An-Naba’ , hingga kita tiada keinginan untuk berubah, tiada keinginan untuk melangkah lebih rapat kepada ALlah. Tinggallah ibadah sebagai sekadar menunaikan kewajipan.

5. Namun, benarlah ramadhan sebagai rahmat, yg menghimpun segala kebaikan.,

Pada bulan ini manusia mula melihat ibadah pada hakikatnya, melihat perlu untuk berlumba mendapatkan ganjaran kebaikan, keampunan dan pelepasan tengkuk2 kita dari belenggu neraka. Quran mmi1ula dibaca, solat sunat sudah mampu untuk melebihi 10 malahan setengah tmpt lebih 20 rakaat setiap hari.Mula tibul perasaan perlu bangun malam untuk bermunajat kepadanya.

Masya’allah, bukan sekadar ibadah, amal kebaikan pun mula dilihat sebagai keperluan . Mula timbul perasan ringan tangan untuk bersedekah. Perasaan ingin membantu mula terbit.

Ditambah lagi, hakikat ukhuwwah mula dapat dirasai, apabila perut sama lapar, maka hati mudah tersentuh dengan kelaparan yang lain. Perasaan peduli dan prohatin mula tampak terpancar.

6. Namun, hari-hari ini hanya tinggal beberapa hari yang sedikit, sebagaimana kita merasa cepatnya 25 hari berlalu, ketahuilah, bahawa 5 hari lebih pantas berlalu daripada 25 hari kita yang lepas.

Semoga kita tergolong dalam mereka yang membaca dan mengambil pengajaran

‘ Allahumma inna nas’aluka ridhaka wal jannah, wana’udzubika min sakhotika wan-nar, innaka a’afuwwun kareem, tuhibbul afwa fa’fua’nna, fa’funa’anna, ya rabb’

(disini ana kongsikan beberapa keping gambar suasana qiyam di Masjid Ibrahim)

mi2


mi3

mi4



Advertisements

3 comments on “Jelmaan hakikat.

  1. alabasiiroh berkata:

    Semoga kita memanfaatkan sungguh2 beberapa hari sahaja lagi yang berbaki dari Ramadhan kali ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s