60 tahun syahidnya Imam Asy Syahid Hasan AL-Banna


 

img1

 

 Imam Asy Syahid Hasan AL-Banna.

 

                Semalam genap 50 tahun syahidnya seorang syuhada’ yang memebenarkan janji Allah sepertimana firmannya:

Dan diantara orang yang beriman itu, rijal yang membenarkan apa yang telah dijanjikan oleh Allah kepadanya, ada antara mereka yang teah pergi dan ada pula yang sedang menunggu”

Moga kita tegolong diantara mereka yang menunggu.

                Mungkin ada dikalangan kita pelik mengapa terdapat kelompok manusia yang terlalu mengikut Imam Asy Syahid, sedangkan ramai lagi tokoh2 yang pernah menggegarkan bumi ini, termasuklah dikalangan para solafusalleh dan mujaddidin yang lain. Termasuklah syeikh2 besar yg wujud pada zaman sekarang.

                Perlu saya tegaskan disini, bukanlah kita bercerita AlBanna untuk mentaqdiskan (memuji beliau sehingga tahap mensucikan beliau dari kesalahan) TIDAK!! bagi saya, tidaklah saya cuba memahami fikrah yang beliau susun melainkan kerana saya telah meletakkan suatu titik pemisah antara diri ini dengan dunia tanpa pegangan, titik pemisah antara kekaburan dengan kejelasan, titik pemisah antara amal dan angan-angan.

                      Ana melihat dunia ini terlalu ramai mereka yang membawa islam,dan terlalu banyak fikrah yang wujud, dan semua mengaku membawa islam yang sebenar, mengikuti Al-Quran dan sunnah dan sebagainya, namun bila ana mengambil renungan yang panjang, dan menilai dengan penuh kritis, ana sedar akhirnya terdapat sebuah jurang yang nyata antara apa yang dibawa oleh Imam Syahid dan yang lain. Iaitu amal yang realistik. Ramai yang mampu berbicara, teori itu ini, mampu bersyarah mengenai pelbagai idealisme dan corak pemikiran mahupun syarahan yang panjang mengenai  fiqh , tetapi ana ingin tanya semula, apakah kita jelas apakah tariq ataupun jalan yang terang dan jelas untuk akhirnya tertegak islam dimuka bumi ini? Apa yang saya lihat tiada fahaman yang lebih ditakuti oleh musuh islam selain daripada yang dibawa oleh imam Al-Banna. Bukan sahaja beliau dibunuh, pengikut ditangkap pada zaman beliau namun sehingga ke akhir ini merekalah yang paling hebat ditentang diseluruh dunia oleh msuh2 islam. Jelas dalam isu gaza baru ini, Tzipi Lizni, menteri luar israel mengisytiharkan perang terhadap ikhwan. Dan bukan kepada hamas sahaja. 

              Perlu ana tegaskan, tulisan ini bukan untuk menafikan amal mana2 pihak, kerana penerima amal adalah Allah, dan bukan hak ana untuk manfikan amal orang lain kerana semua yang beramal untuk islam dengan ikhlas akan mendapat ganjaran disisi Allah, itu janji Nya dan syurga itu luas untuk semua fikrah yang wujud, Cuma disini kita berlumba dan ana ingin mengambil kenderaan yang dipandu dgn fikrah ini. Dan tugas kita bukanlah menjarah (menolak) mana2 pihak tetapi kebaikan yang ada kita ambil untuk kebaikan dunia dan akhirat, dan ana juga tidak mengambil kebaikan pada AlBanna dan menolak semua yg lain, tetapi ana ambil juga kebaikan yang ada pada Syeikh Albani, Dr Ali Juma’ah, Mahathir Mohamad, Tony Buzan, Sigmend Freud dan yg lain, berdasarkan neraca  AlQuran dan sunnah.

Baiklah secara ringkasanya biodata hidup Albanna adalah seperti berikut :

– Nama beliau Hasan Ahmad Abdul Rahman Al-Banna

– Dilahirkan pada waktu Dhuha hari Isnin 25 Sya’ban 1324 hijrah, 14 Oktober 1906. Di markaz Mahmudiah ,Muhafazah Bahriah

– Menghafal Al-Quran ketika masih kecil, dan belajar di Madrasah Ar Rasyad ketika berumur 8 tahun, kemudian beliau masuk ke sekolah rendah,  kemudian Madrasah Mua’allimin Damanhur, kemudian Darul U’loom Keharah, beliau menjadi graduan pada tahun 1927.

