Pengajaran dan pedoman dalam memperingati syahidnya Imam Hasan Al-Banna -bhgn 1


ss29

Pengajaran dan pedoman dalam memperingati syahidnya  Imam Hasan Al-Banna

oleh: Syeikh Mohamad Abdullah Khatib

 -Alhamdulillah Allah telah memberi kekuatan untuk ana menterjemah sebuah artikel yang ditulis bersempena dengan syahidnya Imam Al-Banna yang diambil daripada ikhwanonline

Moga artikel ini memberi manfaat kepada para pembaca. dan ana berharap teguran dan persoalan jika terdapat kesalahan pada terjemahan ini dan jika terdapat istilah ataupun perkara2 yang kabur daripada artikel ini.

بسم الله الحمن الرحيم

                Telah hadirnya Imam Al-Banna ke muka bumi ini dengan keadaan yang diperlukan dunia. Ketahuilah sesungguhnya zaman beliau dilahirkan, zaman yang hidupnya aliran-aliran yang aliran kehancuran dan atheisme (ketidak percayaaan kepada agama), pertembungan antara musuh-musuh islam, seeungguhnya alam islam ketika itu dijajahi dengan pelbagai langkah dan cara penjajahan. Hasil daripada penguasaan kuasa-kuasa barat yang memusuhi islam. Serangan pemikiran dan kemodenan (mengikut cara barat) keatas daripada kebanyakan negara2 Islam, dan semua perkara ini terzahir secara jelas keatas alam islami selepas para muslimin menguasai alam  secara ideologi, kemajuan untuk beberapa kurun yang lama.

 

001Syeikh Muhammad Abdullah Khatib penulis artikel ini didalam bahasa arab (boleh didapati didalam link diatas) merupakan antara ahli maktab irsyad (majlis syura tertinggi ikhwan) dalam masa sama memegang pos sebagai ketua bahagian penyebaran dakwah ikhwan muslimin.Beliau juga menjadi tempat rujukan kepada Syeikh Yusuf Al-Qardhawy didalam beberapa masalah.   Website beliau boleh klik disini.               


                Dan apa yang berlaku hari ini daripada penindasan dan permusuhan (musuh islam terhadap muslimin) tidak berbeza dengan apa yang telah berlaku pada zaman dahulu, dan tiadalah musibah yang lebih teruk dan dasyat yang menimpa kaum muslimin pada zaman itu melainkan kejatuhan Khilafah Islamiyah Turki pada tahun 1924 pada tangan yahudi. Maka bertukarlah tampuk kepimpinan daripada Khilafah yang menjadi simbol perpaduan umat islam kepada Pemerintahan sekular, bertukarnya daripada hukum syariah  kepada hukum buatan manusia. Dan muslimin ketika itu seolah-olah menjadi angka sifir (dari segi nilainya) , kerana kekalahan ini lengkap menimpa segenap penjuru kehidupan seorang muslim dari segenap penjuru kehidupan, dan tunggang terbalikhnya setiap kayu ukur manusia dalam setiap aspek.

                Imam Al-Banna mengambarkan intipati kesan daripada apa yang berlaku ini dengan kata-katanya Telah berjayanya peperangan yang tersusun untuk memerangi sosial  ini dengan penuh jayanya, ia adalah peperangan kecintaan pada diri sendiri, mencuri hati2, angan2 yang panjang, dan memberi pengaruh yang besar!!maka ia lebih kita takuti daripada peperangan politik dan ketenteraan berkali ganda lag.” – risalah Antara Semalam dan hari ini.

                Sungguh umat islam seperti kambing ditgh malam gelita yang dihujani dengan hujan yg lebat, dengan tonggang terbaliknya kefahaman, tersebarnya kefasadan, tersebarnya atheisme, dan agungnya islam yang telah diubah, dan jatuhnya martabat syariah dimata kehidupan masyarakat, dan tidak kita dapati pada umat kejayaan melainkan apabila mendapat rahmat Allah, yang didapati didalam aqidah, dan kekuatan iman.

                Maka hadirlah seorang pemimpin yang memacakkan sebuah bendera baru!!, adalah Imam Al-Banna yang menggerakkan islam yang agung yang menjadi bekalan kepada hati-hati, beramal soleh yang relezan dengan semasa, gerakan yang jelas dengan petunjuk yang berhadapan taufan2 dari yang menentangnya, sungguh Gerakan Ikhwan Muslimin diperlukan untuk menghidupkan dan membangkitkan umat ini. Dengan rahmat Allah ia tertegak, sebagai kelebihan buat ummah ini, bahkan untuk alam seluruhnya, itulah gerakan yang bersifat sejagat seperti ikhwan. Mereka mengajak berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran, mendidik para pemuda ummat dengan islam dan menghimpunkan umat muslimin disekitar panji-panjinya, mereka menentang tangan2 musuh sebagai sebuah kewajiban agama, dengan memegang kepada sejarah yang lalu sebagai panduan, dan keperluan manusia untuk membentuk umat dan menyediakan mereka untuk berjuang dijalan Allah!! Inilah gerakan ikhwan muslimin yang beriman dengan islam yang pertengahan, dan dakwah kepada Allah dengan hikmah dan contoh yg baik.

