Pengajaran dan pedoman dalam memperingati syahidnya Imam Hasan Al-Banna -bhgn 2


 s1220084205313

bahagian kedua :


DARIPADA MATLAMAT-MATLAMAT IKHWAN

Berkata imam Al-Banna :

                                Ingatlah selalu , pada kamu ada dua matlamat(hadaf matlamat awal dan bukan pengakhiran) asasi :

1.           Memerdekakan negara-negara islam daripada semua kekuasaan bukan islam

2.           Menegakkan daripada negara-negara ini yang sudah merdeka daulah islam yang  merdeka, mengamalkan hukum2 islam, dan menpraktikkannya didalam  masyarakat, dan menyampaikan dakwah kepada manusia.

                Dan daripada wasilah(cara) yang telah ditetapkan oeh imam Al-Banna : Pengorbanan, memberi khidmat , dan menghulurkan bantuan tanpa henti . Beliau berkata :

Wahai ikhwan sebelum aku berjuang bersama kamu didalam bicara dakwah suka untuk aku mengajukan sebuah soalan : Adakah kamu semua sudah bersedia??? Untuk berjuang supaya manusia yang lain  mendapat kerehatan???,  untuk bercucuk tanam (didalam dakwah) sehingga manusia lain yang menuai hasilnya???, Dan yang terakhir untuk mati (syahid di jalannya) dan menghidupkan ummat ini?????!!. Dan adakah kamu sudah menyediakan diri kamu dengan benar2 sedia untuk menjadi korban yang dengannya(pengorbanan tadi) Allah akan mengangkat martabat umat ini kembali kepada tempatnya???!!! “ – Dipetik dari Risalah dibawah naungan Al-Quran

 

                Beliau telah berbicara mengenai ekonomi dan kebangkitan umat ini dengan kata-katanya:

Sesungguhnya ummah yang bangkit memerlukan kepada sistem ekonomi, ia adalah antara aspek yang penting pada zaman ini, dan islam sekali-kali tidak cuai pada aspek ini, bahkan islam telah menyusun semuanya, bahkan dia telah menetapkan semuanya, dan telahpun Islam melengkapkan sistem ini dalam setiap urusannya”  

                Sesungguhnya fiqh islami meliputi hukum-hukum perniagaan harta, dan sudahpun menjelaskannya dengan sejelas-jelasnya.

 

al-banna-006Al-Banna bersama ikhwahnya

                Telahpun Imam Al-Banna menetapkan matlamat akhir, matlamat hampir dan cara-cara nya. Dan matlamat akhir kita : Allah ghayatuna!!. Dan inilah asal kepada setiap peruatan kita, inilah kekuatan yang memastikan kita tetap pada jalan ini. Beliau telahpun berkata : Sumber yang tetap untuk menetapkan matlamat adalah islam , dan ia jelas didalamAl-Quran dan sunnah, dan melazimi dengannyya adalah kerana kepentingannya yang sangat agung, yakni matlamat kita yang asal, dan itulah yang menjadi asas kepada hubungan kita dan amal kita. Dan sumber ini (Allah ghayatuna) keagungan kami dan kekuatan kami, dan tiadalah selepasnya kekuatan atau keagungan.……….. Wahai muslimin….. Beribadahlah kepada tuhan kamu!! Dan berjuanglah pada jalan perubahan untuk agamamudan menaikkan syariah kamu, inilah kepentingan dan kesebokan kamu di dalam kehidupan ini. Jika kamu menunaikannya dengan sepenuh pununaian maka kamulah orang-orang yg berjaya…………….. Dan diantara sifat para sahabat nabi – rahib dimalam hari dan singa disiang hari.”

 

pic-2_gifAl-Banna bersama mufti Palestin dan pemimpin-pemimpin dunia islam yang lain

KEBANGKITAN UMMAH

                Kemudian beliau berbicara mengenai wajibnya membangkitan ummah daripada kelalaian yang menguasainya. Maka beliau berkata :

Sungguh kita perlu membangkitkan ummah daripada kelalaian ini, dan berdiri teguh berhadapan dengan tentangan madi ini, dan mengembalikan keagungan islam, dan berjuang diatas dunia ini sehinggakan tersebar diseluruh alam nama Nabi Muhammad S.A.W.  dan berkembanglah naungan islam diseluruh dunia”– Risalah dibawah naungan Al-Quran.

