Setahun yang berlalu – sebuah checklist



dscn6560

Setahun yang berlalu…

Ade yang makin hensem, makin macho , makin mantap, makin berisi, makin kurus, makin bertambah dan makin berkurang.. ade pula yang dah jadi lain dari yang lain.. hu hu

 

 Sedar atau tidak sudah lebih setahun ana berada disini, kalau ikutkan matlamat awal untuk ditarbiyah, dan melangkah lebih jauh, banyak peristiwa gembira, sedih, marah , kelakar dan pelbagai lagi peristiwa yang mematangkan fikiran dan menguatkan hati.

 Kadang2 ana merenung kalaulah ana tidak berjumpa dengan seorang murabbi yang ana kagumi pada sebuah pagi yang indah ditepi pantai jeram, pasti ana tidakkan ke sini. Sekalung terima kasih kepada murabbi tersebut yang akhirnya mamndu ana daripada memandang jurusan didalam bidang agama sebagai profesion dan degree second class kepada melihatkan segunung ilmu dimesir ini sebagai sebuah bekalan yang terbaik pada akhir zaman ini, tajdid pertama telah berlalu, berkembang semula nan tajdid kedua !! 

 Sebuah muhasabah panjang yang ana lakukan sebelum ana kahwin yang mana menguatkan hati ana dan menampakkan pada ana betapa banyaknya perubahan yang telah ana lalui tetapi dalam masa yang sama juga hakikatnya lebih banyak dan terlalu banyak yang ana lalaikan, sehinggakan merasa seolah berdosa kepada umat islam kerana kelalaian diri, Ya Allah ampunilah kelalaian kami!!!

*Sebelum pergi lebih jauh perlu ana nyatakan sebahagian perkara yang ana tulis adalah ijtihadi. dan bukan berniat untuk menyakatan kepada yang lain bahawa mereka salah dan sebaginya, ianya hanyalah sebuah perkongsian.

 Baiklah. Pertama –

dsc01492

” Apakah matlamat hidup ana??? “

Adakah jelas sepertimana ana melihat mentari di pagi hari ?? 

Atau kabur sepertimana ana melihat mentari disebalik awan !!!

Inilah perkara terbesar yang ana dapat sepanjang setahun dimesir !!!

Untuk apa anda hidup??

Ya, kita hidup untuk Allah !! Namun jelaskah kita bgaimana hidup untuk Allah !!

Apakah hak Allah yang kita sudah tunaikan dan belum tunaikan !!

Apakah hak Rasul yang kita sudah tunaikan dan belum tunaikan !!

Apakah hak Ibu bapa kita yang kita sudah tunaikan dan belum tunaikan !!

Apakah hak saudara kita yang kita sudah tunaikan dan belum tunaikan !!

Adakah jelas!! Jika belum jelas maka pasti anda akan blurr terhadap perkara kedua yang ana muhasabahkan.

Ramai yang jelas melihat mentari namun siapakah yang jelas mengapa melihat mentari?

 

dsc00849

Kedua –

” Apakah jalan dan cara ana mencapai dan merealisasikan matlamat hidup ?? “

Mencapai sesuatu tanpa tahu bagaimana mencapai adalah angan-angan yang berpanjangan

Perkara ini panjang untuk dibicarakan. Namun secara ringkas, jika kita ingin mengabdikan diri kepada Allah dengan sebenar2 pengabdian maka wajib kita berusaha dunia tunduk kepada Allah dan kalimah al-haq menjadi suara dunia. Persoalan apakah cara untuk akhirnya perkara tersebut menjadi realiti??

Semakin lama didalam medan menambah keyakinan bahwa inilah jalannya dan semakin menampakkan betapa ana jauh daripada mreka yang kadang2 baru sahaja mengenal dakwah dan tarbiah. Jalannya – Tarbiah individu dan akhirnya menjadi individu muslim, kemudian rumah tangga muslim sehinggalah keakhirnya khilafah islamiyah.

Ramai yang berbicara tentang nya namun berapa ramai yang mengetahui dan meyakini apakah yang dilakukannya selama ini akhirnya akan menjadi sebuah peradaban dunia?  Apakah anda redha hidup anda berakhir tanpa kesan diatas muka bumi?? Adakah anda akan gembira jika islam kembali pada tmptnya dan kita didalam bumi meratap…..ooh tiada pahala yang kudapat dengan tertegaknya islam dimuka bumi !!!

 

dscn62631

 

ketiga- 

” Dimana aku berdiri “

dimanakah kita?  

Siapa lagi yang akan bertanya melainkan mereka yang mencari dan ingin pergi ke suatu tujuan.

 

Dimanakah kita jika dibariskan diantara para pejuang islam???

Dimanakah kita jika dibariskan diantar para aktivis???

Dimanakah kita jika kita ingin pergi ke suatu tempat yang ingin dituju, kalaulah matlamat kita hidup untuk Allah dan ingin kembali pada Allah , ingin melihat islam kembali pada tempatnya, maka dimanakah kita?? Adakah semakin hampir atau kita masih sesat  dan keliru kemanakah ingin dituju???

 

*sedikit muhasabah yang akan memisahkan kita dengan mereka yang biasa, hanya mereka yang berfikir akan mendapat manfaat dari post ini.

* biasanya kita akan buat checklist untuk pergi ke suatu tempat, cukup tak barang? checklist boleh ke dgn persediaan kita ini untuk sampai ke destinasi?

Advertisements

4 comments on “Setahun yang berlalu – sebuah checklist

  1. thaaqhib berkata:

    beza orang bercakap dan berkerja..~ adalah MASA..

  2. suhailsufian berkata:

    Shukran.
    Bainal Khutaba’ wa Ulama’
    = Antara Problem talker dan problem solver

    – Masa bercakap vs masa beramal
    – Ramai yg menghabiskan masa bercakap tentang isu pentarbiyahan umat tetapi sedikit sahaja yang benar2 menghabiskan masa mentarbiyah umat dengan bergaul secara baik didalam masyarakat, menegur dengan berhikmah, mendengar dan menyelesaikan masalah peribadi dan sebagainya.

    Alf shukran kepada Akhi Thaaqhib kerana ana pun selalu terlibat didlm penyakit ‘bercakap’ ni . Shukran

    *ingat sebanyak mana pun kita bercakap pada suatu masalah, selagi mana kita tak menyelesaikan maslaah tersebut,
    MASALAH TIDAKKAN SELESAI

  3. hidup sihat berkata:

    azri pecite? makin byk makan pasir? haha

  4. suhailsufian berkata:

    Salam, He he
    Azri skrg makin macho dan cemerlang dlm akademik !!! Jgn tak caye !!
    Aritu exam dpt jayyid, dikalangan ramai2 yg kena ulang subjek Azri dpt jayyid(kire baik) dlm jurusan medic!!

    Azri cam biase – Azri tetap Azri hehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s