Jadilah hamba sebelum ketua


I. HAKIKAT HARI INI
Senario politik dunia dan negara kita sendiri, sering menarik perhatian kita yang cintakan kebaikan dan kemakmuran sejati. Namun silih berganti pemimpin dan parti di banyak negara umat Islam, seperti Khalida dan Hassina di Bangladesh, untitled-1diantara Musharraf dan Zardari di Pakistan, diantara Mujahideen dan Taliban di Afghanistan, ia sering diikuti dengan kekecewaan umat Islam yang mengamati dari luar, apatah lagi umat yang secara langsung berhempas pulas memerah keringat ketika Pilihanraya bagi memastikan pilihan mereka menang atau yang bermatian berjihad di medan perang. Ramai umat Islam menyangka kemelut yang melanda mereka adalah kemelut kepimpinan dan pentadbiran negara semata-mata namun hakikatnya kepincangan dan penyakit yang berlaku di jasad umat ini adalah jauh lebih parah dari yang disangka. Kanser dijasad umat ini telah berlarutan ratusan tahun sejak dicengkam Penjajahan Barat dan Peperangan Ideologi (Ghazwah Fikri). Ia bukan terhad kepada sekadar runtuhnya Khilafah Islam dan hilangnya kesatuan umat. Ia bukan sekadar Penjajahan Barat dan Timur ke atas bumi umat Islam. Ia bukan sekadar umat ini  ketinggalan dalam teknologi dalam hampir kesemua bidang ilmu dan kehidupan . Hakikatnya umat Islam hari ini telah sampai ke tahap mundur, hilang identiti aqidah, ibadah, akhlak dan ciri-ciri keIslaman yang melayakkannya berada diposisi Kekuatan dan Kepimpinan, hingga ketahap lenyapnya asas dan tiangseri bagi tertegaknya sebuah masyarakat dan negara !

Kes penguguran bayi oleh gadis-gadis sunti Melayu di Malaysia sedang mencapai tahap kronik. Ini bukan sekadar isu gadis semata-mata, bahkan ia adalah isu negara dan kepimpinan, isu umat dan identiti, isu kesedaran awam dan sikap, isu jiwa dan keperibadian, isu aqidah dan tarbiyah. Perubahan yang diusahakan oleh Dakwah bukan sekadar perubahan pentadbiran, kepimpinan dan akta akan tetapi perubahan kepada asas dalam sesebuah masyarakat dan negara iaitu aqidah, kefahaman, ibadah, jiwa dan akhlak yang panggil identiti Islam.  Allah tidak merubah satu kaum melainkan mereka merubah apa yang ada dalam jiwa mereka sendiri.

untitled-2“Jadilah hamba Allah sebelum ketua Umat” adalah kaedah umum kepada kesemua individu dan pertubuhan yang yang bercita-cita memimpin dan membimbing sesebuah umat Islam. Negara tersebut kemudiannya berperanan menyebarkan Dakwah Islam ke seluruh pelusuk dunia. Mereka yang tidak melalui proses menjadi hamba Allah tidak akan mempunyai agenda mengajak manusia yang lain menjadi hamba-hamba Allah yang berperanan membawa panji-panji Dakwah ke serata dunia.”

II. HAKIKAT PEUBAHAN YANG BENAR
Tidak mungkin penyelesaian menyeluruh dan sejati hanya dengan pembaikan juz’iyy (sebahagian), atau membuat perubahan aspek dan bidang itu dan ini atau memajukan teknologi-teknologi tertentu. Ini adalah kerana kepincangan yang berlaku lebih parah dan lebih mendalam. Umat Islam hari ini telah berjaya diheret musuh hingga berada semula di fasa awal dalam pembinaan sesebuah tamaddun. Susuk asas sebuah Negara Islam telah tiada. Kekuatan hakikinya telah lenyap buat pertama kalinya sejak ia pernah tertubuh dalam bentuk sebuah Negara Islam di Madinah. untitled-4Oleh kerana itu projek Kebangkitan ini harus bermula sama seperti mana yang dimulakan oleh Rasulullah saw, bermula dengan membentuk individu islam, keluarga Islam, jemaah dan masyarakat Islam sehinggalah ia mencapai fasa peneguhan dan penubuhan Negara Islam dan berterusan hingga mencapai Ustaziatul Alam.

albanna

Al-Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna, pengasas Ikhwan Muslimin.

