Exam Final


exam finalexam final, sebuah coretan khatirah rabbaniyyah

I.EXAM FINAL

Exam,pejam celik,exam balik, habis setahun. Dan selepas itu exam balik,pejam celik,exam balik, habis lagi,maka berulanglah rutin tahunan sehingga tanpa disedari habislah kisah hidup seorang pelajar,dan bertransformasi menjadi seorang pekerja. Persoalan apakah exam disisi kita?

II.SEORANG HAMBA
Ada yang memandang dengan kacamata akademik dan menggagapnya sebagai penilaian tahap akademik seseorang. Namun ana ingin memerhatikannya dari kacamata hamba.
Lihatlah dihadapan anda, berapa ramai yang kesebokan imtihannya adalah pada madi ilmu yang dipelajari. Tiada yang meningkat daripada ilmu yang dipelajari melainkan fakta yang memberatkan kepala. Tiada juga yang meningkatkan daripada ilmu dan imtihan melainkan akhlak mazmumah yang mana semakin meninggi dirinya daripada imtihan ini saat melangkah keluar daripada dewan.

Lihat juga berapa ramai yang akhrnya walaupun berjaya memahami dan menghafal perbezaan pandangan didalam fiqh dan menghormati  pandangan perbezaan didalam fiqh namun gagal dalam menghormati dan menerima pandangan orang lain.

Sungguh jika ilmu dinilai dan dilihat dari kacamata selain hamba Allah, maka ilmu tersebut tidak akan pergi jauh melebihi kepala kita, tidakkan sekali sampai ke hati.
Maka terpampanglah fenomena pelik dihadapan kita, mereka yang berilmulah yang rasuah dan menipu, mereka yang alimlah yang kuat menikam sahabatnya, dan mereka yang abidlah yang banyak memutuskan hubungan silaturrahim.

Sekali lagi puncanya. Hati dan ilmu tidak bersatu. Dihalang oleh perkara yang menghalang  hidayah kepada Iblis, Ego dan bongkak. Ilmu sudah hanya pada kepala dan buku, dan tidak terlihat pada akhlaknya lagi.

Akhirnya kembalilah kepada Allah!! maka kita akan melihat imtihan ini sebagai ujian Allah dalam mengembalikan perasaan hamba yang hina kepada kita. Maka lahirlah darinya perasaan takut, mengharapkan rahmat ilahi.

III.SELEPAS INI

Praktikalnya, kesusahan imtihan dilihat ada dosa yang menghalang, kesenangan imtihan dilhat ada ujian kesyukuran menanti. Berjaya imtihan nikmat, gagalpun nikmat, kerana pada keduanya terdapat nikmat yang labih tinggi, iaitu nikmat kembali ke pangkuan belaian ilahi.

Advertisements

2 comments on “Exam Final

  1. suhailsufian berkata:

  2. suhailsufian berkata:

    salam, sedikit seringan ,contoh exam dengan matlamat yang tidak jelas. harap terhibur!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s