Sebuah kesyukuran


Alhamdulillah, tiada lafaz yang lebih indah untuk diungkapkan selepas mendapat suatu nikmat melainkan segala puji kepada yang padanya hakikat sebuah pujian dilafazkan dan selawat dan salam keatas junjungan besar kekasih selepasNya, Muhammad yang telah berkorban hanya kerana ingin bersama dengan kita didalam syurga kelak. Minta maaf diatas kelewatan menulis, kesebokan menyusun dan membina rumahtangga agak membataskan waktu untuk ana menulis.

Setinggi pujian kepada yang Esa kerana telah menyatukan antara hati ana dan hati ukhti Hasanah binti Khairuddin pada pagi 4 Rejab 1429H bersamaan 17 Julai 2008 sekitar jam 11 pagi di Musolla Asrama Rumah Melayu Abbasiyah, Kaherah. Alhamdulillah ana berjaya diakad nikahkan oleh bapa mertua ana Encik (abah) Khairuddin Derwish dan Ustaz Faizul dan Ustaz Shuhaib sebagai saksi. Suasana dewan yang sangat meriah membuatkan hati sedikit gementar dan Alhamdulillah akad nikah sah selepas dua kali cubaan.

Syukur, itulah perasaan yang menyulubungi hati kerana bila difikirkan bahawa nikmat jodoh ini adalah urusan Allah, dan Allah telah mentakdirkan ana dimudahkan urusan dan dipercepatkan berbanding ribuan mereka yang lain dimesir. Tulisan ana kali ini bukanlah bertujuan ingin berkongsi peristiwa yang berlaku tetapi sedikit perkongsian perasaan syukur, yang mana perasaan inilah yang telah menggerakkan Ar-Rasul untuk meninggalkan tempat tidur dan qiyamullail sehingga bengkak kaki-kaki beliau.

Sebuah keadaan yang saat menakjubkan dan menghairankan bagi seorang yang maksum. Namun ketika ana sudah selesai satu persatu urusan perkahwinan ana, ana terus memerhatikan dan cuba mengamati keadaan rakan yang lain, ana sedar nikmat Allah dimuka bumi tidakkan sama bagi semua makhluknya. Jurang perbezaan antara seorang dengan seorang yang lain rupanya sangat jauh jika diperhatikan dari sudut jenis nikmat. Contohnya jika diperhatikan nikmat harta jelas jurang perbezaan antara individu dengan individu yang lain. Dan jika dilihat dari segi nikmat perkahwinan juga, ternyata ada yang Allah kurniakannya dengan mudah dan cepat dan ada yang Allah uji dengan dashat sehinggakan dilihat seolah-olah mustahil untuk berkahwin sehinggalah umur sudah ditirai senja !!!.

Timbul persoalan, apakah himah semua ini? Mengapa Allah memeberi ana peluang untuk melangkah lebih awal dari mereka yang lebih dahulu daripadaku?? Mengapa? Lama menerawang dibenak fikiran sendiri dan tiadalah jawapan yang paling menenangkan melainkan supaya ku bersyukur. Mungkin kerana itu Rasulullah mengatakan kepada Aishah apabila ditanya tentang perihal kakinya yang bengkak dek ibadah yang dashat, “ tidak salahkah bagiku menjadi hamba yang bersyukur ” mungkin kerana syukurnya Ar-Rasul kepada nikmat maksum dan syurga yang hanya Dia menjadi pemiliknya.

Sesunguhnya perasaan syukur benar-benar telah menjadikan ana lebih tenang dalam menempuh jalan ini, kerana ia mengningatkan kembali bahawa aturan hidup ini dibawah lafaz “kun” maka jadilah diatas kehendaknya. Tiadalah pujian melainkan padanya. Dalam masa yang sama pasti ia akan memberi ketenangan pada mereka yang kurangnya nikmat berbanding yang lain kerana nyata, nikmat hanya secebis dari dunia ini yang dicipta sebagai ujian, dan ia sesekali tidakkan akan mengubah peluang yang diberi oleh Allah kepada setiap insan ciptaannya untuk mengambil nikmat kekal yang hakiki dan abadi diakhirat kelak. Boleh jadi mereka yang dilihat awal penerimaan nikmatnya didunia maka kurang nimatnya diakhirat(na’uzubillahu minzalik) dan boleh jadi mereka yang kurangnya nikmat atau lambatnya penerimaan nikmat didunia maka Allah menangguhkan nikmat tersebut untuk memberikan kepadanya nikmat yang jauh lebih hebat dan besar dari nikmat golongan pertama. Subhanallah !!! Inilah cantiknya pujian kepada Rabb, penuh dengan rahsia jika diamati.

