Apabila pendakwah meninggalkan qiyamullail


PERHATIAN!! : muhasabah diri tentang posisi dan prestasi akhlak, qiyamulail,iman dan dakwah didalam diri, dan jika terasa sudah hebat maka tulisan dibawah tidak sesuai buat anda

                “ Wahai orang yang berselimut!!! . Bangunlah solat tahajjud pada waktu malam , selain dari sedikitmasa(yang tidak dapat tidak untuk berehat)”  almuzammil 1-2

2943226907_d2f0096eae2

                Pelik Allah telah  mewajibkan sesuatu yang hanya  wajib untuk mereka yang berada  diMekah sebelum tahun kesepuluh  kenabian? Melainkan padanya  terdapat rahsia. Yang mana  tentulah  ia merupakan keperluan  mereka  yang berada pada zaman  tersebut. 

                 Siapakah mereka? Jawapan    mudah, mereka adalah sahabat.    Jawapan yang susah sedikit mereka  merupakan :

  ·         Generasi pertama memeluk      agama islam

 ·         Mereka pendakwah paling  solid dan mantap pernah  disaksikan  (berdasarkan dalil quran dan hadis  dan pemerhatian terhadap posisi,  sejarah, dakwah, dan mujahadah  mereka)

·         Mereka penyebab kepada semua pada hari ini bernafas sebagai  seorang muslim

                Jelas qiyamullail merupakan kekuatan kepada para pendakwah. Dan ini jelas kepada pendakwah2 yang telah menyerahkan hidup mereka untuk agama ini. Jelas, sebagaimana seorang pendakwah sebok dengan urusan dakwahnya dan pembacaannya, maka qiyamullail sepatutnya diletakkan dihadapan bacaan2 dan persediaan2 lain. Bukan bermaksud tidak penting, tetapi berdasarkan pengamatan terhadap sejarah, para sahabat lebih memerlukan qiyamullail daripada perbahasan dan perbincangan fiqh, dan furu’2 (cabang2) agama yg lain. First thing first !! 

                Marwazi berkata: Aku bersama Imam Abu Hanifah selama 4 bulan didalam ‘askar’(boleh bawa maksud tentera atau perkhemahan ana tidak berani menterjemahnya sebagai salah satu) dan tidak aku dapati dia meninggalkan qiyamullail dan membaca quran diwaktu siang, dan aku tidak sedar pun bila dia khatam quran kerana dia terlalu melaziminya.’ 1

 

**************************

               

                Tulisan kali ini merupakan apa yang saya rasai dan perkongsian pengalaman diatas kesalahan yang pernah saya lakukan. Janganlah ia dijadikan hujah tetapi cukup sekadar sedikit sentuhan untuk merubah diri.

 

**************************

               

                Baiklah, berdasarkan beberapa hakikat diatas (mengenai dakwah dan qiyamullail) apa yang saya fahami, qiyamullail adalah perkara asasi kepada pendakwah yang ingin berdakwah kepada Allah dengan sepenuh hati seperti para generasi pendakwah islam yang terhebat. Dan boleh juga saya fahami jika seorang pendakwah meniggalkan qiyamullail maka ia akan menjadikan diri pendakwah tersebut kekurangan suatu aset dan kemampuan.

 “Tidaklah apa yang perlu kita lakukan pada hari ini melainkan apa yang telah dilakukan oleh solafusoleh yang telah mendahului kita didalam amal ini”    

kalam Al Banna dalam menjelaskan beberapa thawabit (perkara-perkara tetap yang tidak akan berubah didalam dakwah islamiyah) didalam dakwah.

               

                Bagi diri ana, apa yang ana rasakan apabila kurangnya Qiyamullail adalah beberapa fenomena berikut :

1. KERINGNYA HATI DIDALAM IBADAH YANG LAIN DAN DALAM KEHIDUPAN ITU SENDIRI.

fuji400_200805_mju_003

                Perasaan intim dengan Allah semakin berkurangan. Terasa seperti takbir didalam solat sama seperti takbir diluar solat. Ini kerana Qiyamulail adalah madrasah keintiman antara kita dan Allah. Ia membentuk ikhlas, tawadhu’, syukur dan membentuk iman dalam hati. Seperti mana jasmani memerlukan pola riadhah seminggu dua kali selama 20 minit untuk terus kekal cergas, begitulah juga kecergasan hati kita didalam kekal intim dengan pencipta semua keintiman. Dan dari Iman dan akhlak2 hati maka akan terhasil akhlak luaran tanpa kita sedari.

