nak beli buku ape ye?


d985d8b9d8b1d8b6-d8a7d984d982d8a7d987d8b1d8a91

Nak beli buku ape yek?

 Salam, sebelum ana mulakan perkongsian, marilah bersama berdoa untuk mereka di Gaza,

Ya Allah kuatkanlah hati mereka !!!

Ya Allah Kurniakanlah mereka kebahagiaan lebih daripada apa yang mereka inginkan!!

Ya Allah tenangkanlah hati mereka dengan nur darimu sesungguhnya tiada yang lebih menenangkan daripada sentuhan sentuhanMu keatas hati2 yang lemah ini.

Ameen ya rabbal A’alamiin !

1.Soalan               : Nak beli buku apa yek?

1.Jawapan           : Alaa, beli buku tuk studi la

2.Soalan               : Nak beli buku apa yek?

2.Jawapan           : errm, tak fikir lagi time kat sana fikirla

3. Soalan              : Nak beli buku apa yek?

3.Jawapan           : sori la, ana tak minat membaca

4.Soalan               : Nak beli buku apa yek?

4:Jawapan           : buku yang memberi  _ _ _ _ _ _ _ , errm walaupun ana  ana _ _ _ _ _   _ _  ,rasa                                 sebab  ana ………………………………

Anda di mana?

1 ke 2 ke 3 ke atau 4 ? Ataupun tiada antara sifat2 diatas yg mewakili kita dalam mendengar ttg ma’arad kutub? Wallahu A’alam , errm, sebenarnya buku tu ape ye?

Sebelum ana berkongsi kaedah ana membeli buku baik ana trgkan apa dia buku.

Secara mudah, ~ gudang Ilmu,

Secara susah,

[ sebelum pergi lebih jauh untuk memudahkan pembaca, tulisan kali ini terbahagi kepada dua bahagian, yg rajin baca dari atas kebawah, kurang rajin terus baca tips kat bawah tapi igt, bahagian yg pertama adalah sebab kepada anda membeli buku. Bhgn1- agak berat dan ilmiyah dan panjang[walaupun sebenarnya kurang gemar tulis ilmiyah dkt blog sbb nk bg blog ni santai, tapi nampknya untuk menjadi penulis yg relevan dgn suasana,skop penulisan ilmiyah penting. Bhgn2- simple dan suku ilmiyah]

1 ~ alat – D dan wasilah faham – D

– Menurut Muhammad Ahmad Khatib (mufti Ikhwan Muslimin) didalam bukunya

Addakwah – Qawaid wa usul.

Antara rukun dakwah adalah alat dakwah dan manhaj dakwah,

Suatu dakwah yang tiada alat yang jelas sebagai pengantara dakwah maka ia akan terhenti dari sampainya dakwah kepada mad’u. Dan dakwah tersebut hanya akan berlegar disekitar orang yang sama tanpa menggunakan potensi penuh dai’e tersebut!

Dalam erti kata lain, ratusan,malah ribuan mujahid islam menyampaikan dakwahnya melalui buku, dan sangat rugilah kepada kita yang menghadiri ma’arad yang menghimpunkan himpunan khazanah dakwah seantero dunia. Disinilah anda akan menjumpai apakah sebenarnya yang diperjuangkan oleh HAMAS , Al Banna , Yusuf Qardhawy,  Fathi Yakan, Syed Qutb, Abu A’ala Al-Maududi, Ibnu Tayimiyah dan ratusan tokoh mujaddid yang ada. Ana takut menjadi antara mereka yang mencedok ilmu mereka secara kurang sempurna maka menjadikan tokoh2 diatas hujah untuk kepentingan diri. Na’uzubillah min zaalik..

Ia juga cara untuk kita memahami Manhaj Dakwah (sistem dakwah ~ dalam erti kata yg mudah sket, cara suatu dakwah disampaikan dan bagaimana dakwah tersebut ).

