menyingkap isu terbesar didalam kehidupan- kebangkitan iman



Sedikit perkongsian, sebuah artikel daripada Dr Majdi Hilali yang ana ambil daripada lamanweb ikhwanonline. Walaupun tajuknya sangat kurang menarik, ye la “pasal iman” sape la nak baca sangat?dah selalu sangat dengar dari kecik lagi kan? Tapi hakikatnya dalam sehari kita hidup berapa banyak sangatlah perkara yang kital lalui dengan penuh keimanan , dan berapa sangatlah kuatnya iman kita?tapi dalam masa yang sama kita berasa sangat tenangdan yakin dan rasanya macam insyaallah konfem masuk syurga !!!! Harap tulisan ini berguna untuk bekalan disepanjang perjalanan didalam hidup kita. Maaf jika ayat agak berbelit, ini hasil terjemahan ana yang pertama.

Dari pena : Dr Majdi Hilali

Penterjemah : Mohd Suhail bin Mohd Sufian

Kuliah Syariah Islamiah Tahun Pertama Al-Azhar Tonto

Tarikh : 23 Jun 2008

“Kebangkitan iman”, bagaimana??

Ramai pihak kelabu dan kurang jelas tentang apakah sebenarnya ruang lingkup didalam islam mengenai istilah ‘kebangkitan iman’,dan juga kelabu kepada kepentingannya yang bersifat dhoruri (asasi) dan posisinya yang penting dalam mencapai matlamat tarbiah iaitu membentuk peribadi muslim. Perkara ini tersangat relevan untuk dipusatkan segala kekuatan padanya dan disandarkan (kewajibannya) kepada semua. Kenapa tidak? Sedangkan semua masalah umat adalah berasaskan masalah iman dan keadaan umat ini tidak akan berubah melainkan dengan iman. Allah berfirman :

ولا تهنوا ولا تهزنوا وأتنم الاعلاون ان كنتم مؤمنين

“Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan pula kamu bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya)jika kamu orang beriman.-ali imran 139

(wajhu dilalah- ayat ini bermaksud segala kelemahan dan kesedihan berpunca kerana kelemahan iman kerana disebut tiadalah kesedihan dan kelemahan pada mereka yang tinggi darjat keimanannya)

Dan sedar atau tidak kita hanya akan berpusing pada bulatan kosong yang sama dan tidak akan keluar daripada bulatan ini melainkan jika ia tidak dimulakan dengan iman, maka ana menyeru supaya kita memperbaharui dan menghidupkannya didalam hati.

Namun, untuk memastikan supaya kehendak kita terhadap ‘kebangkitan iman’ mencapai maksud yang diharapkan, perlulah terlebih dahulu kita mempunyai kesatuan (kefahaman) terhadap pengertian ‘kebangkitan iman’ itu sendiri. Adakah yang dimaksudkan dengan ‘kebangkitan’ ini dengan mengizlahkan manusia, dan akhirnya menjadikannya seorang yang menunaikan solat sempurna lima waktu dimasjid, mereka bersolat sunat dan banyak berzikir !??

Kalaulah ini menjadi matlamat ‘kebangkitan’ maka mengapa mereka yang bersifat demikian dalam masa sama, kita mendapati mereka didalam urusan harta sangat penuh dengan impian dan keinginan, mereka menghitung semua harta yang ada, dan memikirkan tentang hak mereka lebih lagi daripada hak orang lain, berlebihan didalam menumpukan urusan dunia. Dan jika mereka keluar untuk membeli belah, tiadalah kita dapati mereka melainkan sebok mencari dan memilih kedai antara kedai-kedai yang ada dan terlalu kuat membandingkan harga yang ada, dan apabila berjumpa dengan kedai yang sesuai mereka mulalah meminta untuk diturunkan harga seghingga ke tahap yang dia mampu untuk membelinya(walaupun pada awalnya dia tidak mampu membeli barang tersebut).

Dan apabila mereka menjadi majikan maka mereka melayan pekerja mereka dengan penuh kekeringan dan keberatan, dan berusungguh-sungguh dalam menafikan hak mereka terhadap majikan,dan menolong yang lain dengan penuh perkiraan dgn perhitungan yang dasyat (kerana kedekutnya untuk mengeluarkan harta), dan dia merasakan sesuatu kecelakaan menimpa apabila rugi atau kekurangan dalam harta walaupun pada kerugian yang kecil ataupun ketika hilang dari tangannya suatu perjanjian yang menguntungkan.

