Jutaan penghargaan


Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya telah mengurniakan ana nikmat yang bertambah dari hari ke hari. Syukur, pada 17 haribulan Julai ana telah berjaya diakad nikahkan oleh Abah di ARMA (asrama rumah melayu abbasiyah) di Abbasiyah,Kaherah. Dengan sempurnanya majlis tersebut maka ana telahpun bergelar suami. Jelas hidup pasti lebih mencabar. Maaf lambat mengupdate, agak sibuk untuk bebrapa minggu yang mendatang.

Di kesempatan ini ana ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga baru ana yang sudi menerima ana sebagai ahli keluarga yang baru, walaupun agak gementar pada mulanya namun alhamdulillah penerimaan antum terhadap ana sangat mahal harganya.

Dan kepada mak, ayah dan semua keluarga terima-kasih kerana mempercayai bangah membina bait ini. Tanpa kepercayaan dari mak, ayah dan keluarga takkan sanggup bangah untuk menempuh jalan ini. Terasa sunyi sangat hari tersebut tanpa kehadiran mak, ayah dan yang lain.

Tidak dilupakan dan yang dihargai kepada semua ikhwah (khususunya ikhwah ISMA) , dan rakan seperjuangan dan sekampung (tonto khsusunya DPMT) terima kasih kerana menyokong dan berkorban untuk sahabatmu ini.

Doakan moga ana thabat dalam perjuangan ini, moga tiap langkah yang ana bina didalam keluarga ini akan menjadi pahala buat mak,mama,ayah,abah,semua keluarga dan ikhwah yang banyak berkorban untuk diri ini. Hanya Syurga dari Allah sahaja yang mampu membalas jasa antum.

Ini sahaja yang dapat ana tulis dalam kesempitan masa mengurus keluarga yang baru ana bina. Maaf, terutamanya pada mama, sori tak sempat nak update banyak. Shukran kerana membaca, doakan ana. Wasalam

Advertisements

7 comments on “Jutaan penghargaan

  1. mama berkata:

    tahniah kerana masih sempat update dlm honeymoon days.. :D..and mama bangga suhail ingat n berterima kasih@ sgt meghargai segala pengorbanan dari keluarga n sahabat2 sume..mama pun masih terngiang2 n terbayang2 sambutan yg hangat dari anak2 ISMA,ikhwah n akhawat di Mesir..x dpt mama sebutkan satu persatu..tapi mama ingat..jazakallahukhairan atas segala usha n perngorbanan kalian!mama doakan semuanya berjaya menjadi daie yg istiqamah,berjaya mendapat apa2 yg di dmbakan di mesir,dn berjaya di dunia wal akhirat..amin

  2. Ustaz Muhammad Fauzi berkata:

    BarakaLlahu lakuma wa baraka alaikum wa jama’a bainakumu fi khair

    Suhail, tarikh anta ‘berjaya diakad nikahkan’ sama dengan tarikh lahir anak ana (Azzam).

  3. muallim ddah kawin ye???????

  4. suhailsufian berkata:

    salam,shukran. macam suatu petanda je ustaz fauzi, manela tahu nanti ana yang kena hantar dia pergi mesir pulak, he he

  5. muhammad 'azzam berkata:

    barakallahulakuma…tahniah suhail..mudah2an dimudahkan segala urusan dan rumahtangga yang dibina sentiasa diberkati dan di rahmati ALLAH…ikhlas dari abang azzam, bintulu, sarawak (kalau masih ingat la…)

  6. suhailsufian berkata:

    salam, jap kalau ni abg azzam yang amek law uia yang nikah taun lps atau abg azam mektar insya’allah ana ingat, shukran

  7. ustaz sofee mustafa berkata:

    barakallahulakuma…semoga bertambah semangat…tahniah buat suhail 🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s