Syeikh Ustaz Doktor Muhammad Amahzun didalam kitabnya Manhaj Nabi fi Dakwah secara mudahnya semua da’ie yg ingin membawa dakwah Rasulullah akan terbahagi kepada beberapa jenis atau tingkatan :

1. Sebahagian yang merasakan mereka memahami keadaan umat sekarang dan mersakan mereka mengetahui cara menyelesaikannya, dan mereka ingin menyelesaikan asal kepada masalah ini, dan mereka mengikat antara amal dan dhorurah, tetapi mereka memahaminya dengan harfiyah a’aqiimah ( pemesongan yang mandul) dalam kefahaman terhadap manhaj dakwah.

Maka mereka mula menghukum mereka yang selain daripada mereka dengan hukum2 yang melampau, antaranya takfir, bid’ah, khawarij, menyimpang dari jema’ah yang betul dan sebagainya.

2. Sebahagian yang menegakkan dakwah mereka tanpa manhaj yang jelas, maka segala isu diselesaikan menurut perasaan dan gerak hati. Dan apabila berhadapan dengan isu baru, maka mereka tidak mampu utk menyelesaikannya. Maka Apa yang dilakukan hanyalah menjustifikasi diri (mengatakan dirinya betul) dan tuduhan membuta tuli tanpa mengubah sedikitpun daripada suasana. Maka urusan aqidah dan iman menjadi tidak penting, dan menggunakan hujah2 maslahah (kepentingan) dakwah , atau dhorurah (keperluan) syariah untuk mengatakan apa yang mereka katakan adalah betul. Berpunca daripada lemahnya penguasaan terhadap islam dan kekaburan manhaj islam.

3. Mereka mengikuti manhaj salaf (org yg terdahulu – sahabat dan tabi’iin) tetapi tidak merujuk kepada manhaj salaf yang syumul (lengkap) maka mereka tidak membawa kepada terlaksananya matlamat Islam (menegakkan kalimah Allah) dan akhirnya berkisar kepada perbahasan ilimiyah. Dan banyak lagi perbahasan terhadap golongan ini yang ana tidak sebutkan.

4. Manhaj Ar-Rasul. Mereka yang mengetahui hakikat bahawa Rasulullah menerima wahyu dari Allah dan terhasil dari dakwah beliau Manhaj yang telah ditetapkan oleh Allah kepadanya.

~ huraian nya terlalu panjang namun ana ringkaskan bahawa manhaj ini adalah seperti mana yang dikatakan oleh Imam Asy Syahid Hasan Albanna didalam Usul pertama ‘Islam sistem yang syumul memenuhi setiap aspek hidup , ialah Daulah dan Negara………………… dan setiap ini ,seperti mana pentingnya aqidah yang benar dan ibadah yang sohih tanpa dibezakan walaupun sedikit.’ Dan juga sepertimana yang digambarkan didalam rukun baiah Ikhwan Muslimin, Faham, Amal, Taat… hingga ke akhir.

Jelas bagaimana ingin melakukan dakwah dan jelas apakah yang kita inginkan daripada dakwah. Dengan pembacaan yang meluas, pencarian yang tidak kenal erti putus asa, usaha berfikir sebelum menghukum dan dengan rahmat dari Allah semua ini boleh kita dapati. Moga kita tergolong dalam golongan keempat Insya’allah.

2. Kunci kepada rahsia alam

– Menurut Syeikh Abdul Rahim Lakasauk, seorang da’ie dari  zaman awal 70-an sehingga ke hari ini.

