pembebasan neraka vs malas


untuk ramadhan 1Salam, agak lama tidak menulis, kerana beberapa faktor – 1. reserve satu post (insya’allah Wan ana akan tulis) 2. Cuba kurangkan didepan komputer. 3. Agak sebok kebelakangan ni. Moga diberi kekuatan.

Baiklah bismillah..

1. Mula-mula ramadhan, berapi!! Qiyam, terawih mesti masjid salam takpun cari masjid yg buat sejuz, tilawah kalau blh nak buat 6-7 juz sehari, kira2 blh khatam 3 hari dan sebagainya.

2. Tapi bila meningkat hari, zuq ramadhan nampak makin pudar. Semangat untuk beribadah makin kurang. Amalan makin menipis. Mata semakin kering, apata lagi hati.

3. Kenapa? Faktor utama satu sahaja, walaupun awal ramadhan disambut dengan ibadah yang banyak dan pelbagai wasilah dan cara untuk menghambakan diri kepada Allah, namun ibadah2 ini bila direnung semula hanya memberi kesan kepada kulit2 kita, pada otot2 kita, pada air liur2 kita, pada tenaga dan masa yang kita, namun gagal mengesani hati-hati kita.

Allah berfirman :

” sesungguhnya padanya peringatan bagi mereka yang mempunyai hati..” – Qaf 37

Sungguh didalam ibadah, tilawah dan sebagainya, persoalan yang jarang kita tanya pada hati-hati kita, apakah solat yang aku tunaikan sebentar tadi, memberi kepadaku kekhusyukan, adakah bacaan Quran ku sebentar tadi menggetarkan hati aku, adakah sujudku sebentar tadi ku terasa rapatnbya Allah pada diri ini.

” Sesungguhnya Aku paling rapat dengan hambaku adalah didalam sujudnya ” – mafhum hadis

” dan berpesanlah didlam sabar dan solat kerana ianya sangat berat melainkan pada orang-orang yang khusyuk”- Al-Baqarah

Ayyuhal ahibba’

4. Sesungguhnya Allah telah menjadikan dalam setiap tahun satu bulan yang terbaik berbanding bulan2 lain.  Dan dalam bulan tersebut 10 hari terakhir yang terbaik berbandung hari2 lain dalam bulan tersebut, dan dalam 10 hari terbaik itu terdapat satu malam yang terbaik berbanding malam2 lain. Dan pahala pada malam tersebut diibaratkan seperti pahala beribadah 1000malam tanpa henti. BUkanlah 1000 malam itu dipenuhi dengan tidur, makan dan lain2 tetapi seribu malam yang hanya dipenuhi dengan ibadah!!! Bayangkan pahala yang ingin diberi oleh Allah kepada kita.

Namun, seperti yang kita fahami dari atas, malam ini hanya dilihat suatu yang berharga oleh mereka2 yang hidup hatinya, hanya dilihat berharga kepada mereka yang pada hatinya yang hidup itu, merasa takut hilangnya redha Allah darinya, takut akan dicampakkan kedalam api neraka yang membakar bersumbukan manusia. Dan malam2 ini pasti dilihat sebelah mata oleh mereka yang hatinya keras dan tidak takutkan neraka..

Kerana pada kaca mata biasa malam-malam terakhir ini sama sahaja berbanding malam2 lain. Gelap, ada bulan, dll. Dan pada mereka yang kuat imannya dengan kalam ALlah dan rasulnya, kuat tautan hatinya dengan janji2 Allah pada hari kelak sahajalah akan merasai perbezaan malam ini berbanding malam2 yang lain. Kerana tiada yang membezakan malam-malam ini berbanding malam2 lain melainkan maknawinya bukan hissinya. Perbezaannya merupakan perbezaan ruhi bukan dzahiri.

” sesunguhnya neraka itu menjadi tempat mengintai (bagi penjaga yang mengawasi neraka)…menjadi tempat kemba;li bagi orang yang melampaui batas……mereak tinggal disana dalam masa yang lama………………………………………sesungguhnya dahulu mereka tidak mengharapkan (berlakunya) perhitungan.” An-Naba’ 21-27

Wahai sahabat2ku..

Sudah cukup masanya kita berjalan setiap hari tanpa merasa kita mungkin diazab didalam neraka. Kerana antara sebab mereka yang akhirnya diazab, adalah kerana merasa tidak akan dihitung amalnnya dan konfiden bahawa konfem dah ni masuk syurga.

sekaranglah masa yang paling sesuai untuk berubah, dan mula bertaubat kepadanya.

Ingatlah soalan Allah kepada hambanya…….

” maka mengapa kamu tidak bertaubat kepadaKu dan memohon ampun padaKu? ”

2 comments on “pembebasan neraka vs malas

  1. thaaqhib berkata:

    itu di mesir..belum lg di malaysia~

    adui

  2. suhailsufian berkata:

    Allahu musta’an!!

Tinggalkan komen