                Dan daripada sini (hidup imam Asy-Syahid) kita boleh fahami sebahagian rahsia tentangan-tentangan jahat yan berterusan terhadap para pendakwah daripada kaum mulimin yang telahpun menetapkan tujuan dan matlamat mereka dengan mendalam, dan iltizam dengan sistem islam yang lengkap. Ini menjelaskan tanda tanya sebab Al-Banna dibunuh salah sebuah jalan yang terbesar di kaherah, dan diperintahkan sebuah negara untuk melakukan tugas tersebut. Dan kita boleh lihat pada hari ini status ikhwan dan tugasannya  dalam membangkitkan ummah hari ini sudah sampai ke peringkat yang tidak lagi menjadi rahsia kepada individu lain. Dan ini kerana mereka bergerak dan berjuang, dan adakah kita lihat serupa dengan mereka yang tiada matlamat dan tujuan.

al-banna-0051Al-Banna bersama pemuda

                Dan  tetap meneruskan pendirian ini walaupun yahudi dihadapan pintu. Dan mereka tidak mendirikan negara mereka yang lampau itu hanya pada asas talmud dan taurat, dan mereka tidak lari daripada kejahatan yahudi tidak lain untuk mempertahankan iman, dan ini merupakan perkara yang hebat.

                Dan mereka (yahudi ) konsisten dalam tentangan mereka terhadap gerakan islam dan mereka memburu rijal-rijal, dengan amerika menentang dengan segala cara terhadap negara islam. Membunuh dan memenjarakan dan menghancurkan di iraq dan afghanistan. Dan menukar keadaan negara tersebut, mereka memerintah, menyekat dan yang lain senyap sahaja!!! Bukankah semua ini perkara yang pelik dan disini sebuah petanda untk kita faham.

Bangkitlah wahai manusia sebelum kamu terlambat, dan ketika itu penyesalan tiada guna lagi.

 


301al-Banna didalam muhadharahnya


PETANDA DAN JANJI-JANJI

                Telah syahidnya Imam Al-Banna dan bagi beliau dunia dan seluruhnya yang berada disisinya perkara mudah disisinya. Imam yang telah menghabiskan seluruhnya untuk ibadah dgn khusyuk dan qiyamulllail yang panjang , dan perjalanan yang memenatkan untuk berjuang dijalan Allah. Sungguh dia telah dikenali disetiap mimbar diseluruh kota di Mesir dan kampung-kampung, beliau memandu ummah dengan suaranya kearah Allah, mengumpulkan mereka untuk islam semata, dan mengikat antara hati-hati mereka.

                Belaiau telah berhadapan dengan tentangan , atheisme, penjajahan dengan seluruh warna-warna mereka. Disekitar nya terbina syabab-syabab yang bangkit untuk islam yang mana hati mereka dipenuhi dengan kecintaan kepada islam dan berpegang teguh padanya. Maka beliau keluar dari dunia ini dibawah naungan malaikat. Dia dibawa ke pengebumian oleh anak perempuannya, dan tidak seorangpun dibenarkan untk menangis kerana oleh kekejaman ketika itu. Dan tdia tidak meninggalkansedikitpun  harta sepanjang 42 tahun hayatnya, moga dia dirahmati Allah dan diredhainya.

255551

Al-Banna bersama generasi ikhwan yang pertama.

Merekalah yang mula-mula menubuhkan ikhwan muslimin


                Dalam memperingati perjuangan shuhada’ dan kepahlawanan mereka, kami berkata : Salahlah sangkaan bahawa cara2 penindasan jiwa berjaya dalam menjauhkan aliran pemikiran islami daripada kehidupan, dan ini adalah kefahaman yang salah, tidak bersesuaian dengan dakwah ini.dakwah ini adalah kata2 Allah(kalimatullah), dan orang2 mukmin tidak diberi pilihan dan tidak diberi keuzuran untuk meninggalkannya(dakwah ini) dan berlepas diri daripadanya.

                Sesungguhnya dakwah ini wajib untuk bergerak tanpa mengira mereka yang menentangnya, dan kembali kepada tujuannya dengan izin Allah.

                Sesungguhnya dakwah islam pada kurun ke 20 panjinya telah diangkat oleh Hasan Al-Banna, guru yang miskin dibawah naungan pimpinan Ar-Rasul Karim selawat keatasnya,ArRasul Pemimpin Kami!!” dan telah beliau dirikan gerakan Ikhwan Al-Muslimin yang berupaya untuk menentang tribulasi yang menimpa, dan untuk thabat(kekal) langkah-langkah rijal mereka walaupun pelbagai ujian dan malapetaka yang menimpa mereka.

                Moga Allah merahmati Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna pengasas gerakan ini, dan telah dia menyusun pemikiran amal islami yang membawa rahmat dan yang sangat luas, moga dia mendapat ganjaran yang terbaik. Moga dia diterima daripada amal-amal soleh yang harapnya akan berada dibawah lindungan arasyNya yang Dia bersemayam dengan benar, yang selayak-layak Raja adalah Dia yang esa. 


Advertisements

One comment on “Pengajaran dan pedoman dalam memperingati syahidnya Imam Hasan Al-Banna -bhgn 2

  1. rusydi berkata:

    jazakallah akhi atas terjemahan,sngt bermanfaat,iAllah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s