Sebelum ana ke Mesir ana telah bertekad untuk mengambil khibrah atau pengalaman daripada Syeikh dalam tarbiyah dan dakwah yang ana kenali. Ana bertekad paling kurang ana perlu bermalam bersama dengan mereka. Antara yang ana sempat adalah Syeikh Abdul Rahim Lakasauk yang mana anaknya merupakan antara sahabat baik dan rakan sekelas ana selama lima tahun berturut. Alhamdulillah setahun hidup diatas satu katil yang sama (ehem katil doble decker ana duduk dkt atas) Ana sampai agak lewat jadi ana mula mengambil khibrah(pengalaman) keesokan paginya. Suatu yang menjadi ketakjuban ana pd mlm tersebut adalah keadaan rumahnya yang berdindingkan buku!! Dan ana pernah terdengar seorang junior beliau dimesir dulu pernah bercerita bahawa semasa dia meninggalkan mesir beliau telah meninggalkan sebuah perpustakaan mini untuk kegunaan ustaz2 di mesir.

Komen beliau ana ringkaskan kepada berikut yang ana igt sehingga ke hati ini :

1. ‘ Buku merupakan kunci kepada ilmu. Anta akan mengetahui apa yang anda inginkan dalam hidup didalam buku jika anda mampu mendapat apa yang difikirkanoleh penulis ’

2. ‘ Syeikh, umur ana dah dkt nak senja dah tapi buku dpt menjadikan anta  muda dari segi semangat ana. Dan diadapat menjadikan anta tua dari segi berfikir ’

Wallahu a’alam.

 

Bhgn 2- Bagaimana saya membeli buku?

Secara ringkas ada tiga cara saya membeli buku :

1. Bertanya dan membeli  – mudah untuk dilakukan , kos tinggi , kepuasan tahap sederhana

– Hari2 yg hampir untuk membeli buku ana berfikir tentang segala permasalahan umat dan persoalan kehidupan

– Ketika di ma’arad ana membeli apa2 buku yang mungkin menjawab semua persoalan tadi.

– Agak mahal kerana tiada had yang ana gunakan ketika itu.

– kepuasan sederhana kerana akhirnya soalan terjawab tetapi tidaksemua buku yang kita beli mampu memberi jawapan yang puas. Ana juga terasa agak sukar memilih buku yg terbaik utk menjawab persoalan ana.

– Boleh dikawal dan dioptimumkan dengan meletakkan had membeli dan berbincang dengan mereka yang kita percaya dan lbh aarif dari kita ttg cadangan buku untuk menjawab soalan tersebut

 

2. Perancangan dengan hadaf.

– Ana mengambil kaedah ini daripada cara pembawakan tarbiyah Ikhwan yang bertukar daripada pembacaan dan pemahaman berdasarkan buku dan risalah, kepada sistem pembawakan tarbiyah yg lebih bersistematik iaitu tarbiyah bil ahdaf (matlamat) . Maknanya ada matlamat umum dan khusus bagi setiap pembawakan tarbiyah, dan penyusunan tersebut telah dilakukan dgn penuh sistematik.

Terpegun dengan cara ini menyebabkan ana berusaha untuk cuba mempraktikkan didalam cara membeli buku dan cara penulisan blog.

– Secara mudah kita lihat dari 3 dimensi tarbiyah (terdapat banyak dimensi atau cara pandangan yg lain tetapi ana lihat ini yg terbest!)

1. Ibadi wa Ruhi                  Ibadah dan kerohanian

2. Akhlak wa suluk             Akhlak dan keterampilan

3. Dakwi dan haraki           Dakwah dan Harakah

– Jadi ana cuma perlu tetapkan berapa buku perlu dibeli untuk setiap aspek dan untuk mengoptimumkan pembelian, bertanyadan berbincang dengan mereka yg lbh aarif dan faqih dlm perkara tersebut. Kerana untuk membeli yg lebih penting lebih awal adalah penting, supaya ana tidak menerawang membaca buku yg kurang memberi manfaat kepada diri ana.