Dan ini tidaklah khusus untuk golongan kaya sahaja tetapi golongan faqir dan pertengahan juga ditimpa masalah sama……… kelihatan pertembungan antara zahir ibadah mereka dengan sikap dan komunikasi mereka dengan manusia lain, khususnya didalam perkara yang berkaitan dengan harta, mereka inginkan dunia, dan sedih apabila kehilangan sesuatu benda daripada mereka, dan mereka bermimpi didalam keadaan terjaga, dgn cita-cita keduniaaan yang sangat luas…..menguasai segenap khayalan mereka.

Dunia dan keimanan

Tidak diragukan, menjaga solat diawal waktu adalah diantara petanda wujudnya iman pada seseorang, namun dalam masa yang sama didapati petanda tersebut tidak konsisten dengan pemahaman dunia yang hina dari kaca mata pelaku tadi. Didapati kehilangan dunia padanya ibarat tikaman yang kuat pada hatinya. Ketahuilah sebenarnya dari tempat itulah(hati) bermulanya titik tolak kepada pemahaman ini. Sesungguhnya perkara tersebut (persoalan dunia didalam hati) keduduknnya adalah sebagai perkara yang menjadi kayu pengukur yang penting dalam menentukan pembentukan iman didalam hati, dan menafikan sampainya(iman) kepada tahap kebangkitan yang diinginkan.

Dan bangkitnya iman seseorang, dan menyalalanya lilin keimanan dihatinya, tiadalah perkara ini (bangkitnya iman) berlaku melainkan apabila pemilik hati mengetahui dan menyedari tentang hakikat dunia, dan akan mengeecillah dunia pada mata mereka, dan merasa hina dengannya, dan melihat harta hanya dengan hakikatnya, iaitu ia merupakan harta Allah, dan ia meminta ianya(dunia) digantikan oleh Allah(dengan sesuatu yang lebih baik), dan sesungguhnya redha pemilik hati hanya apabila dunia tersebut diinfakkan pada jalan kebaikan dan perkara sekitarnya.

Harta lambang dunia

Nyatalah bahawa harta merupakan lambang utama kepada dunia, apabila kita melihat seseorang merasa begitu pasrah dan kecewa terhadap harta, dan begitu megharapkan harta, dan sangat takut akan kehilangannya, dan merasa sempit dengan kekurangannya…. Ini menunjukkan kepada kuatnya,banyaknya dan luasnya dunia yang sudah meresap masuk kehatinya. Dan didalam keadaaan ini jika tersisa iman dihatinya, tidaklah iman tersebut melainkan iman yang tidur dan lumpuh.

Ada orang berkata : kalau begitu dalam sesetengah keadaan adaje sebahagian manusia yang menyumbangkan harta dijalan Allah dengan banyak, namun dalam masa sama mereka sangat kurang dalam keta’atan, dan sentiasa dalam keadaan melakukan maksiat !!!?

Ya !! perkara ini wujud pada sebahagian, moga sumbangan mereka untuk jalan Allah, namun dalam keadaan begini, perlulah dikaitkan dengan tarbiyah mereka yang awal yang menjadikan mereka pemurah (adakah berasaskan iman atau tidak). Tetapi untuk mengaitkan usaha ini(menginfakkan harta) dikira sebagai ‘kebangkitan iman’, wajiblah usaha ini diringi dan disokong dengan alamat dan petanda yang lain. Rasulullah telah meringkaskannya didalam sebuah hadis:

فعن عبد الله بن مسعود قال

: قلنا: يا رسول الله، قوله تعالى: ﴿أَفَمَنْ شَرَحَ اللهُ صَدْرَهُ لِلإِسْلامِ فَهُوَ عَلَى نُورٍ مِنْ رَبِّهِ﴾الزمر: من الآية 22

، كيف انشرح الصدر؟ قال:”إذا دخل النورُ القلبَ انشرح وانفتح”، قلنا: يا رسول الله، وما علامة ذلك؟

