buat akh yang kehilangan teman.


buat akh1. Serakam takziah buat sahabat2 yang ditimpa musibah baru2 ini.

2. Al-Fatihah sebagai doa buat saudara Amar bin Zulkifli yg baru pulang ke rahmatullah.

3. Kematian dan musibah seumpanya merupakan suatu takdir dari Allah, menguji kita untuk menerima hakikat.

4. Menerima hakikat merupakan salah satu anak tangga menggapai ketinggian iman. Dan ia merupakan antara anak tangga yang paling sukar untuk didaki kerana tingginya lebih daripada anak2 tangga yang lain.

5. Sesunguhnya apa yang dilalui merupakan pendakian untuk menghampirkan diri kepada Allah. Para sahabat sebelum ini pun diuji sebegini.

6. Sesungguhnya Nabi Muhammad sendiri diuji Allah dgn ujian seperti ini sejak kecil apabila kematian ibu dan ayahnya. Dan kemudian ditambahkan lagi pada hatinya kecintaan kepada  Allah dengan sebuah tahun yang dinamakn tahun kesedihan kerana kematian 2 org plg rpt dgn beliau,Khadijah dan Abdul Mutalib.

Dan pabila hati nabi dlm keadaan plg mengharap kepada Allah tatkala itulah beliau mendapat antara nikmat terbesar Nabi ketika didunia, jaulah Langit dan isinya. Sesungguhnya Allah tidak mengambil melainkan untuk memberi!!

7. Akhi !! sungguh tiada yang dapat merawat kehilangan rakan seperjuangan melainkan dengan menaikkan kecintaan kepada Allah lebih daripada cinta kepda sahabat tersebut. dan berdoalah supaya beliau bahagia.

Moga anda tabah!

Advertisements

One comment on “buat akh yang kehilangan teman.

  1. nadiahchem berkata:

    ustaz..terima kasih.. ana masih sedih walaupun tak pernah berjumpa arwah, dan hanya kenal dengan beliau dalam blog. terima kasih ustaz

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s