penjelasan isu krisis ekonomi dunia.


stockbroker

Alhamdulillah, exam semakin hampir, dan fokus fiqh pada tahun ini adalah fiqh muamalat. Antara fiqh yg paling kurang pakarnya didunia. Dan dalam masa yang sama isu ekonomi dunia sekarang seolah2 mengingatkan ana tentang pentingnya bersungguh dalam membuktikan fiqh muamalat adlah muamalat terbaik !!

Sedikit post ringkas penerangan isu ekonomi dunia yang mana puluhan bank ditutup, ribuan hilang duit simpanan, dan pelbagai lagi komplikasi yang berlaku yang akhrinya menyebabkan jutaan pakar ekonomi bertungkus lumus dalam mengenal pasti penyelesaian masalah ini.

Berikut merupakan video teringkas yg sdkt sebanyak dpt menrngkn mengenai masalah ini.

Apakah penyelesaiannya??? 

Jawapan saya masih sama ISLAM ADALAH PENYELESAIANYA !!!

Bacalah artikel yg ana link dibwh untuk lbh memahami penyelesiaa yg ditawarkan Islam.

Krisis ekonomi US : Gambaran Ulasan dan pandangan ISLAM – Ust Zaharuddin

Krisis Ekonomi Dari US ke UK : Ulasan dan Perspektif Islam

Sistem sekular nampak gah, hebat dan mantap berbanding sistem Islam,

BUKTIKAN !!! TUNJUKKAN !!! sistem islam adalah yang terbaik.. Cabaran buat semua muslimin

(saya juga seorang muslim)

dan kepada mereka yg mengkaji dan berfikir, pasti akan menyedari betapa hebatnya sistem Islam walaupun mereka bukanlah orang Islam !!!
Buktinya

Japan Joins Booming Islamic Banking

finance: Japanomics — Turkeynomics?

Sedarlah kita betapa agama ini memerlukan mereka yg bukan sekadar bercakap tentang kitab itu atau kitab ini, tetapi mereka yg mampu implemen sistem islam dalam menyelesaikan permasalahan dunia hari ini.

Ingatlah qaul salaf
كن علماء فلا تكن خطباء

“Jadilah ulama’ dan jgnlah menjadi khatib”

Kalam ini bukanlah bermaksud kita tidak boleh berkhutbah, tetapi lebih kepada menerangkan sebuah qaul lagi :

” Be a problem solver , not a problem talker “

Isu sekarang bukanlah kurangnya umat islam atau ulama’ yg bercakap tentang islam, tetapi lebih kepada kualiti umat islam untuk menggarap permasalahan umat masa kini, dan menterjemahkan didalam bentuk amal qawiy yg akan memberi impak pada umat islam seluruhnya.

Sedar atau tidak, masih ramai diluar sana yg masih tidak menyedari bahwa umat didalam masalah yg amat besar.

Penyelesaian?
Mulakan dengan diri. Berubahlah kearah yg lbh baik, dan kuasailah bidang yang kamu ceburi dan menyumbanglah kepada Islam dengan penuh kesungguhan !!

(untuk huraian kepada penyelesiaan masalah ini tdk dpt ana terangkan didalam post ini kerana perlukan kepada penerangan yg panjang. aasif jiddan)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s