Allah kekuatan pendakwah


ustaz-fauzi2Dikirim pada 12 Mei 2007 oleh ustaz Fauzi

I. TABIAT JALAN DAKWAHJalan dakwah bukanlah jalan yang mudah. Ia berliku-liku dan dipenuhi dengan ranjau dan onak yang menyakitkan serta hiasan dan keindahan yang mengelirukan. Tidak ada yang akan sampai ke hujung kecuali mereka yang dirahmati Allah. Rasulullah s.a.w. menunjukkan kepada kita kebergantungan pendakwah kepada Allah akan meringankan segala beban. Ketika Rasulullah s.a.w. begitu tertekan setelah ditolak oleh penduduk Taif, allah-kekuatan-pendakwahBaginda s.a.w. bermunajat:

“Ya Allah, kepadaMulah aku mengadu kelemahan diriku, sedikitnya upayaku dan hinanya aku di hadapan manusia. Engkaulah Tuhan segala makhluk yang tertindas dan Engkau jualah Tuhanku. Kepada siapakah akan Kau serahkan diriku ini? Kepada yang jauh yang akan terus membantaiku? Kepada musuh yang akan Kau serahkan nasibku di tangannya? Tetapi jika itu tidak mendatangkan kemurkaanMu, aku tidak akan gusar. Ya Allah, dengan cahayaMu yang menerangkan seluruh kegelapan dan mengindahkan urusan dunia dan akhirat aku berlindung dari ditimpakan ke atasku kemurkaanMu atau dijatuhkan ke atasku kemarahanMu. KepadaMu jualah aku menyerah sehinggalah Engkau meredhaiku. Tiada upaya dan kekuatan melainkan denganMu.”

II. KEKUATAN HAKIKI

Pendakwah gusar dakwahnya ditolak oleh manusia. Dia memperelokkan kata-kata dan menghiasnya. Dia menyusun madah dan mengungkapkannya dengan penuh keyakinan. Menyelitkan nas dan bidalan supaya kata-katanya lebih difahami. Menggertak dan memujuk supaya emosi manusia tersentuh untuk berubah. Tetapi tiada yang mendengar kata-katanya dan tiada yang mempedulikan seruannya. Rupa-rupanya pendakwah kadang-kadang lupa bahawa dakwah kepada manusia adalah dakwah kepada hati sebelum dakwah kepada akal dan jasad. Hati hanya akan memahami bahasa hati. Kiasan dan bidalan, madah dan permisalan, gertakan dan pujukan hanya akan berinteraksi dengan akal. Sedangkan hati terus menunggu habuannya dari kata-kata hati.

1204730991_efbe350954_bPendakwah perlu menghidupkan hatinya dengan berhubung dengan Allah. Lihatlah kata-kata seorang Salafussoleh:

“Yang keluar dari hati akan masuk ke hati. Yang keluar dari mulut, tidak akan melepasi telinga.”

“Sibukkan hatimu dengan Allah, nescaya manusia akan menyibukkan diri mereka denganmu.”

Pendakwah perlu mengusahakan cinta Allah untuk mendapat cinta manusia. Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Apabila Allah mencintai manusia, Dia akan memanggil Jibril lalu berkata kepadanya: “Aku mencintai si Fulan, maka hendaklah kamu juga mencintainya.” Lalu Jibril mencintainya. Kemudian Jibril menyeru seluruh penduduk langit lalu berkata: “Sesungguhnya Allah mencintai si Fulan, maka hendaklah kamu semua mencintainya.” Lalu seluruh penduduk langit mencintainya. Kemudian Allah mengurniakan penerimaan penduduk dunia kepadanya.”

Wallahu al-Musta’an

difailkan di bawah kategori fikrah pendakwah di satuperkongsian.wordpress.com

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s