fatwa, kukubesi, wanita dan sebuah blog


logo_en

Tiada siapa boleh menafikan bahawa situasi yang berlaku di Malaysia sekarang sukar dijangka. Dengan situasi Malaysia sekarang ramai yang cuba mencari kebenaran dan penyelesiaan kepada masalah di Malaysia. Perlu jelas  الاسلام هو الحل!! ” Islam adalah penyelesaian !! dan urusan islam tiadalah yang layak menguruskannya melainkan orang Islam sendiri.

 

            Sedikit pandangan ana terhadap 2 video klip Malaysiakini yang ana rasakan sangat melampau dan, mencalar keagungan Islam sendiri. Kepada mereka yang belum sedar bahawa malaysiakini atau malaysia today milik Raja Petra adalah berfahaman terlampau liberal, mungkin video klip ini boleh memberi gambaran sebenar siapakah mereka.

 

 

            Respon ana terhadap video ini.

 

            Beberapa perkara yang kita perlu jelas.

1. Islam yang Syumul

            Islam berbeza dengan agama lain, padanya terdapat panduan tentang kehidupan islam secara menyeluruh, maka kepada mereka yang memeluk islam perlulah mengambil pakej lengkap dan apabila pakej tidak lengkap maka ia dipanggil munharif atau tidak lengkap. Padanya ada sistem sosial, politik, adab, akhlak dan semua perkara dari sebesar2 perkara sehingga sekecil2nya.

 

2. Malaysia Negara Islam

            Malaysia Negara Islam atau tidak merupakan pertikaian yang panjang. Walaupun ana tidaklah mengganggap Malaysia negara Islam yang lengkap, tetapi ia telah meletakkan Islam sebagai agama rasmi, maka semua sudah faham, perlu ada penegakan syariah pada Malaysia.

 

            Nyata, Malaysia tidak mampu menegakkan sepenuhnya syariat pada masa sekarang,(sekali lagi ana tidak ingin menghurai panjang perkara ini) namun yang penting pada masa ini perlu ada usaha KEARAH ITU!! Ada yang berjuang melalui ruang politik, persatuan, akademik dan sebagainya yang penting setiap muslim menjalankan peranannya, dan peranan mufti adalah mengeluarkan fatwa didalam mengakkan syariat.

 

3. Fatwa   dan   kebebasan wanita

            Sebuah fatwa sebenarnya tidak menyekat kebebasan seorang wanita Muslim, tetapi ia menyekat kebebasan seorang wanita bukan muslim yang bertekad untuk membentuk ajaran islam tanpa masuk kedalam islam(menyamakan muslimah dengan wanita lain) ataupun untuk mengawal muslimah !! 

 

Jelas seorang muslim perlu ada tunjuk ajar daripada ulama’ didalam memahami AlQuran dan sunnah (syariah). Ia merupakan sebuah rukhsah atau keringanan daripada Allah kepada ummatnya dengan mewajibkan segolongan sahaja (bukan semua) untuk mendalami agama, manakala yang lain wajib mengikut mana-mana ulama’ muktabar yang ingin diikutinya.

 

Apabila seorang Mufti mengeluarkan fatwa kepada sekumpulan ummat Islam maka wajiblah mereka mengikutinya selagi mana lengkap syarat dan ciri pada mufti dan fatwa(ana akan menerangkan pada tulisan yg lain jika berpeluang). Jika tidak bersetuju maka tegurlah dengan baik dan berbincanglah dengannya jika kita melihat ada kesilapan padanya kerana selain arrasul tiada yang maksum dan kerana ilmu fiqh sangat luas.

Sebenarnya dapat juga kita fahami bahawa merekalah yang mencabuli hak asasi wanita dimana hak paling asasi seorang wanita adalah untuk bebas mempercayai dan berpegang teguh dengan agama masing-masing dan jika mereka yang kuat berpegang teguh dengan islam tidak dibenarkan untuk melakukan sedemikian maka inilah pencabulan hak asasi yang paling teruk kerana bertopengkan perjuangan menegak hak asasi

 

Tetapi didalam isu menyerupai bagi ana tiada khilaf. Menyerupai yang lain jenis adalah haram menurut islam.

 

4. Kelemahan Ummat Malaysia.

            Saidina Umar ditanya oleh seorang pemuda

“Wahai Umar bolehkah sebuah negeri yang makmur dan diperintah oleh seorang yang adil hancur?” maka Umar menjawab ” Boleh !! Jika lebih tinggi (pengaruhnya) yang Fujjar(yang jahat) daripada Abrar(yang baik) yang ada didalamnya “

 

            Lantang !!! Memang lantang mereka bercakap mengenai hak asasi dan sebagainya, jelas semua orang tahu sebuah fatwa hanyalah untuk orang bukan Islam tetapi akhirnya kita dapati orang bukan Islam yang berfahaman liberal sudah berani mempertikaikan  hak orang islam mengamalkan islam dibumi umat islam.