PROJEK PEMBINAAN TAMADUN

                Sesungguhnya projek membina tamadun yang dibawa oleh AlBanna adalah jalan yang satu iaitu dengan membangkitkan ummah pada hari ini daripada apa yang telah menjatuhkan mereka ke dalam lembah kehinaan, dengan islam sahajalah terbinanya identiti, dan terjaganya peribadi, dan beramal untuk memerdekakan politik dan ekonomi.

                Inilah projek islam yang seimbang, yang terbina daripada keseimbangan antara madi (perkara yang zahir) dan roh, seperti mana firman Allah S.A.W.

77. “Dan tuntutlah Dengan harta kekayaan Yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah Engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya Yang melimpah-limpah); dan janganlah Engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang berbuat kerosakan “.

Sepertimana seimbangnya antara mencari kebahgian didunia dan diakhirat.

                Sesungguhnya pendirian Imam Asy-Syahid telah menjelaskan kepada kita betapa dalamnya dan betapa aslinya pemikiran yang beliau bawa. Dengan penuh yakin ia adalah amal yang panjang umurnya dalam penegekan dan pembinaan projek islah ini. Dengan mengambil sebuah jalan yang tidak boleh ditukar ganti untuk membangkitkan semula ummat ini. Mereka telah memandu pembinaan ummat ini kepada pembinaan hakiki seperti mana yang telah dilakukan oleh Rasululllah danpara sahabat beliau. Dia telah mengembalikan hak dan posisi fiqh politik islam selepas ia telah terkubue begitu lamanya. Mereka (yang tidak memahami islam) berkata : “Tiada politik dalam beragama!!” bahkan berterusan : “Mana ada agama dalam politik!! Mana ada agama dalam ekonomi!!! “  maka beliau telah membalas kata2 tersebut dengan amali, maka tidak benarlahapayang mereka katakan dan tersingkaplah kejahilan mereka.

                 Sesungguhnya projek islami dalam manhaj Al-Imam projek yang lengkap menyeluruh, ialah yang satu yang membangkitkan ummah daripada kelalaian, jumud, taqlid dan mundur.

                Sesungguhnya beliau telah mempercayai sepenuh hati bahawa tiada jalan lain yang lebih suci daripada jalan ini, dengan penuh keyakinan tanpa sebarang keraguan waluapun sedikit, maka ini menjadikan beliau berada pada posisi yang bahaya dan diperangi oleh kebanyakan pihaj. Beliau melihat tarbiyah kepada amali wajib disertakan ketika mempelajari teori2. Dan melaksanakan apa yang sudah dipelajari dalam program-program pembelajaran. Dan sesungguhnya tarbiyah yang sempurna dan shahih yang realistik itulah yang dikehendaki oleh agama ini dalam realiti kehidupan.

                Sungguh generasi-generasi telah mempelajari daripada beliau bahawa aqidah yang kukuh mustahil dipisahkan daripada hati-hati mereka yang beriman, aqidah yang membuatkan kita menyembah Allah, yang membuatkan kita mengambil syariah sebagai panduan dan peraturan dalam hidup kita, dan menyusun tindakan kita dalam kehidupan. Dan mereka (generasi2) juga telah mempelajari untuk meletakkan aqidah dihadapan setiap perkara. Menjadikan aqidah sebagai inspirasi dan pegangan. Dan mengambil aqidah ke dalam pemikiran kita dan mencorakkan akal kita. Dengan ketaatan penuh kepada syariah Allah, iltizam dengan perintahNya. Aqidah menjadi perara utama, dan akal kedua. Dan yang terbaik bagi sisinya adalah yang terbaik disisi syarak, dan yang buruk apa yang buruk disisi syarak

 

268730095_de8eb22cc3Al-Banna dalam salah satu muhadharah hadis Ath-Thulasa’ (pengisian hari selasa) yang mana ia merupakan antara cara beliau untuk menyampaikan fikrah beliau kepada masyarakat awam

KESYUMULAN ISLAM

                Beliau telah menjaga pengajarannnya dan taujihat (penjelasan) dan  muhadharah (pengisian) dikoordinasikan dengan mendalam terhadap keseimbangan antara ibaah dan siasah, ekonomi dan tarbiah dan jihad. Berkata Al-Haj Amin Al- Husain ,mufti Palestin :-

Telah memnuhi kepalaku dengan uban, dan pada setiap uban terdapat pengalaman yang ku dapati didalam bertahun-tahun hidupku, tetapi apabila aku bertemu dengan Hasan Al-Banna aku sedar bahawa ketika aku hanya sampai ditempat dimana dia sedang bermula sekarang.”