‘ sungguh pada jasad seketul daging, apabila baiknya daging tersebut baiklah jasad seluruhnya’ hadis shahih dipetik dari Hadis 40 An-Nawawi

 

2. INDIVIDU CACAT

                Ini merupakaian rantai kedua dari kesan diatas. Sebagai da’ie sudah tentu diri ini menyediakan diri dengan pelbagai ilmu. Ada yang dibaca mingguan,ada yang dibaca harian, dan paling kurang diwaktu peperiksaan buku kuliah dibaca dengan lengkap. Riadhah juga tentulah dilazimi kerana ia sebagai program mingguan. Hati? Akhirnya ketika itu jadilah diri ini seorang yang mempunyai nilai thaqafah(ilmu) yang tinggi tetapi hati yang tidak sehebat akalnya.Tika itu diri ini berbicara seolah Asy-Syafi’e dan Al-Banna tetapi hati jauh dari mencapai apa yang mereka capai.

 

3. TERASA DIRI HEBAT DAN LEBIH DARIPADA ORANG LAIN. (UJUB DAN GHARAR)  6

pp00373

                Kesan ini merupakan rantaian ketiga daripada kesan yang kedua dan pertama. Terasa cukup hebat didalam diri kerana hilangnya perasaan rendah diri. Hilangnya perasaan rendah diri kerana hilangnya kesedaran hakikat diri insan yang dicipta dari tanah, dan hakikat ini hanya tinggal ilmu tanpa hati yang sedar kerana jauhnya keintiman hubungan dengan Allah. Maka jadilah diri ini individu yang merasakan dirinya pencipta kepada amalannya bahawa hasil dakwah ini dan dakwah ini kerana usaha sendiri walaupun akal mengatakan ini semua rahmat Allah dan akal berkata kita hina dlm pelbagai teori namun hati tidak mengatakan sedemikian. Dan inilah pembuka kepada kejahatan-kejahatan yang lain. Dan ingatlah bahawa iblis yang pernah bernama Azazil adalah antara yang termulia dilangit namun menjadi antara sehina-hina makhluk hanya kerana lupa hakikat diri dan merasakan diri lebih dari selain dirinya. 5

 

4. KECENDERUNGAN KEARAH PERDEBATAN SIA-SIA DAN TERTIPU DENGAN PERBINCANGAN

                Maka ketika itu dakwah yang diri ini bawa tidak lagi kepada Allah namun adalah kepada diri ini sendiri. Dan ketika itu diri ini berasa hebat dipentas dakwah, namun hakikatnya apa yang diri ini lakukan tidaklah melainkan debat,debat,debat dan debat maka keluarlah pelbagai teori dan pendapat yang canggih2 dan hebat2 yang pernah dipelajari, namun apabila diri menginsafi semula maka tiada sejengkalpun mad’u (orang yang didakwah) rapat kepada Allah. Sedangkan selamanya tidak pernah matlamat dakwah itu bertukar melainkan untuk membawa manusia kembali kepada Allah. Maka diri ini tertipu dengan dakwah sendiri. Merasa diri melangit tinggi dan hebat dari segi hujah dan akal namun apabila bertoleh ke belakang tidak bertambah pun hasilnya walaupun sedikit. Tika itu mata hati ini telah buta dari melihat hati manusia lain. Mata hati sudah gagal mengesan kebasahan hati mad’u, dan berasa puas hanya dengan melihat mad’u mampu menrangkan kembali teori dan perbincangan sahaja.

 

****************************

 

                Sungguh kesan2 diatas menjadi penyesalan terbesar yang pernah ana rasa. Petah bercakap itu, ini hebat dipentas mata manusia namun hakikatnya hati ini gelap daripada memantulkan hidayah kepada manusia sekitar.

                Akhirnya saya menyedari dakwah saya ketika itu sungguh jauh daripada Allah. Bahkan jauh daripada kehendak hati manusia. Dan ketika itu baru diri ini sedar sedikit demi sedikit kita sudah menjadi Az-Zabad (buih)

‘dan buih-buih itu akan hanyut dan lenyap, dan apa yang bermanfaat bagi manusia akan kukuh diatas bumi’ Ar-Ra’d 17

Maka barulah sedar dari lamunan bahawa selama ini diri ini hanya syok sendiri. Ibarat seorang yang terpedaya dengan tepukan penyokong disekelilingnya tanpa disedari bahawa tepukan hanyalah tepukan yang tidak akan kekal dan hanyalah berbunyi sekelip mata sahaja. Selepas itu bunyi tersebut akan pergi dan tidak akan kembali.      