– Dari kecil beliau sudah mula berdakwah kepada Allah, amar ma’aruf dan nahi mungkar, beliau bersama kawan2nya menubuhkan pertubuhan Akhlak dan Adab ketika di sekolah rendah, dan seterusnya bersama kawan2nya menubuhkan persatuan Pencegah Kemungkaran. Ketika beliau di Maktab perguruan (madrasah mu’allimin) beliau bersama rakannya Ahmad Sukkari menubuhkan Jam’iayyah Al Hisofiah Alkhairiyyah yang bertujuan menegakkan akhlak mulia dan mencegah kemungkaran.

– Beliau bekerja sebagai guru di Isma’iliyyah pada tahun 1927.

– Pada Zulkaedah Tahun 1347 hijrah / 1927 masihi beliau menubuhkan Pertubuhan Ikhwan Muslimin.

– Maka berkembanglah dakwah ikhwan sehingga terdengar diseluruh pelusuk kampung di mesir. Beliau sendiri telah pun menziarahi lebih kurang 3000 kampung antara hampir 4000 kampung yang ada di Mesir ketika itu. Dan ini tidak termasuk bandar yang telah beliau pergi.

– Beliau juga giat dalam usaha massa. Pada tahun ke 30 an beliau, telah terbit  Teater Ikhwan Muslimin, beliau juga telah menerbitkan beberapa majalah2 : AlManar, Asy Syihab, AnNazir, At-Taaruf dan juga beberapa surat khabar : Al Ikhwan Muslimin dan juga Radio Ikhwan muslimin pada tahun 40-an beliau.

  Dan beliau berhenti bekerja sebagai guru pada tahun 1946

– Pada tahun 1947-1948 beliau telah menghantar ribuan Pemuda Ikhwan ke medan jihad di bumi Palestin.

– Pada safar 1368 / Disember 1948 ikhwan telah dikenakan tindakan ketenteraan . Ketika itu bilangan anggota penggerak Ikhwan tidak kurang daripada setengah juta.

– Beliau telah syahid pada bulan rabi’ul thani 1368 hijrah / 12 Februari 1949, apabila beliau telah dibiarkan tanpa rawatan di hospital setelah ditembak.

                Ketahuilah bahawa dengan syahidnya Al-Banna menjadikan beliau perintis kepada ribuan syuhada’ selepas beliau, yang mana kita lihat syuhada’ di kalangan HAMAS yang mana mereka mengikuti fikrah yang dibawa oleh Al-Banna secara penuh.

                Fikirkanlah kemana anda ingin pergi selepas ini…

“ Moga kita bertemu dengan Allah dalam keadaan sebaik pertemuan, asy-syahid insya’allah”

 

 

 

Pada 12 februari ini , penulis berziarah ke maqam AlBanna dengan  bertujuan untuk merasai kehilangan seorang mujaddid dan membentuk semangat dihati penulis untuk mengatakan pada hatinya

Sesungguhnya sehebat manapun perjuangan dan pengorbanan AlBanna, maka dia tidak akan kembali untuk berjuang, bukankah sudah sampai masa untuk diri ini menjadi seperti beliau?!!! bahkan lebih lagi !!!

dsc022621

penulis dihadapan maqam Imam Asy Syahid Hasan Al-Banna

 


dsc022581papan tanda yang tertulis “inilah qubur Asy-Syahid Hasan Al-Banna

 


dsc022611disekitar maqam Imam Asy Syahid Hasan Al-Banna

 


Advertisements

2 comments on “60 tahun syahidnya Imam Asy Syahid Hasan AL-Banna

  1. syamil esa berkata:

    salam.
    post menarik dan ringkas yg menjurus kpd lontaran persoalan di antara dunia realiti dan harapan..
    moga2 kite tergolong dalam golongan amaliyyuun.
    salam dari Tanta.

  2. samil berkata:

    Erm, teruskan siri hasan banna dengan ringkasan, sebab2 kenapa perlu jadikan beliau sbg contoh~ ringkas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s