Lantas ia akan membentuk peribadi yang redha dan bergembira dengan kejayaan dan nikmat yang ada pada orang lain lantas membina jambatan ukhuwwah antara insan walaupun perbezaan nikmat yang amat ketara antara satu sama lain. Inilah yang dapat diperhatikan didalam sirah dan inilah yang ana rasai disepanjang perkahwinan ana, bermula dari sebelum perkahwinan sehinggalah keharini, tiada yang terpancar dari muka adik-beradik seperjuanganku melainkan kegembiraan terhadap perkahwinan ini. Walaupun ada sebilangan yang sedih pedih menghadapi ujian untuk berkahwin, namun mereka tetap ikhlas gembira. Indahnya hukum dan peraturan yang telah diciptakan kepada kita.

Syukur akan menyatukan hati-hati ini kerana ia hanya akan terpancar dari hati yang beriman, dan tatkala seorang hamba bersyukur maka adakah masalah yang dapat menghapuskan iman dihatinya?? Adakah ujian yang mampu menggugahkan hati yang kokoh dengan iman ?? Mampukah keyakinannya dicalar andai kulitnya reput dan tulang belulangnya hancur ?? Jawapanya tidak, maka tiadalah hasil yang lebih bermakna melainkan nimat yang bertambah.

Alhamdulillah selepas kurniaan seorang isteri, Allah menambah nikmat dengan bertambahnya kekasih dihati. Abah yang berhikmah tinggi, Mama yang penyayang dan ceria, Suhaib, Uswah, Maimunah, Ahmad, Safiah, Aliya, Solehah, Nurul Hayat, Nuha dan Hanaa’ yang comel menjadi penyeri dihati. Walaupun masih belum berjumpa dengan kebanyakan mereka namun cerita-cerita kebahagiaan mereka memutikkan rasa rindu dihati. Moga Allah mengurniakan nikmat pertemuan antara kami. Moga Allah menjadikan keluarga ini sebaris dengan keluarga Ar-Rasul diakhirat kelak, ameeen ya rabb.

abah dan mak yang sangat penyayang

Namun yang agak menghambarkan ketiadaan mak,ayah dan semua adik beradik ketika hari penting ini, namun tetap bersyukur kerana mereka sangat memahami tentang diri suhail, dan sentiasa berdoa agar suhail bahagia.

Walaubagimanpun, Segala puji kepada Allah, terima kasih semua……..

Advertisements

12 comments on “Sebuah kesyukuran

  1. thaaqhib berkata:

    tahniah!!

    jumput ziarah rumah kami lagi

  2. mia berkata:

    salam ziarah..
    tahniah suhail!!!
    muga dicucuri rahmat allah selalu..
    B.A.H.A.G.I.A and C.E.R.I.A

  3. ibnu_jamalludin berkata:

    alf mabruk ya akhii!!:)

  4. suhailsufian berkata:

    Shukran semua,insya’allah nanti ana dtg rumah anta qeb, tapi sorang je kot, takde anak lagi, he he

  5. zahid naser berkata:

    hohoho

    suhail moga cepat-cepat dapat anak!!!

  6. cikgu aishah berkata:

    alhamdulillah..mabruk suhail..semoga berbahagia hingga ke akhirnya…dunia dan akhirat

    cikgu aishah dan ustaz najib

  7. wanhilmi berkata:

    wahh.. teringin nk jumpe abg suhail ‘baru’.. haha..

  8. salwa berkata:

    salam..
    tahniah!!
    ~er,boleh tumpang tanya..
    cikgu aishah n ustaz najib tu macam penah kenal..
    anda orang mane? i mean,rumah kat mana..sori suhail..mengganggu jap.

  9. bagi pihak cikgu aishah berkata:

    cikgu aishah tu kaunselor dan pensyarah kaunseling di lembah pantai, kuala lumpur..ustaz najib dulu lecturer di KISAS sekarang kat UM sambung study. mereka masih kat klang.anything salwa boleh mail to email cikgu aishah.
    aishah_hameed@yahoo.com.my

  10. salwa berkata:

    ok..thnx..

  11. yazidsahak berkata:

    masyaAllah suhail ana baru tau enta dah kawin. mabruk akhi! semoga berbahagia bersama keluarga mencari redha dan cintaNya

  12. khalifah_IMJ berkata:

    masyaALLAH..ana pon baru tau nta kawen.. tp mmg dah agak ngn si dia pon..hehe..kisah lama..
    tahniah neway

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s