“Wahai Ikhwan, terutama mereka yang bersemangat ingin cepat menang diantara kamu. Dengar dariku  kalimat yang tinggi berkumandang dari atas minbar di Muktamar ini. Sesungguhnya Jalan kamu ini telah digariskan fasa-fasanya, telah diletakkan garis panduannya. Aku tidak akan menyalahi garis-garis panduan yang aku amat meyakini bahawa ia adalah Jalan yang paling selamat untuk sampai (ke matlamat). Memang, kekadang ia Jalan yang panjang, tetapi tidak ada jalan yang lain. Kehebatan seseorang akan terpancar melalui kesabaran, teguh, bersungguh dan bekerja tanpa henti. Sesiapa dikalangan kamu yang gopoh ingin memetik buah sebelum masak atau memetik bunga sebelum kembang, maka aku sekali-kali tidak bersama dia. Elok sekiranya dia meninggalkan Dakwah ini dan pergi ke perjuangan-perjuangan lain” (Hasan Al-Banna)

Sepak terajang politik kepartaian di banyak negara tidak mengenal keikhlasan, sedang keikhlasan dan tarbiyah adalah asas Kemenangan. Ditangan Allah segala sesuatu. Generasi Islam Terdahulu menang kerana keimanan mereka, suci ruh mereka, bersih jiwa mereka, amalan mereka berlandaskan aqidah dan keyakinan, bukan didorong oleh akta dan paksaan. Mereka menjadikan semua yang dimiliki sebagai waqaf demi kemenangan Aqidah mereka sehingga jiwa mereka larut ke dalamnya, dan aqidah mereka larut pula kedalam jiwa mereka. Diri mereka adalah fikrah Dakwah ini dan fikrah Dakwah ini pula adalah diri mereka sendiri yang bergerak ke sana ke mari di tengah khalayak dan mengesani orang ramai. Jadilah mereka hamba-hamba Allah yang sejati. Lalu Allah mengilhamkan untuk mereka Bimbingan dan Ketepatan disepanjang Jalan ini.

III. INIJALANKU

Begitu juga hendaknya kita yang ingin memperjuangkan Dakwah ini diatas Jalan yang sahih. Mengetahui hakikat dan sebab kemunduran umat Islam adalah prasyarat bagi mengetahu fasa-fasa yang bakal kita lalui. Tidak mungkin kita boleh menjadi wakil rakyat dan menteri yang memimpin sebelum kita menjadi hamba-hamba Allah swt yang terpimpin.

termenung

Jika sebahagian manusia boleh mencapai ke tahap sedemikian, itu hanya pencapaian memegang tampuk kekuasaan sementara dan bukan pencapaian Daulah sejati yang diidamkan. “Jika dikalangan kamu terdapat mereka yang berpenyakit hatinya, pincang matlamatnya, tersembunyi ketamakannya, tercalar latarbelakangnya, maka keluarkanlah mereka dari saf kamu kerana sesungguhnya mereka penghalang dari turunnya rahmah Allah, menyekat Dakwah ini dari beroleh taufiqNya” (Hasan Al-Banna).

Jalan ini membawa kesemua pengertian dan hakikat yang saya sebutkan di atas. Dakwah ini mengajak sekelian manusia ke arah itu dan ia jua sanggup menanggung kepayahan apa sahaja dalam meneguh dan mencapai matlamatnya di tengah-tengah masyarakat. Kita bukan membawa suatu perkara yang baru. Akan tetapi ini adalah hakikat silam yang kita membawanya kembali di alaf baru. Hampir manusia melupainya.

Hakikat “Jadilah hamba sebelum menjadi ketua” bukanlah suatu yang mudah seperti yang disangka ramai manusia. Ia bukan sahaja ditujukan kepada individu akan tetapi ditujukan juga kepada keluarga dan sesebuah masyarakat yang ingin mencapai Negara Islam yang hakiki. Ia tidak mungkin dicapai dalam masa sehari semalam bahkan dalam satu generasi. Ia dicapai melalui jerih payah dan tarbiyah yang berterusan, agar kita dapat menghasilkan rijal, bukan sekadar tulisan, untitled-3kerana kita bercita-cita menegakkan Agama yang menjadi asas kepada Negara dan Tamaddun, menyedarkan umat Islam dari lamunan agar mereka bangun, berkerja keras memimpin dunia ini.

Sesungguhnya umat Islam dan para duat hari ini sangat berhajat kepada kejelasan kefahaman Manhaj Taghyir seperti ini agar jelas pula gerak kerja Dakwah mereka, lurus barisan mereka agar perjalanan menjadi tepat menuju ke matlamat yang diharapkan.

“Allah berjanji kepada orang-orang yang beriman dikalangan kamu dan beramal soleh (HAMBA), sungguh Dia akan melantik mereka menjadi khalifah di muka bumi (KETUA) sepertimana Dia telah melantik pemimpin dikalangan orang-orang sebelum mereka …” (An-Nuur:24).

Ustaz Halim INIJALANKU  www.inijalanku.wordpress.com

Advertisements

3 comments on “Jadilah hamba sebelum ketua

  1. […] (Terima kasih kepada Ustaz Suhail Sufian kerana menyusun semula artikel ini dan foto-foto di dalamnya dalam bentuk yang menarik https://suatuharinanti.wordpress.com/2009/05/02/jadilah-hamba-sebelum-ketua/#more-605) […]

  2. mika berkata:

    selamat menjawab exam .=)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s