pau bujang lazat


Sedikit perkongsian kaedah membuat pau bujang yang lazat. Kenapa namanya pau bujang lazat? kerana ia disiapkan dengan cara yang cukup mudah tanpa perlu kepada peralatan dan kesempurnaan seperti Pau Ahmad ipoh,perak atau pau yang dijual dikedai. Sangat sesuai untuk dimakan dan dicuba oleh mereka yang beradadiluar negara, kerana ketiadaan pau dimalaysia. Cubaan pertama di Imarah 33 Baubah 2 Hayyu A’ashir Madinah Nasr. Dan Alhamdulillah berjaya disiapkan dalam masa 3 jam, pau sebanyak 15 keping oleh 2 oran sahaja. Selamat mencuba !!!

Bahan-bahan ( 15 biji yg kecil )

  • 500gm tepung (jun guna tepung pau)
  • 50gm minyak/shortening
  • 6gm yeast
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 100gm gula (jun guna 80gm j)
  • 250gm air suam
  • Untuk inti kari ayam:-
  • @2 ketul isi ayam-dipotong dadu
  • @2 biji ubi kentang-dipotong dadu
  • @1/2 biji bawang besar-dipotong dadu
  • @2 sudu besar rempah kari basah/serbuk kari ayam
  • @garam dan serbuk perasa
  • @2 sudu besar minyak

Cara-cara

  1. Campur semua bahan kecuali air kedalam mangkuk. Gaul rata. Masukkan air sedikit2 dan uli hingga lembut.
  2. Tutup dengan cling film dan biar selama 10min. Selepas itu, ambil doh dan bentuk bulat2 kecil.
  3. Leperkan dan isi inti didalamnya. Kemudian alas dengan kertas/daun pisang. Biar lebih kurang 1 jam.
  4. Kukus selama 10min.
  5. Untuk inti:-
  6. Panaskan minyak. Tumis bawang hingga wangi.
  7. Masukkan rempah kari hingga naik baunya, masukkan ubi kentang dan ayam dan sedikit air. Masak hingga lembut.
  8. Masukkan serbuk perasa dan garam. Masak sedikit kering spt inti karipap.
Advertisements

3 comments on “pau bujang lazat

  1. mak andak berkata:

    Alhamdilillah syabas kpd suhail berjaya pertama kali mencuba. seronok mak cik tengok orang bujang di perantauan rajin memasak. Mak Cik sendiri ambil masa nak dapatkan pau lembut. Cadangan variasi lain kali. Kukus dough diatas(resipi) kosong saje. Namanya Mantau. bole kukus satu roll panjang kemudian potong2. Mantau sedap dimakan dengan cicah sambal tumis atau kari. Kat mesir yeast nya jenis basah atau kering ?
    Dough di atas tu adalah resipi asas untuk roti. Orang kreatif mcm suhail boleh buat macam2 dengan dough tersebut. Dough tersebut boleh di simpan dlm freezer untuk guna lain kali. Bila nak guna keluarkan dari peti sejuk dan biarkan ia lembut(thaw), baru uli balik macam biasa.
    Boleh juga di kepal bulat2 dan goreng. lps tu belah dua dan letak inti. Terpulang inti manisan atau pedas (savoury). Kalau di bakar dia akan jadi roti. Dengan kreativiti boleh buat macam2 dengan resipi dough tersebut.

    Sebagai veteran mak cik biasanya guna cara ringkas ini.
    Kacau yeast kering(1 paket) +gula 1 sudu+ air suam dalam mangkuk. Tinggalkan sampai berbuih.
    Lepas tu masukkan dalam tepung, air , minyak. uli rata dan lembut. Letak di tempat panas (eg. almari) biarkan sampai adunan naik dua kali ganda. Tumbuk adunan dan uli balik. Kalu nak lagi lembut biarkan naik sekali lagi, baru masak. Untuk tapak piza, gandakan yeastnya.

    Semoga semua disana terus istiqomah dan di beri Allah kekuatan dalam meniti hari2 muka yang pastinya penuh cabaran…………

  2. suhailsufian berkata:

    shukran kerana menziarahi blog ana, insya’allah ana akan try buat mantau pulak lepas ni,

    setakat ni pakai yeast kering,
    setakat ni kami buat stail bujang je, gaul je semua sekali he he
    ok la menjadi gak
    tapi pas ni pakai cara mak andak lak, (belajar dari orang lama)
    ok la, ape pun, shukran atas nasihat dan tunjuk ajar dari mak andak,
    insya’allah kalau ade bende baru kami buat kat sini kami konngsi nanti.

    insya’allah doakan kami disini.
    wasalam

  3. meor berkata:

    salam
    mane ble makan pau bujang ni lagi
    haha ‘
    nk berumah tangga da kan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s