Sambutan harijadi ke-22


xbs90397

Salam, hari ini merupakan hari yang panjang.. dengan cuba menghabsikan silibus pelajaran dan pelbagai aktiviti lain yg dirasakan agak menyebokkan sebagai persediaan untuk sambutan raya haji pada hari lusa.

Dalam perjalanan pulang daripada membeli barangan keperluan rumah ana dan org rumah pun bersiap untuk makan malam, yg mana dalam usaha untuk merancang kewangan dengan baik, kami hanya makan to’miyah/falafil dan batatis/kentang goreng bernilai 3 geneh sahaja bersama ish yg sudah sejuk. Walaupun kami terbelanja lebih dengan teilap beli sepaket cokolat toblerone yg disangkanya 3 geneh rupanya 8.5 geneh, yg disedari selepas membayar semua barangan.

dsc020651

makanan jamuan hari jadi

Ketika makan malam tiba-tiba ahli bait bertanya soalan pelik ” xxxxx , kalau dalam islam maghrib kira dah masuk hari baru kan? ” ana menjawab ” ye la xxxxxx, nape?’ ” Selamat hari jadi !! ”

Sedar tak sedar, rupa-rupanya esok ana akan melangkah sebagai seorang yg berumur 22 tahun !! Dan melihat sambutan hari jadi ana pada malam tersebut, membuat ana sedikit terkedu dan sedikit menitiskan airmata.

Mengapa?

Kerana

1. Barulah ana sedar dalam betapa kurangnya nikmat yang Allah beri kepada diri ana (ye la, sambutan hari jadi pon makan roti dan makanan yg jauh lbh murah daripada sambutan hari jadi org lain) dari pelbagai aspek, rupanya bila ditimbang, ana sedar terlalu sedikit jika dibandingkan oleh nikmat yg lain.

2. Betapa susah pun hidup, betapa sempit pun hidup, betapa seksanya hidup, pasti kita akan tabah, mampu malahan kuat menempuhnya jika masih ada mereka yang mencintai dan menyayangi kita disekeliling kita.(contohnya ade sahabat,zaujah etc – perkara ini dibuktikan oleh Rasulullah sendiri dimana antara penguat hati baginda adalah dengan kehadiran Khadijah dan Abdul Muthalib di awal perutusan baginda sehinggakan tahun kehilangan mereka dianggap tahun kesedihan kerana sedihnya Rasulullah)

3. Betapa ana masih kurang bersyukur,

~ Masih banyak nikmat yang ana kufur

~ Masih banyak jasa mak dan ayah yang tidak dibalas

~ Masih banyak hak isteri yang gagal dipenuhi

~ Masih banyak hak sahabat ana yang belum disempurna

~ Masih banyak hak ummat yang tidak diseleaikan

~ Masih banyak nikmat pada diri ana yg lain , yg akhirnya hanya disyukuri dengan sedikit ibadah padaMu Ya Allah!! sedangkan Rasulullah sehingga bengkak kaki hanya kerana syukur.

Alhamdulillah, zaujah ana mengingatkan ana tentang hakikat ini, dan kerana itulah ana mengalirkan airmata.

Ya Allah, kurniakan daku serikandi penyejuk dimata penawar di hati !!

Ya Allah, kekalkanlah kami didalam cintaMU sehingga ke Syurga Ya Allah !!

Ya Allah berikanlah kami kemampuan untuk mensyukuri semua Nikmat MU Ya Allah !!

Ya Allah ampunilah hari-hari ku yang telah lalu,dan rahmatilah hari-hari ku yang akan datang !!

Ya Allah ku mohon agar insan ini sentiasa hidup dalam manfaat pada yang lain !!

Ameen, ameen , ameen ya rabbal a’alamiin.

Advertisements

15 comments on “Sambutan harijadi ke-22

  1. rdhanz berkata:

    Snah helwah ya gamil… Kullu am wa anta ilallahi aqrab!

  2. syamil esa berkata:

    alhamdlillah.. dh 22 tahun dh sahabat ana sorang ni.. eh spupu ipar.. bole la.. or bangah..
    ana doakan enta bahagie dan sentiasa aman makmur sekluarge. ana taktau nk ckp ape.. mgkn nnt ana tulis la utk enta (kalau ade kesempatan).. sbg reply utk post enta yg lame tu..
    anyway .. enta adelah sahabat yg selalu menunjuk jalan.. org kate itulah sebaik2 sahabat.. alhmdlillah. enta ada cara enta.. ana pn rase bole kire cam dah bole kenal enta lah kot.. dalam dan luar.. mgkin2 la..
    ana rase ana tak layak nak jadi penegur enta yg plg sesuai, tp jd teman dan sahabat tu mampu la ana. insyaAllah bersama-sama kita tempuh jalan, dengan penuh istiqamah dan tsabat. (kalimah2 yg cam biase kan?).
    biaselah.. mudah dikata, sukar dilaksana.. tu yg takut2 nk ckp tu..

    moga2 Allah memberkati umur enta, waktu enta, masa enta, rezki enta, dan semua yg berkaitan dengan enta. moga2 Allah mudahkan segala urusan, dunia akhirat(skema lagi).

    doakan ana juge dimudahkan segala urusan.. (jgn cube jd ‘phm2’ ye) oke.
    salam smua.
    okela walaupun belum masuk 7 disember.. tp takpela ana raikan pdpt kuarge enta tu ya! so.. slamat hari lahir ke 22.. suhail sufian.

    salam dari tanta.