                Dan tiadalah yang lebih diperlukan oleh muslimin pada hari ini dan esok melainkan beliau telah menemuinya- iaitu kembali kepada islam, dan menerima islam sebagaimana yang diterangkan oleh Imam Al-Banna !!! Dengannya kita telah menemui ubat yang asli dan tulen untuk ummah ini. Yang mana keadaan umat dengan  kefahaman islam dengan sistemnya, dan kesyumulnya , dan kelemahan iman umat, dan lemahnya hubungan dengan Allah menggerakkan beliau untuk membina pusat-pusat tarbiyah, danmenitikberatkan dengan pengakhiran(hidup) yang penuh keimanan, maka berulanglah sirah dar-al arqam yang baru. Beliau telah berkata :

Sesungguhnya pusat-pusat tarbiyah ini dibina atas kitab Allah dan manhaj (sistem) nabawi (mengikut sunnah nabi) dalam menyediakan peribadi…… sesungguhnya batu-bata yang pertama adalah usrah, dan telah kita tetapkan rukun-rukunnya : Taaruf, tafahum, dan takaful. …..Dan apabila kamu telah menunaikan kewajiban ini yang merupakan kewajipan terhadap individu, masyarakat dan harta, sesungguhnya pasti akan menjadi realiti rukun-rukun ini tanpa ragu walau sedikit pun”

Dan beliau berucap mengenai panji-panji tarbiyah dan permulaanynya berbanding selain darinya :

Kita akan mendidik diri kita sehingga kita menjadi rajul –muslim (pemuda yang benar-benar islam), dan kita akan bentuk keluarga kita sehingga menjadi baitul muslim(rumah tangga islam), dan kita akan mentarbiya bangsa kita sehingga mereka membentuk mujtama’(masyarakat) muslim, dan untuk melakukan semua ini maka kita akan menyediakan diri kita dengan keimanan yang tidak akan bergoyang, dan amal yang tidak akan henti, dengan roh yang hari yangterbaik buatnya adalah apabila ia bertemu Allah syahid diatas jalannya.”

IMAM ALBANNA DAN ISU PALESTIN

                Sesungguhnya beliau melihat dan menilai isu ini yang pada sisinya dan gerakan ikhwan seluruhnya bahawa ia adalah isu yang sangat besar. Sebagaiman yang beliau sampaikan : Jantung kepada negara kami,  dan telah terpotong hati-hati kami, dan telah habismodal-modal kami, dialah batu asas kepada kesatuan dan perpaduan kami, dan pada nya tergantung keagungan islam atau kehinaanya” dengan kefahamn yang mendalam ini, seolah-olah dia telah berkhutbah kepada kita hari ini, dan hidup bersama kita. Pihak yahudi dan amerika(dibelakang yahudi) telah membentuk sebuah peperangan yang besar, dan terhasilnya pertembungan antara yang benar dan batil disuatu bahgian dan juga penindasan terhadap warga palestin di bahagian yang lain.

                Dan tidaklah beliau leka dalam mengukur akibat daripada mengetengahkan isu ini. Dia berkataAngin-angin syurga bertiup dari arah palestin” dan beliau berkata juga Sesungguhnnya ikhwan muslimin telah mengetahui bahawa dakwah mereka menjadikan penjajahan sebagai musuh, dan mereka berada dalam posisi ‘pos pengawal’ , dan musuh kepada kerajaan-kerajaan yang mendokong penjajahan, tetapi kami tidak akan berundur daripada bangkit terhadap isu ini dan musuh yang menipu daya yang bermewah-mewah dari setiap sudut, keatas mereka kami akan bangkit”

                Sesungguhnya Imam Al-Banna dan ikhwan sangat mengambil berat mengenai isu palestin, mereka mempertahankan dengan pemuda-pemuda mereka dalam menentang zionis, dan menjatuhkan mereka disetiap penjuru, dan mempersembahkan shuhada’ yang mulia, dan mereka sentiasa dalam keadaan bersedia, dan ketika berpeluang mereka akan bersemuka dengan zionis dipalestin dan tidak akan berundur daripada kewajiban ini dan dari kefardhuan ini.

Akhir bahagian pertama……….

insya’allah jika berkelapangan bahagian kedua akan ana terjemah dalam waktu terdekat. Doakan ana thabat dan diberi kekuatan oeh Allah. 


Advertisements

2 comments on “Pengajaran dan pedoman dalam memperingati syahidnya Imam Hasan Al-Banna -bhgn 1

  1. zahidzuhri berkata:

    Satu usaha yang baik,teruskan akhi!

  2. Anto berkata:

    Usaha yang sangat mulia akhi semoga akhi diberi peluang untuk mengambung kembali.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s