           

            Persoalan?

 

            Dimanakah umat Islam? Ketika perkara ini berlaku pasti ramai yg tidak sdr mereka dipermainkan oleh jiran mereka sendiri dibumi sendiri.

 

5.Peranan kita

            Ana bahagikan kepada dua bahagian.

 

5.1 Terhadap diri kita

 

1- Perlu mentarbiah diri dengan ruhi dan thaqafi(ilmu) menghadapi cabaran sekarang

            Perkara ini berlaku kerana kurangnya kualiti umat islam dan bukan kuantiti. Ingat kita masih majoriti.

 

2- Perlu memahami isu umat yang sebenar dan keluar dari ruang pemikiran umum dan kembali kepada AlQuran dan sunnah.

            Jelas pemahaman dan pengamalan terhadap Quran dan sunnah memberi peluang yang besar kepada musuh untuk menikam kita dari belakang.

            Musuh juga mengambil peluang dengan posisinya sebagai media alternatif yang popular untuk menyebarkan fahaman mereka. Blog malaysia kini sangat-sangat perlu ditapis oleh aqidah dan fikrah islam yang tulen.

 

3- Berdoa agar Allah menyelamatkan din ini, agar umat islam diMalaysia kembali kepada islam, dan agar Allah melemahkan musuh2 islam.

 

5.2 Terhadap umat disekitar kita.

 

          Dakwah, dakwah, dakwah dan dakwah. Itu sahaja penyelesai masalah umat dari dulu sehingga kehari ini. Resolusinya tidak pernah berubah.

 

 

 

 

Akhirnya seperti semua penulisan dan fikrah didunia, selamanya ia takkan berjaya tanpa amal. Beramalah.

Advertisements

6 comments on “fatwa, kukubesi, wanita dan sebuah blog

  1. umair berkata:

    ini lah hakikatnya. akhir zaman. fitnah merata-2. new world order, freemason dan macam-2 lagi senjata yang “mereka” lancarkan. dan ini lah hasilnya. letih melihat dunia sebegini rupa. harap ada perubahan yang baik suatu hari nnt, insyaAllah. btw, nice writing brother. teruskan menulis. salam a’laik.

  2. ali berkata:

    tak payah layan kapir2 ni. diorg mane paham fatwa tu ape.

  3. apalak berkata:

    sesungguhnya kehidupan didunia ini sangatlah sekejap dan semua manusia
    tidak mengira bangsa atau negara
    diseluruh dunia perlu diberitahu bahawa hidup yg sekejap ni perlu mengikuti
    kehendak tuhan dengan menjalani kehidupan mengikut cara nabi utusan
    tuhan barulah manusia akan berjaya didunia dan akhirat selama lamanya.
    demi masa yang berjalan semua manusia diseluruh dunia didalam kerugian
    kecuali yakin bahawa dengan mengikut kehendak tuhan seluruhnya kita
    akan berjaya dengan cara nabi kita dan menjalankan usaha menyeru
    manusia kepada yakin yang betul 100% pada tuhan dengan mengorbankan
    diri’masa’harta,fikir,perasaan hatta nyawa dengan penuh kesabaran
    akirat adalah distinasi semua manusia dan disana segalanya tidak boleh
    dibaiki lagi.disitu kita hanya menerima kesan dari apa yang kita lakukan
    semasa hidup didunia ini:sekarang ni…fikirlah wahai manusia akan perkara ini lagi dan lagi dan lagi dan lagi

  4. apalak berkata:

    manusia yang akhir sekali mati akan hidup selama 40.000 tahun sebelum
    kiamat berlaku dan akan dihisab dipadang mahsyar selama 50.000 tahun
    dan akan melintas titian sirat selama 1500 tahun lamanya dan akan hidup
    disyurga atau neraka selama lamanya 00000000000……………

    ” satu hari disisi kami sama dengan seribu tahun disisi kamu”

    kalaulah dari adam a.s sehingga kiamat 100.000 hari disisi kita maka
    disisi tuhan baru 100 hari saja .macam mana kita boleh ditipu dengan menjadikan dunia sebagai maksud hidup klita dan mengabaikan akhirat
    tempat sebenar kita yang kekal kekal kekal …..selama lama………
    tidak ada calculator boleh mengiranya……

  5. rantisi berkata:

    tidak kan redha yahudi & nasrani, sekiranya umat islam tidak seperti mereka…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s