Ataupun anda boleh lihat dari aspek tarbiyah yg lain

1. Thaqafah    2. Hati    3. Jasmani dan keterampilan

Ataupun dari aspek keadaan tarbiyah :

1. Bittahaddi (medan amal)      2. Bilmahdhan (medan tarbiyah dalaman)

Dan byk lagi aspek tarbiyah yg lain iaitu dari segi rukun tarbiyah

1. Murabbi  2.Mutarabbi  3. Manhaj  4.Manakh (bi’ah)

Semuanya terpulang kepada diri masing2. Pointnye disini letakkan kategori buku yg ingin dibeli dan membelilah.

 

3. Maraji’

– Sebuah kaedah menarik yg telah dilakukan oleh Syeikh Kutub , Syeikh Abdul Rahim Lakasauk, ialah beliau mencari buku yang digunakan untuk menulis buku yang hebat dengan merujuk kepada maraji’ atau pun rujukan penulis tersebut.

– Contohnya kita rasa seronok membaca silsilah tulisan dakwah Syeikh Ahmad Ar-Rasyid  (seorang da’ie di iraq, penulisan terbaru yg ana baca adalah tarbiyah a’ala taat majalah Ar-Risalah keluaran desember lepas, menarik dan mantap !! jika berpeluang belilah) , Al Muntalaq, Ar-Raqaaiq, Al Awaaiq, Al Masar, dan banyak lagi. Maka cuba check apakah rujukan beliau untuk menulis buku tersebut, kerana untuk menjadi faqih seperti beliau bagi ana perlu untuk sekurangnya mampu merujuk kepada kitab2 yg beliau gunakan. Wallahu a’alam.

 

Kesimpulan

4.Soalan               : Nak beli buku apa yek?

4:Jawapan           : buku yang memberi  jawapan , errm walaupun  ana lemah   BA ,rasa  sebab ana tidak berpuas hati dengan diri ana sekarang yang hanya mampu melihat orang lain menjadi lebih mantap , menyampaikan dakwah dengan ebih hebat, mempunyai pegangan hidup yang lebih jelas, dan telahpun dikurniakan impian terindah , SYAHID dan mereka telah pun pergi dengan meletakkan islam sebagai perjuangan mereka. Maka ana tidakkan duduk diam dan lepak je tunggu ilmu diorng diberi oleh org lain, tapi ana kena cari, cari, dan cari sehingga ana menjadi sebaris dengan Anbiya, Abu Bakar,Umar,Ibnu Tayimiyah,Imam AlBanna, Syed Qutb, Syeikh Ahmad Yassin, dan semua mujaddid islam. Dan ana yakin membaca adalah antara pembantu untuk ana ke sana. Walapun akhirnya keimanan yang Mendalam, ketaatan total kepada Allah, kesucian hati, mujahadah yg tinggi, pengorbanan yg tidak berbelah bahagi, Amal yang qawiy lebih utama disisi Allah.

Ya Allah jadikanlah aku dimatamu sebaik manusia

Ya Allah jadikanlah aku pada diriku seburuk manusia

Ya Allah jadikanlah aku pada manusia , manusia

– doa Saiyidina Ali Radhiallahu a’anhu

Wallahu a’alam.

 

 

Advertisements

2 comments on “nak beli buku ape ye?

  1. thaaqhib berkata:

    erm.. saya cadangkan. senarai buku buku pertama yang mandatori dibeli oleh saya adalah

    1) quran poket (walaupun ada quran.mp3, tetap tak leh disiplin ..sedisiplin pakai quran poket

    2) kamus poket (sampai bila nak tanya orang “ape maksud ni ek?”

    3) diari atau nota poket (catit dalam henset dengan catit dalam buku. mana lagi ingat?)

    – tapi kalau kat ma’rad (baca : pesta buku) .. takyah la fokus bende2 cam ni.. baik ikut cara suhail

  2. suhailsufian berkata:

    Reblogged this on sthrnnt – mengapa hidup,jika statik and commented:

    Sedikit cebisan archive tentang sedetik pengalaman bersama Ustaz Rahim (dibahagian bawah sedikit), harap dpt mengingatkan kita pada beliau rahimahullah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s