                Dan barulah diri ini sedar bahawa sekadar dengan banyaknya pembacaan bukanlah bukti dan bekalan yang cukup untuk membentuk iman, dan menguatkan hati. Untuk membentuk hati, hati perlu mujahadah untuk ikhlas, perlu mujahadah untuk rapat dengan Allah. Sebagaimana mendisiplinkan jasad maka hati jauh lebih memerlukan disiplin yang  lebih kuat daripada jasad itu sendiri. Dan Qiyamullail rahsia kentalnya iman keluarga yasir, kentalnya bani hisham ketika diboikot, kentalnya Khabab ketika dipanggang, kentalnya Al Habib ketika ditentang dengan tentangan terhebat dalam sejarah manusia. 4

b625-treevase1

                Dan tiada cara untuk mendapatkan manfaat Qiyamullail melainkan dengan Qiyamullail. Pembacaan tidak akan menghasilkan hasil Qiyamullail. Sepertimana ungkapan Al-Maududi mengenai usaha dan hasil :

“ Pohon limau selamanya tidak akan berbuah epal ”

 

******************************

 

                Tulisan kali ini sedikit cebisan perkongsian kesilapan yang telah diri ini lakukan selama ini. Moga mereka yang membaca dapat mendapat manfaat dan mengambil pengajaran dan bekalan dalam diri. Moga sahabat –sahabat yang lain tidak melepaskan peluang untuk menuai hasil daripada pusat pembentukan ikhlas , syukur, hakikat insan, tawadhu’, akhlak ini. Moga tulisan ini menjadi pendorong untuk berubah.

                Marilah kita menjadi seperti Rasulullah ketika malam sebelum Badar Al-Kubra. Beliau solat dibawah sebuah pohon dan mengulangi didalam sujud beliau ‘Ya Hayyum Ya Qayyum’ , dan dipenuhilah malam tersebut dengan Qiyamullail , tangisan sehingga subuh. Dan beliau mengulangi dengan keadaan meronta memohon kemenangan dengan doa yang masyhur

Ya Allah aku tuntut janjimu ya Allah dan sumpah setiamu ya Allah, jika tidak maka tidak akan ada lagi mereka yang menyembahmu selepas ini !!’

Dan beliau sambung dengan doa yang penajang sambil dibelakangnya Abu Bakar. Melihatlan betapa dasyatnya keadaan nabi ketika itu, pantas Abu Bakar berkata : ‘Wahai nabi Allah cukuplah rintihanmu kepada tuhanmu, sungguh kamu akan dipenuhi janjimu. Maka turunlah ayat :

“ Dan ingatlah tatkala kamu memohon pertolongan dari tuhanmumaka dia memenuhi permintaanmu …….”

Al-Anfal 8 2

                Sungguh tika membaca kisah ini terasa keinginan diri untuk kemenangan untuk islam secara umum dan gaza yang lalu secara khusus masih jauh dari menjadi sebab untuk kemenangan.

                Moga Allah mengampunkan segala kesalahan diri selama ini. Ampunilah diri ini ya Allah!! Ampunilah diri ini ya Allah!! Ampunilah diri ini ya Allah!!

 

Rujukan:

1. القرءان الكريم

 1 . 2. موسوعاة الاخلاك والزهد والرقاءق – شيخ ياسر عبد الرحمان

 

2. . 3. البداية والنهاية – ابن كثير

4. الايمان أولا كيف نبداء بها – د. مجدي حلالى

5. الداء و دواء – ابن قيم الجوزي

6. افات على الطريق – د. أ سيد محمد نوح

Advertisements

14 comments on “Apabila pendakwah meninggalkan qiyamullail

  1. mohdrusmanarief berkata:

    ada tak tips nak bangun qiyam.

    • suhailsufian berkata:

      salam, insya’allah ada.
      ana ambil daripada buku Iman Awwalan Kaifa nabda’ biha – Dr Majdi Hilali
      (iman paling utama, bagaimana ingin memulakannya)

      Pertama, beliau tidak ingin sentuh bab teknikakal, kerana manusia tidak memerlukan petunjuk dari segi teknikal sangat seperti kena kunci jam dan sebagainya. Tapi teknikal juga penting sebagai pelengkap kepada perkara yang lebih penting dari teknikal iaitu kemahuan itu sendiri.

