manisnya sebuah ukhuwwah


manisnya-ukhuwwah2Salam,tulisan ini sebagai refleks dari manisnya ukhuwwah islamiyah.Baru-baru ini agak hangat isu isma dan pelbagai isu diluar sana. Satu pagi ana berpeluang bersembang dgn ustaz Hairul Nizam,mantan presiden PMRAM. Perbincangan agak hangat dan kelihatan pandangan kami berbeza dlm byk isu. Namun yg plg menarik hati saya adalah manisnya ukhuwwah menyebabkan hilangnya semua kepahitan perbincangan tadi. Mungkin inilah perasaannya perbincangan antara ulama’  dan du’at salafusoleh yg mana walaupun berbeza pandangan namun masih mampu berperang bersama2,masih mampu bermanis muka ketika berjumpa, dan bila mendengar nama sahabat yg tak sefahaman tadi terus tersenyum kerana manisnya ukhuwwah. Shukran kepada ustaz kerana menjadi seorang sahabat yang baik.

I. DENGAN UKHUWWAH HIDUPKAN TENANG

Semua inginkan kebahagian dan ketenangan, dan perkara ini dpt tercapai dgn ukhuwwah, yg mana ukhuwwah serendah-rendahnya adalah berlapang dada dan seinggi-tingginya adalah ithar.

Dalam perkara yang kita berbeza ukhuwwah wajib ada!! Bukankah lapang dada tidakkan berlaku melainkan pada perkara yang kita berbeza?

II. TANPA UKHUWWAH HIDUP TIDAKKAN TENANG

Lihat bagaimana jika kita berbeza dan tiada ukhuwwah!! Berdasarkan surah hujurat,Allah sudah meletakkan tertib akibat tidak husnu dzan/lapang dada.

1. mukaddimahnya adalah su’u dzan.

– mula melihat kawannya dgn kaca mata dzan,setiap yg dilakukan mula ada prasangka.

2. kemudian menjadi tajassus

– apabila sudah berprasangka maka mulalah memerhati kelemahan dan kesalahan. Maka  kebaikan sahabat tersbutpun dilihat sebagai suatu kesalahan!

3. Mengumpat

– Kemudian mula mengumpat dan menceritakan cerita tajassus tadi kpd rakan2 yg lain melalui segala wasilah yg ada.Maka tika itu dia ibarat memakan mayat sahabatnya, Allah beri perumpaan memakan mayat sahabat sebagai seteruk2 perumpamaan supaya kita sedar bahawa perbuatan tersebut adalah keji dan jelek!!(boleh rujuk ukhuwwah islamiyah Abdullah Nasih Ulwan)

Dan ketika berbincang dgn utaz hairul,ana lihat beliau st menjaga adab ukhuwwah walaupun beliau tidak bersetuju dgn hujah ana.Moga kita bersama-sama dpt mencontohi sifat ukhuwwah ini.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mungkin akan ada yg beranggapan ‘aku nak tegakkan haq dan mmg aku bincng dlm keadaan ukhuwwah’ tetapi hakikatnya dalam masa sama byk haq ukhuwwah tidak tertunai. Ukhuwwah pada perlaksanaan dan bukan pada slogan dan pengakuan.

Mudah je nak tahu kita berbincang ade ukhuwwah ke tak, lihat slps perbincangan adakah kesan ukhuwwah hadir atau tidak. Kesan ukhuwwah adalah kita rasa gembira dan tenang dan hubungan antara keduanya makin rapat dan intim walau hujah kita tak diterima dan berbeza pandangan.

Dan ana yakin selepas perbincangan tadi tiada yg bertambah dihati ana melainkan perasaan manisnya ukhuwwah.

Anda pula bagaimana?

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s