Ramadhan, Raya dan Al Quran


Alhamdulillah, Allah memberi kita rezeki untuk hidup sehingga ke hari ini, dan diberi peluang untuk melalui dua bulan yang pasti diingati oleh semua umat islam di Malaysia. Bulan Ramadhan dan Syawal. Ana rasa hanya dua bulan ini sahaja yang akan diketahui oleh kebanyakan Muslimin di Malaysia, bulan Zulhijjah yang mempunyai hari raya belum tentu ramai yang tahu namanya.

Ramadhan = rezeki umat akhir zaman.

Ianya hanya untuk kita, errm. Mesti pelik kenapa post ttg ramadhan ana tulis pada hari terakhir syawal? Baiklah untuk mudahkan kita faham boleh lihat jadual dibawah. Kaedah ini pernah ana tulis ketika habis imtihan dan ana ingin menggunakan kaedah yg sama kerana ana merasakan sebuah jadual boleh menggambarkan sejuta perkataan

(ditiru dari sebuah gambar mengandungi sejuta makna)

Perkara

Sebelum Ramadhan

Bulan Ramadhan

Bulan Syawal

Solat Subuh

??????

– mesti awal dan biasanya kat masjid sebab bangun awal untuk sahur

??????

Qiyamullail

??????

– Ni mestila buat kalau sempat pas sahur.

??????

Solat sunat

??????

– Pergh, minima 8 raka’at setiap malam buat terawih

??????

Sedekah

??????

– Mestila buat banyak pahala tu, kalau tak buat nyesal !!

??????

Tilawah

??????

– Mesti Khatam sekali paling kurang dlm masa sebulan !!!

??????

Memang ana tak nafikan bahawa kita perlu pulun dan bersungguh ketika bulan Ramadhan, tapi cuba kita perhatikan madrasah yang kita pulun itu apakah tujuannya. Kalau sekadar untuk mendapat pahala ketika bulan Ramadhan maka kita silap !!

Tujuannya adalah untuk menjadikan kita bertambah Taqwa dan bukan sekadar bertaqwa !!. Jadi perhatikan diri kita kalaulah ketaqwaan kita dari segi ibadah kita, sikap kita, amalan harian kita tetap sama sebelum dan selepas Ramadhan maka takutlah bahawa Ramadhan kita hanya memberi kita pahala ketika bulan tersebut namun akhirnya pehala tersebut tenggelam kerana dosa yang gagal kita tinggalkan dan gagalnya kita dalam meningkatkan diri.

Dan ana fokuskan disini tentang kita dengan Al Quran kerana perkara yang paling istimewa yang berlaku didalam bulan Ramadhan adalah turunnya Al Quran pada bulan tersebut yang menggambarkan betapa tarbiah Ramadhan sesekali tidak boleh dipisahkan dengan Al Quran.

Ana tutup post ana dengan beberapa ayat dibawah yang cukup untuk mengingatkan kita kepada betapa lemahnya iman kita dan jauhnya kita dari naungan Al Quran. Wallahu A’lam

harapa dibaca dan dihayati ayat dibawah, walaupun kita selalu mendengarnya didalam pelbagai tazkirah, namun Al Quran adalah peringatan yang sesekali tidak akan membosankan hati yang hidup !!’

Nah !!! hanya mereka yang takut dan taatkan Allah sahaja akan mendapat manfaat dari AlQuran. Iaitu kepada merka yang hatinya hidup mengingati Allah dan takutkan azabnya. Dan kepada mereka yang hatinya beku dan keras, serta sombong terhadap Allah maka tiadalah ayat2 ini melainkan perkara yang sama seperti kalam lain walaupun pada hakikatnya kalam tuhan tiada tandinganya dari yang selainnya.

Dan, Tahniah kepada mereka yang habis membaca kerana ana yakin bahawa masih ada minat didalam hati terhadap ayat-ayat quran berbanding mereka yang bila melihat banyaknya ayat lantas terus tidak membaca.Jika diperhati kebanyakan ayat adalah ayat lazim yang kita biasa dengar. Wallahu a’lam

Advertisements

3 comments on “Ramadhan, Raya dan Al Quran

  1. suhailsufian berkata:

    salam, maaf tulisan kecil, ana dah try adjust tapi masih ada problem sket,
    Aasif jiddan.

  2. thaaqhib berkata:

    tapi su, memang betul ape yang tertulis wo.. susah nak jadi macam masa ramadhan~ erm..

  3. suhailsufian berkata:

    Aiewah, tapi plg kurang kena meningkat dari sebelum ramadhan,
    Pendapat ana pengalaman Ramadhan akan menjadikan kita kuat untuk melakukan amal dan sepatutnya pendorong untuk beramal.
    Selalulah cakap kat diri masing

    ” Time Ramadhan boleh buat, pas Ramadhan pun mesti boleh!! “

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s