      Dua kunci untuk bangun qiyam

      1- Kemahuan yang tinggi
      – Ini dilakukan dengan cuba berdoa dengan sepenuh hati untuk bangun esoknya.
      – Juga dilakukan dengan memahami Qiyamullail itu sendiri.
      ~ Apa yang ana biasa buat ialah membayangkan 24 jam atau lebih sebelum tidur mengenai amalan kita. Dan untuk terasa lagi kena ingat amalan hanya akan pergi kedua tempat sahaja akhirnya ke buku kanan atau kiri. Jadi bayangkan berapa banyak amalan kita yang masuk ke kanan dan kalau masuk pun tak tentu lagi.

      Dan cuba kira amalan tersebut dengan jam, dan cuba juga fikirkan dosa2 yg biasa kita lakukan contohnya mulut. Check setiap perkataan kemana pergi. Ke buku kiri atau kanan.

      2- Memotong didalam hati semua perkara duniawi dan pergi berjalan dititian akhirat.

      – bayangkan perjalanan esok jika tidak bangun, dari dimandikan, kedalam liang lahad, ketika disoal, sehinggalah ketika hari hisab.

      harap membantu.
      wallahu a’alam

  2. jalan lurus berkata:

    sdkit tmbhn yg diperoleh drpd buku ibn Qayyum, sdkt tips utk qiam.

    1)keAZAMan yg kuat & mhn ptolongn Allah utk bgn dgn bDOA.(tlh dtulis oeh saudara di atas)
    2)meninggalkan dosa & taubat dgn sbenar2 taubat. (dharamkn qiam dgn maksiat)
    3)tidur dlm keadaan suci (eg, berwudhu’, tlh suci dr hadas besar, etc.) & sahut seruan utk tdur apabila tba masanya(jgn paksa stay up, tidur tlalu lmbat smpai xmampu utk bgn qiam)
    4)pelihara “tidur Qailulah” jika mampu.ia sgt bkesan sbnrnya, inA wlau pun 5min shj.

    wallahua’lam.

  3. addin berkata:

    salam,

    jazakalah atas masukan,

    ada masa sila ke blog ana.

    perlu sikit bantuan.

  4. harumankasturi88 berkata:

    suatu tulisan yang menembus lubuh hati yang penuh dosa ini..Syukran ‘ala da’watika ya syeikh…

  5. sudin berkata:

    jazakallah khair…sgt bermanfaat…insyaAllah cuba istiqamah

  6. rafeeq_lan berkata:

    lantunan ikhlas dari hati..
    ke hati jua ia menyinggah..
    moga hati ini terus thabat dan ikhlas
    di jalanNya…

    jazakallah khair akhi…
    barakallah fik… =)

  7. syamil berkata:

    syukran ….
    tulisan ni sngguh menyentuh hati …
    ana nak copy untuk sebaran buleh x ?

    nak contact abg.Qamarul Naim camne yek …
    kalo bleh nak dier punye YM pn ckup ….

  8. suhailsufian berkata:

    boleh silakan.

    Alhamdulillah makin sehat abang qamarul,
    tahu kan lagi 2 minggu dia nak kahwin?

    Ok la, dia punya ym qamarul_naim

    Rabbuna yusahhil

  9. syamil berkata:

    ooo… alhamdulillah…

    ana tak tau pun yang dia nak kawin….
    kahwin kat malaysia ke , kahwin kt mesir ?
    kirim salam kat dia ….tu pun kalau dia ingat lagi ana ..

  10. suhailsufian berkata:

    dia ingat je. Dia terus mintak ym anta.
    insya’allah khair

  11. Putera Aduka berkata:

    Salam akhi,
    Mohon sangat hubungi saya dengan satu tujuan dakwah yang saya rasa ramai daie terlepas pandang selain isu murtad dsb. Mohon bantuan lillahi taala..

  12. ayu lintang siboro berkata:

    terima kasih. dakwah ini sangat bermanfaat. alhamdulillah.

  13. syairah berkata:

    assalamualaikum wbt..

    semoga ilham untuk menulis bagi memberi hasanah kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat dapat diteruskan..kami mengharapkan golongan muda seperti anda untuk sama-sama memberi penerangan..

    p/s : kita banyak memberi penerangan kepada org yang ‘alim shj, mcmmane nak sebarkan pemikiran kita kepada adik2 yang berpeleseran pula?sekadar hebahan pertanyaan buat semua pengunjung…

    syairah,
    s/u nisa’ qlate
    http://www.mynisa.multiply.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s