keputusan imtihan


result copy1. Alhamdulillah keputusan peperiksaan tahunan baru sahaja keluar.

2. Syukur kerana diberi kekuatan untuk mengekalkan prestasi dengan keputusan Jayyid

3. Tahniah juga kepada rakan-rakan yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang,dan juga kepada mereka yang naik tahun.

4. Kepada yang kurang berjaya gandakan usaha anda, kurangkan perkara sia-sia, tekadkan azam, dan berusaha sedaya upaya untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama.

Ingat matlamat seorang hamba adalah ubudiyyah,maka belajar merupakan bentuk penghambaan kepada Allah, kejayaan pula sebuah anugerah. Ingat !! Allah akan lihat pada usaha yang kita lakukan, dan akan lihat kesyukuran kita selepas usaha tersebut. Jika seseorang itu berjaya namun tidak dapat mentahqiqkan ubudiyyah maka dia lebih malang berbanding mereka yang kurang berjaya namun berusaha bersungguh-sungguh dengan ikhlas.

5. Namun ana agak terkilan dan sedih apabila masih wujud pelajar2 agama yang masih menyalahkan Azhar dalam kegagalan mereka.

6. Ada yang dengan mudah mengatakan sebab kegagalan adalah kerana ‘syadid’nya doktor(pensyarah). Ada pula yang mengatakan kerana sistem pemarkahan yang tidak teratur, ada juga yang mengatakan sebab tiada pendedahan teknik menjawab dan sebagainya.

7. Pertama ingin ana tegaskan Al-Azhar merupakan sebuah universiti! Secara simplenya, jika terdengar doktor(pensyarah) syadid, jumpa doktor dan bertanya. Dan jangan dengan mudah mengatakan perkara yang tidak pasti.

Jika masalahnya tiada pendedahan teknik menjawab, jumpalah doktor sebelum imtihan dan bertalaqqilah teknik menjawab yang betul. Dan jangan mengharap doktor akan mensyarah dlm kelas teknik menjawab dan sebagainya.

Jika masalahnya sistem penandaan dan sebagainya, semua pelajar dberi peluang untuk menyemak semula kertas peperiksaan mereka.

8. Sudah sampai masanya Azhari berhenti menyalahkan Azhar dan mula menunding jari kepada harddisk2 beratus gig dan ada yang mencecah angka tera. Mulalah menunding jari pada games2 yang menjadi hiburan sebelum imtihan. Tndinglah jari pada kalendar yang jika disusun masa setahun, berapa bulan sangatlah yang digunakan untuk belajar.

Selama 2 tahun ana disini, semakin jelas ana nampak, persoalan dan masalah pokoknya bukan pada Azhar, tetapi kepada Azhari yang kurang mampu dalam menguasai ilmu.

Ana teringat sahabat2 ana yang tidaklah hebat dan bijak berbanding rakan2 yang lain, namun ada yang sudah menghabiskan tahun 4 dan ada yang telah naik tahun meninggalkan rakan-rakan yang lain.

Mereka iltizam berulang-alik ke kuliah walaupun pada permulaannya masuk ke kuliah dan tidak memahami syarahan doktor walaupun sedikit. Namun rahmat Allah keatas usaha mereka, pada hri ini mereka sudah berjaya memahami isi syarahan doktor dikuliah dengan baik.

Kalaulah pada awalanya mereka mengambil masa 30-45 minit untuk memahami isi sehelai mukasurat, namun hari ini mereka hanya mengambil masa 3-7 minit sahaja.

Sungguh Azhar bukanlah masalah sebenar.

9. Kita sebagai muslim perlulah sedar bahawa belajar merupakan tanggunjawab seorang muslim. Ia juga dinobatkan sebagai jihad disisi islam.

Maka pemuda-pemuda islam, ingatlah masa mudamu akan ditanya diakhirat kelak, adakah dihabiskan kearah jihad dan perjuangan, atau sekadar perkara remeh-temeh yang tidak membawa kepada amal.

Janganlah kita hanya mampu bersorak mengenai perjuangan namun gagal dalam berjuang dimedan sebenar.

Advertisements

2 comments on “keputusan imtihan

  1. thaaqhib berkata:

    uh terasa.

    suhail..bila nak jiddan kan jayyid tu.

    • suhailsufian berkata:

      Insya’allah, ana sahut cabaran anta.

      Bila bandingkan dengan mereka yang dah jiddan dia punya jayyid. Ana perasan dua faktor utama tak dpt jiddan.

      1. Kurang ke kuliah.

      2. Kurang perbendaharaan kata dan lemah dari segi pembinaan struktur ayat.

      3. Malas menghafal
      – menghafal takrif
      – menghafal hadis dan perawinya
      – mengahafal formula fiqh dan usul fiqh

      4. Studi last minute. Biasanya nota siap 2-3 hari sebelum exam. Ana lihat mereka yg jayyid jiddan (cthnya zaujah) semua nota siap 2-3 minggu sebelum imtihan.

      5. Kurangnya doa dan terlalu tinggi self confident. Ana perasan mereka yang jayyid jiddan dpt imbangkan dgn agak baik antara self confidnt dan pengharapan dan ketakutan untuk gagal.

      tapi Qeb anta walaupun bwk 2 tapi dapat mumtaz kat madah lain.
      tak gitu?
      wallahu a’alam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s