Selepas setahun….


ikatan suci copy

1. Pantas..sungguh pantas masa berlalu. Tanpa disangka hari ini genap setahun kami melangkah ke alam baru yang semakin lama bagi kami.

2. Jutaan syukur kepada ilahi atas nikmat ini. Sungguh anugerah ini berani saya katakan antara hadiah terhebat daripada Allah kepada kami. Pasti, apabila Allah mengatakan jodoh ditanganKu, tiada yang saya rasakan melainkan betapa dekatnya Allah dgn diri ini, kerana Beliau yang maha agung sendiri berjanji untuk memilih pasangan hidup untukku. Tidakkan rugi orang yang beristikharah dan tidakkan menyesal mereka yang bermusyawarah.

3. Jutaan terima kasih takkan cukup sebagai penghargaan,namun itulah sahaja yang dapat dirakam didalam blog ini. Namun perlu ana katakan disini jutaan terima kasih

Pertamanya kepada isteri yang tercinta kerana sudi memilih ana sebagai teman ke Syurga, dan kerana berusaha sedaya upaya untuk menjadikan bahtera ini berjalan kepada matlamat yang suci dan benar, Allah. Dan juga kerana bersabar terhadap kerenah suami yang banyak kerenahnya.

Kedua kepada Mak dan Ayah kerana memberi kepercayaan kepada Bangah untuk berkahwin, malah selepas perkahwinan memberi sepenuh sokongan kepada keputusan bangah ini. Ditambah pula dengan semua bantuan dan nasihat yang byk membantu bangah dlm melangkah di Alam yang baru ini.

Ketiga kepada Mama dan Abah, terima kasih kerana percaya kepada Suhail dalam memikul amanah ini. Sungguh kepercayaan yang diberi cukup membuktikan sayangnya Mama dan Abah kepada kami. Terima kasih juga kerana menerima suhail sebagai menantu, hari ini perasaan sebagai menantu sudah hampir tiada dan bertukar menjadi perasaan lebih kepada anak dan ibu bapa kandungnya.

Tidak dilupa juga adik beradik, dan ipar2 yang sentiasa mendokong kami, sentiasa membuat kami terhibur (especially hanaa’ dan iman) Milyan Shukran alaikum.

Keempat kepada rakan-rakan seperjuangan yang lain. Jutaan terima kasih juga kepada antum semua atas sokongan yang tidak berbelah bahagi, malah berusaha sedaya upaya untuk menjadikan kami bahagia. Benarlah nikmat iman itu dirasai apabila 2 orang berkasihan kerana Allah.

Terima kasih semua…..

Ya Allah…

Kekalkanlah ikatan ini sehingga kaki-kai ini melangkah didalam syurgaMu

kerana sesungguhnya hanya Engkau yang kekal, dan hanya engkau yang berkuasa mengekalkan sesuatu…


Ya Allah…

94254-1225505830-0

Kuatkanlah hubungan kami denganMu..Kuatkanlah ikatan antara kami..

kerana sesungguhnya kerana Engkau maha kuat dan agung,dan hanya engkau sahajalah yang mampu

menguatkan..


Ya Allah…

Sesungguhnya Engkau tahu bahawa ikatan ini berpadu atas cinta kepada Mu, atas cinta kepada RasulMu.. Atas cinta kepada umatMu..

Maka kuatkanlah ikatanya.. Sinarilah jalannya…

Teranginya dengan cahayaMu yang tidakkan kelam…


Ya Rabbi…. bimbinglah kami..

Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik tempat berlindung dan sebaik-baik tempat meminta bantuan.

Advertisements

6 comments on “Selepas setahun….

  1. mama berkata:

    Waa..dah setahun..Alhamdulillah..Mabruk…ada hadiah lagi istimewa… buat kami rasa semakin tua…cucu!..InsyaAllah..tak lama lagi..ahlan wasahlan cucu ku yang pertama. Mama doakan bahtera perkahwinan ini akan terus belayar dgn bahagianya dalam rahmat dan petunjuk Allah, amin…amin…

    • suhailsufian berkata:

      Shukran mama.

      Insya’allah kami pun tak sabar menimang cahaya mata.

      Skrg pun tgh sebok cari nama, dkt 20 nama dah dlm list. Tgk la mana yg terpilih.

      Apepun jutaan terima kasih pada Mama dan Abah sbb caring dan terima suhail sebagai menantu.

      Shukran.

  2. thaaqhib berkata:

    sebok cari nama? erm.

  3. ibnkhair berkata:

    awalnya cari nama ! 😀

    mabruk.barakallah fikuma..
    byk² doa spy dpt anak yg soleh n solehah, pejuang islam..

    salam rindu adik iparmu(tak sangka jugak, dulu maahad sama²) 😀

    dari JB, Malaysia.
    assalamualaikum

  4. Cendawan berkata:

    Cari nama lama2 dan list panjang2..jgn esok nama ana jugak yang enta pilih syeikh…mabruk..semoga Allah terus beri kekuatan Iman dan ISLAM buat anda sekeluarga…amin..

  5. Anas Kamarudin berkata:

    haapy anniversary…
    sepanjang membaca post ni, saya aminkan segala doa yg diucap.. eh2, ditaip oleh ust… :D..
    amin, amin, amin ya rabbal aalamin…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s