Ain’t Enough!!


aint enough

I.Alhamdulillah

Salam, alhamdulillah Allah mudahkan urusan, baru sahaja selesai menghabiskan ‘pembacaan’ fiqh muqaran. Doakan ana dibawah naungan Allah didalam imtihan ini.

Sebelum Isya’ tadi ana sempat sembang-sembang bersama beberapa rakan, sambil menikmati ‘Roti canai’ cicah sambal dengan air Koko. Isu yang bangkit- Oh betapa parahnya umat. Sahabat ana Fat (bukan nama sebenar) menceritakan perihal kenalannya yang hidup dirumah ibu bapanya bersama ‘awek’nya yang sedang sarat 4 bulan dengan pendapatan hasil ragut. Astaghfirullah. Namun yang paling menyentap pemikiran ana adalah dia timbulkan persoalan, “pergh blurr abes tak tahu nak buat ape” ye kalau kita dikedudukan itu apa yang kita akan lakukan?

II. Cukup?

Habis sembang2 saya turun dan menghabiskan pembacaan Fiqh perbandingan, fokus Muamalat. Persoalan banyak dan khilaf yang meluas. Begitulah fiqh peringkat degree. Namun perlu kuasai. Saya terfikir, apakah dengan fiqh ini yang telah menggariskan halal dan haram dan sebagainya akan menyelamatkan umat ini? Apalah sangat ilmu degree ini untuk membantu umat?? Tak kesah medic,engine,ataupun dirasat, master atau degree. Ilmu mengenainya tidak cukup untuk akhirnya kita survive dan membantu rawatan umat islam!!

Walaupun tidak dinafikan penguasaan bidang masing2 penting untuk menyelesaikan sebahagian permasalahan, namun hakikatnya hati manusia tidak berubah dengan dibentangkan dihadapannya hukum itu dan ini!! namun hanya akan berubah apabila hati tadi takut dan kembali kepada Allah.Ketahuilah ketakutan kepada Allah itulah petanda iman  kepadanya.

III. Umat dan kita

Satu persoalan yang ana ingin ajukan kepada semua. Sejauh mana kita mahir dalam membangkitkan perasaan takut Allah pada diri, dan rakan.Jujurlah pada hati masing2 sejauh mana kita telah timbulkan rasa takut ini disekeliling kita sehingga wujudnya suasana rabbaniyah. Dan ketahuilah walau setinggi manapun ilmu kita dan percakapan kita tetapi perkara yang lahir daripada iman , takut kepadaNya pun kita masih tidak mampu untuk wujudkan, maka jika kita berdakwah tanya semula apakah sebenarnya dakwah yang kita ingin bawa, jika kita belum berdakwah sampai bila begini? Mungkin kita mampu berdebat dan berpidato mengenai fiqh , medic , sejarah islam , namun akhirnya adakah ianya akan membantu ummah ini?

Hakikatnya ilmu kuliah, fiqh dan degree ain’t enough to bring Islam back to where it suppose to be!!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s