2 minit – perkongsian dakwi


2 minit1. Secebis perkongsian daripada buku thoriq dakwah -Mustafa Masyhur, ketika terbaca bab cabaran dan penyelewengan diatas jalan dakwah.

2. Beliau menyebut sukarnya kita membawa dakwah,antaranya kerana dakwah yang kita bawa membawa manusia lari daripada hawa nafsu. Dan hawa nafsu sejauh manapun kita lari daripadanya ia tetap didalam hati,menunggu untuk menarik kita semula ke lembah kehinaan.

3. Jelas dakwah ini bukan main2. Ada rijal perlu dibina,ada hati yang perlu ditundukkan,ada jiwa yang perlu ditenangkan. Ia bukan sekadar mengucapkan kata2 yang hebat dgn dalil dan ungkapan yang canggih-canggih,tetapi ia perlukan seni untuk akhirnya menyentuh dan membelai hati yang leka dan larut dgn dunia.Bahasa praktikalnya- usaha membawa hati dari membaca komik kepada membaca Quran,dari menunggu episode trbaru kepada menunggu penggilan Azan, larut dengan kecintaan kepada dunia kepada kecintaan kepada akhirat, dan dari sebok selesa didunia kepada sebok selesa diakhirat.

Nyata,dakwah memang mencabar!!

Advertisements

10 comments on “2 minit – perkongsian dakwi

  1. mohdrusmanarief berkata:

    betul sgt. kadang2 terfikir macamana nak challenge tarikan jahiliyyah yang begitu mempesona. macamana nak bagi org nampak islam tu lebih menarik dari tarikan jahiliyyah?

    • suhailsufian berkata:

      betul,disitulah berperanannya tarbiyah ruhiah(pementukan hati dan jiwa) dan dakwah rabbaniyyah(dakwah yang membawa kepada Allah).

      Dan kerana itulah Al-Banna telah meletakkan
      1. 3 marhalah dakwah – taarif,takwin,dan tanfiz.
      2. Beliau juga telah meletakkan 7 wasail tarbiyah untuk akhirnya berlaku pembentukan yg seimbang.
      3. Dan 10 muwasafat muslim sebagai panduan apakah yg kita ingin bentuk pada rijal,supaya perkara ini (ruhi)tidak dilalaikan.
      4. Dan juga risalah ta’alim (yg mana perkara diatas termasuk didalamnya)
      ….untuk memastikan ahli dakwah ini sentiasa memastikan perjuangannya jelas dan membawa kepada Allah.

      dan mana2 usaha dakwah yg tidak menjurus kepada perkara2 tersebut maka amatlah sukar bg mereka dlm mengubah jahiliyah,malah mungkin akan larut didalamnya walaupun slogan berkibar hebat dgn bendera islam.

      Maka tarikan jahiliyyah yang mempesona akan terhapus begitu sahaja dgn Syurga yg jauh lbh mempesona.

      Begitulah dakwah. bukan sekadar kata-kata yg indah malah amaliyyah ruhiyyah.Dan inilah yg dimaksudkan oleh Al-Banna bahawa dakwah kita tariqah sufiah.

      walahu a’alam

  2. Mohd Zulhilmi Bin Azelan berkata:

    jzkk ustz atas prkongsian tu..benar2 menyedarkan ana tntg realiti medan da’wah ini..

  3. danial berkata:

    terima kasih atas perkongsian ustaz suhail.moga terus menyinar

  4. almubtasim berkata:

    syukran ya akhi.. satu usaha yang sukar memerlukan pengorbanan yang tinggi..
    akhi, doakan ana utk lebih meningkat..

  5. thaaqhib berkata:

    skru, mesti diketatkan.. tp lama kelamaan.. ia akan longgar sendiri. mungkin kerana gegaran kecil, atau mungkin lumrah atomic. itu biasalah.

    tapi, elok biar skru diketatkan. bila mula longgar, kita ketatkan semula. terima kenyataan ia longgar, dan bertindak mengetatkan semula. dengan cermat dan kemas.

    cuma
    1) jangan pula skru itu diketatkan sampai dahsyat. sehingga menekan2 alur benang skru. rosak habislah, terus longgar tak boleh nak ketat sudah.
    2) jangan pula dipaterikan terus skru tersebut, kerana kalau terkena daya lampau kuat nanti, terus patah, langsung tak boleh guna.
    3) jangan pula diketatkan sangat, bila permukaan asas skru itu rapuh. takut, nanti pecah permukaan asasnya, langsung tak boleh diskru kan~

    makanya,

    orang kata ketat itu maknanya syadid. herm.. saya tunggu posting jenama ini.

    nota : adus, penat nak susun ayat nak kasik kat abi suhail. erk!

    • suhailsufian berkata:

      aiewah,anakanda

      Analogi yg baik, tarbiyah pelru kepada wasatiyah. (pertengahan)

      Pertengahan antara tarbiyah bittahadi(pada medan) dan bilmahdan(pada kelompok tarbawi)
      -kalau terlebih bittahadi dan kurangnya mahdan,akan mudah mengakibatkan futur
      -kalau terlebih bilmahdan dan kurangnya tahaddi, akan menyebabkan budaya ekskelusif dlm dakwah

      Pertengahan antara tarbiyah teori dan amali
      – jika terlebih amali dan krg teori,maka aakan byk berlaku kesilapan dlm membuat keputusan
      – dan jika terlebih teori tapi amali takde,jadi pandai cakap jela,buat tak reti.

      wallahu a’alam

  6. Dr.Anas MA berkata:

    salam wbt,

    jzkk ustaz,
    tazkirah yg pendek tapi padat,
    esp untuk2 ikh2 yg tngh exam yg hanya boleh buka internet 3 minit,
    takut lagho.. he3

    betul kata ustaz dakwah ini bukan main2,

    Masyarakat yg semakin hanyut dengan tipu duniawi,
    harus ditarik semula kpd akhirat dengan approach dakwah yg lebih kreatif.
    Mari kita sama2 lahirkan rasa keseronokan dalam berdakwah,
    inshAllah akan hilang rasa sukar n penat.
    semoga Allah thabatkan hati2 kami.

    Doakan kami exam,
    n x sabar nak PMPI-alex pula..
    jeles sungguh tngk ikh mahfazah len.he3

    PS: ok sudah habis peruntukan internet harini.he3
    (2minit tazkirah + 1minit commenting =P)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s