  3. ijat_mnsurah berkata:

    Assamualaikum ya akhi…..
    syukran mengingatkn ana..
    ana asif jiddan,sbb lupa milad enta,
    sbb bnda n y ana fail,slalo lupa milad ashabi…
    a’la kulli hal ana pn x tau nk ckp pnjg,
    just nk ucapkn eidul milad ya akhi …
    arju laka fi as-sihhati wa as-salamah ma a’ usratik,
    kullu amin wa antum bi khoir….
    wa akhiron barakallah fikuma wa al-lazi muhimmun jiddan fi ukhwatina thaabitatun waasiqatun…insyaallah..
    oh,ana terlupe 1 lg nk tye,ble nta nk tmbh ahli usrah enta??????…hihihihi
    wassalam….

  4. ijat_mnsurah berkata:

    makziratan,ana silap taip assalamualaikum….

  5. thaaqhib berkata:

    kita tak cukup tua utk menjadi berfikiran hikmah,
    kita tak cukup dewasa utk bertindak hikmah
    kita apatah lagi belum cukup matang utk berbicara hikmah

    tapi su.. kita sentiasa berusaha~

    dan kita sama-sama muda.. and so~ me, you and us are on everyone’s shoulder

    Allah pun tengok usaha…

    ###or i’m wrong at all.###

    note: salam miladi..

  6. suhailsufian berkata:

    shukran sahabat seperjuangan semua, tanpa antum pasti ana akan jauh larut didalam kehinaan dunia. Shukran,shukran, alf shukran

  7. ibrahim berkata:

    salams..
    lor..promo besday rupanya…hehe
    walaupon tak reti nak memBUNGAkan ayat mcm sakeb n tamey..
    walaupon dr dlu dah sdar nta dah tua, lg tua n makin tua..
    tp ko tetap dihatiku insyALLAH..hehe
    sanah helwa ya jamil(sbb ko kn cantik)..
    miss u…muahhhxx..
    hehe..balik mesia roger tau!~

  8. ibnkhair berkata:

    salam dr malaysia..
    alhamdulillah..w/pon di mesir hanya memakan roti dan coklat..
    tanpa kek hari jadi mahupun lauk-lauk enak ditambah dengan mayonis(mcm kat hira’ dulu)

    Insya Allah x lama lagi nnt dpt menjamu sepuas puas nya segala makanan.( di Syurga lah)

    Selamat hari lahir kepada suami Hasanah, yang dirindui. jumpa tahun depan..
    Assalamualaikum.

  9. alex berkata:

    miskin sesuatu ..

    kaya sesuatu .

    huhu … lebih kaya dari yg lain ..

  10. abu berkata:

    walamak ustad…so romantikla….
    npe xckap bday ustd…
    klu x kteorg wat event bsaq2 sket..
    haha..
    thniah2..
    smga pnjang umur n dmurahkan rzeki..

  11. awiz berkata:

    ops…agak segan utk menaip di sni
    lg2…ana yakin.maybe ana yg terakhir
    utk wat ucapan nih…
    tp nk wat cane..there must be da last among da first.hee
    ucapan ‘eid milad khususan ila sohabi qarib..
    yg ke 22..
    hum..jarang sgt ana wish besay kt su…sbb su pon jarang gak
    heh..tp ana yakin bukan pd ucapan but pd doa ant kite rite?

    so ‘ala kulli hal
    begin with the end in mind…
    insya allah u both will strive dunya n akhirah
    w.pon masyaqqah melebihi usaha n ikhtiar
    so take care
    see u an our doa n amal
    alfun mabruk!!

  12. saif berkata:

    salam bro suhail….

    wah ana lagi menitis air mata….
    sambut besday ish sejuk ngan tokmayyah….

    err….

    kiterorang kat sini(dak2 medic) kurang2 beli kek…

    aper yang nta tulis tu sebenarnya menyedarkan ana
    bahawa hidup besederhana

    lepas2 ni nyer besday
    kiteorang mkn ish jer kot

    syukran ….

    kekadang ikhwah medic tenggelam ngan dunia dier sendiri
    tanpa melihat ikhwah lain

    asif kalau kteorang tak menjalankan kewajipan sebagai seorang ikhwah

    saif

  13. suhailsufian berkata:

    Shukran kepada semua yang congrats. Moga Allah menberi kebaikan kepada antum lebih banyak daripada apa yang antum minta untuk ana. Ameen ya rabb.

  14. kaksarah berkata:

    assalamualaikum,

    happy birthday suhail..

    take care yea.. kirim salam wife..

    semoga dipermudahkan perjalanan hidup, dan semoga dikurniakan kecukupan dan ketenangan hati..

    jangan lupa doakan kaksarah eh ^_________^

    wsalam

  15. suhailsufian berkata:

    Shukran kak sarah, insyallah suhail doakan kak sarah bahagia di samping abang Imran dan cahaya mata penyeri kehidupan.
    Doakan ana juga.
    Syukran

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s