Puisi Gua Di Kuala


untuk-hira

diambil dari myrespos.blogspot.com

Puisi Gua di Kuala

Asalnya kita tidaklah ternama
berindukkan teratak tersorok hanya
kalau sekali pun membina nama
yang tahu hanya kau, aku dan dia

Terperuk risau tak kemana
itu menggugah naluri sarjana
langkah diorak walau tempang kakinya
tangan mencapai walau jauh gapainya

Bukan tidak berbangga
cuma kadang terkecewa,
semacam hina tetap di gua hampir kuala
Pun di sudut kalbu saga
Imankan ia mutiara jagat mayapada

terapung-apung, gayanya kampung
tak disedari rupanya lahir karya agung
yang induknya kampung itu lah!

terapung-apung, gayanya kampung
entah dari dunia mana dia muncul
gegar juga khabar di luar kampung

terapung-apung, gayanya kampung
rama2 indah nian menawan terulung
hadiah keringat berasak kepompong

terapung, bukannya terapung
cuma dugaan sebuah medium
orientasi interlude generasi penyambung
Risalah Rasul Muhammad disanjung

Supaya bila makin tinggi gah
tak lupa asalnya tanah rendah
Supaya bila langit mendung tak cerah
sudah biasa makan nasi mentah

terus tawadhuk tunduk tabah

Gua di Kuala kini heboh dilanda bah
Mara bencana beliung dan taufan
Dilanggar arus perdana yang gagah
Risau-risau dindingnya keberantakan

Tak usah gusar
Gua fiziknya tegar
Taufan di Kuala sifatnya segar
Izin Tuhan ia terus tegar
Walau apa jua yang sergah melanggar

Gua di Kuala,
doakan aman senantiasa
apa yang berlindung di dalamnya
biar apa pun jinsi dan warna
tetap semua sah dan layak
bergelar generasi pewaris anbiya’

Thaaqhib Mohammed
Bawabah Tsaniah, Cairo
7thMaahad, 10thGen 11thGen

http://www.myrespons.blogspot.com

Advertisements

2 comments on “Puisi Gua Di Kuala

  1. thaaqhib berkata:

    4 tahun lepas.. yang terakhir

  2. zaidrais berkata:

    alhamdulillah, gambar ana tiada di situ..

    amat mengharap masih lagi punyai semangat dan hati seorang pendokong aspirasi hira’\

    ameen..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s