Oh kisah ditipu arab…


oh ditipu copy

Bismillahirrahman nirrahim…

Pada suatu petang yang suam, didalam perjalanan ke kaherah didalam “keretapi ayam” (lihat gambar sebelah), dengan perjalanan yang agak lama, dek kerana kereta api ini berhenti disetiap muhafazah yang dilaluinya, dari kafr dawar,abu hummus, kafr zayat , hinggalah stesen benha sebelum shubro, ana berseorangan menunggu dengan penuh sabar untuk ke destinasi, Kaherah, dgn tambang termurah diantara semua muwasalat yang ada dengan sebanyak 5.50Le sahaja.

..Syai yang sedap

Ketika sampai di stesen Damanhur, datang seorang penjual syai (teh) dengan syai dengan harga 50 quruys(sen) secawan. Tekak yang kering memanggil-manggil untuk dibasahi syai tersebut, maka tanpa teragak2 ana memebelinya.

Namun masalah yang timbul adalah duit terkecil yg ada adalah Le20, maka penjual tersebut dgn muka agak marah mengambil duit tersebut dan berkata ” Hagiblak fakah ba’diin, mashi!” (baki nanti aku bagi nanti! Ok !)

Maka dengan rasa percaya ana membiarkan sipenjual berlalu pergi.

..oh tidaktea-8

Tidak lama kemudian. Sampai distesen Tonto. Hati mula berdebar…baki yang dinanti tidak terhidu baunya. Maka dengan pantas ana berjalan merentas sehinggalah merentas 6 gerabak dan berbaki beberapa gerabak sebelum gerabak pemandu. Kelibat pakcik penjual syai tidak kelihatan. Lantas terus bertanya kepada penumpang berdekatan ” Lau samaht.. Fi ragul bittigar syai u,dam?” (Ada tak org jual teh dkt dpn?) Jawapan yg diterima daripada 3 org penumpang sama sahaja. ” Ma fisy, awwal mahattah maugud syai, Benha” (Takde, stesen terawal yg ada syai,benha) Benha! Benha lbh krg 20 minit lagi. Ternyata ana sudah ditipu begitu sahaja.

Ketika berjalan menuju ke tempat duduk semula, terbayangkan betapa ruginya, dan terasa hilangnya sesuatu yang sangat berharga.

..nasihat dari seorang arab

Sampai ditempat duduk arab yang duduk bersebelahan saya bertanya perihal tadi. Setelah hbs bercerita, dia menasihatkan aku supaya relaks je dan jgn fikir lagi, dia berkata dgn nada yang lembut, (terus diterjemah ) ” kita ni suka sangat tgk perkara yang sudah diambil, sampai selalunya lupa pada apa yang kita masih ada”

Tersentak hati ini, dan ternyata apa yg dikatakannya betul, kita sering kesali nikmat yang hilang sehinggakan lupa untuk mensyukuri apa yang kita ada.

..Alhamdulillah

Maka selepas tersentak ana merenung jauh, melihat masyarakat disekitar, melihat gelagat2 penumpang2 diatas keretapi itu yang kebanyakannya merupakan masyarakat biasa yg menggambarkan majoriti rakyat mesir. Kawan arab disebelah saya, seorang yang berumur lingkungan 30-an, hanya mampu bekerja dikilang asfour, dan tidak mampu melanjutkan pelajaran kerana tekanan kewangan. Apatah lagi untuk berfikir mengenai perkahwinan untuk 10 mungkin 20 tahun lagi.

Bersebelahan kerusi kami terdapat 4org yang tidak bercakap, namun berkomunikasi hanya dengan bahasa isyarat. Mereka nampak gembira,dan sentiasa ternampak mereka ketawa walaupun tidak mengeluarakan walau sedikitpun bunyi.

Teringat Usamah,kawan kuliah ana yang mana sebelum ini pada sentiasa menemaniku ke kuliah,terkejut melihat pekerjaan utamanya menggoreng falafil. Pernah ana menziarahi rmh sewa beliau, bagaikan langit dan bumi jika dibandingkan rumah sewa termurah pelajar melayu. Dengan keadaan rumah yg merupakan bangunan separa siap,tanpa kipas,cat mahupun simen yang meratakan lantai dan dinding, hanya tidur diatas kerusi kayu beralaskan lehaf(selimut tebal) Dan sedikit ruang untuk memasak air dan makanan, mereka hidup beramai-ramai hanya untuk mendapatkan ilmu diAzhar.

Ternyata apabila direnung, hati ini sudah bercambah pohon wahn. Pohon kecintaan dunia dan takutkan mati. Hati ini telah cintakan dunia sehinggakan membutakan mata kepada nikmat yang diberi oleh Allah. Hati telah gelap sehinggakan goyah keyakinan bahawa Allahlah pemberi rezeki. Begitulah kondisi hati yang telah digelapi oleh cintakan dunia. Tidakkan puas untuk mendapatkan dunia, dan sentiasa dalam lamunan mimpi inginkan kekayaan dan kedudukan yang tinggi didunia.

Astaghfirullah.astaghfirullah, astaghfirullahaladzim…..

Moga Allah hidupkan semula hati ini dengan cahaya iman yang tidak melokekkan hati ini dalam bersedekah,yang menenangkan hati ini walaupun secebis dunia tidak diberikan kepadanya…

Alhamdulillah atas nikmatmu ya Allah… Alhamdulilllah…

Advertisements

7 comments on “Oh kisah ditipu arab…

  1. abuabdullah berkata:

    salam:xpe la ahk.moga enta dapat bnyak kebaikan dr Allah.ana simpati dgn apa yg enta hadapi.

    155. Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar:

    156. (Iaitu) orang-orang Yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali.”

    157. Mereka itu ialah orang-orang Yang dilimpahi Dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang Yang dapat petunjuk hidayahNya.

  2. ummusuhaib berkata:

    kesiannya….sabo aje lah..redhalah..peristiwa ni, jadikan pengajaran..org2 cam tu..selalunya iq,eq sq nya rendah..jadi berhati2lah.. org mukmin x akan di patuk ular 2 kali di lubang yg sama..semuha Allah menggantiukan wng yg di tip[u dengan yg lebih baik..

  3. saif berkata:

    anggaplah itu bukan rezeki anta….
    dan bukan niat org tu ank ambik…maybe dier tibe2 dipaksa turun dari keretapi tu ….. tak sempat nak bg baki….

    rabbuna yusahhil…..

  4. thaaqhib berkata:

    20 genih tolak lima posen. jadik 19.5.

    wa~~~

  5. alhamdulillah… tulisan yang jujur dan baik sekali.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s