قال: “الإنابة إلى دار لخلود، والتجافي عن دار الغرور، والاستعداد للموت قبل نزول”

(أخرجه الحاكم والبيهقي)

Daripada Abdullah bin Mas’ud berfirman

Kami bertanya kepada Rasulullah: Ya Rasulullah Allah Berfirman (Dan sesiapa yang dibukakan hatinya oleh Allah dengan iman maka dia didalam cahaya daripada tuhannya)-az zumar22

Bagaimana Allah bukakan hati ? Rasulullah bersabda:”Apabila mauknya cahaya didalam hati ,maka hati akan dicerahkan dan terbuka

Apakah alamatnya pula Ya Rasulullah?

Rasulullah bersabda: “Kembalinya(segala urusan) dia kepada negeri yang abadi, dan keringnya(urusannya) dari negeri yang menipu dan bersedianya menghadapi kematian sebelum ia datang kepadanya.”

Riwayat Alhakim dan baihaqi

Maka alamat yang pertama daripada hadis adalah: “kembalinya (didalam urusan) kepada negeri yang abdi” dan petunjuk bagi alamat ini adalah

  1. Bersegera didalam melakukan kebaikan
  2. Wara’ dan sangat waspada didalam perkara yang haram dan setiap perkara yang syubhat
  3. Mengutamakan kepentingan agama lebih daripada semua kepentingan dunia apabila bertembung antaranya.

Manakala alamat kedua dalam “kebangkitan iman”: “kering(didalam urusan) kepada negeri yang menipu” :

  1. Tidak cenderung kepada hasil duniawi
  2. Tidak bersedih apabila kurangnya dan hilangnya(dunia)
  3. Kurangnya memikirkan terhadap dunia
  4. Tidak hasad terhadap yang lain
  5. Meinginkan menjadi hartawan atas dorongan untuk menginfakkan keatas jalan Allah s.a.w

Manakala alamat untuk “persediaan menghadapi kematian sebelum masanya”

  1. Bersegera untuk bertaubat dengan sebenarnya
  2. Sentiasa kembali kepada Allah
  3. Menyelesaikan daripada kezaliman
  4. Mengembalikan hak dan amanah kepada ahlinya

Pohon keberkatan

Dan tidaklah alamat(alamat daripada hadis) ini melainkan menjadi pengaruh untuk membangkitkan iman dan membukakan hati dengannya, dan bukan berlaku sebaliknya, maknanya tidak mungkin ‘melompat’ daripada alamat ini(daripada hadis) dan sekitarnya untuk sampai kepada apa yang diingini untuk diambil darinya(petanda kebangkitan iman, solat,infak dan lain-lain), malahan untuk mengubah keadaan didalam ibadah,sikap, kesebokan, dan hubungan dengan manusia lain, wajib untuk memulakannya dengan titik yang betul yakni: “beramal kearah kebangkitan iman didalam hati”(sepertimana yang digariskan didalam hadis) dan bukan sebaliknya (iaitu meningkatkan amal luaran terlebih dahulu,baru meningkatkan amal didalam hati)

Apabila kesebokan dan penumpuan kepada kesempurnaan ibadah dan sikap tanpa mengambil berat isu ‘kebangkitan hati’(amal hati)maka usaha tersebut jika berjaya pada akhirnya, akan menghasilkan peribadi yang mempunyai dua personaliti. Kita akan mendapatinya solat dimasjid,dalam masa sama berinteraksi dengan manusia dengan tidak beradab, mengingingkari janji dan tidak memenuhi temujanji, teruk didalam hubungan kekeluargaan, kuat mengumpulkan harta dengan pengumpulan yang banyak ibarat hamparan-hamparan yang bakal membawa ke neraka(moga dijauhkan darinya).

Sebaliknya pula apabila dimulakan dengan iman maka kita akan dapati, pohonnya membesar dan bercambah dan berbuah membawa kearahnya dalam setiap keadaan dan waktu :

﴿كَشَجَرَةٍ طَيِّبَةٍ أَصْلُهَا ثَابِتٌ وَفَرْعُهَا فِي السَّمَاءο24ο تُؤْتِي أُكُلَهَا كُلَّ حِينٍ بِإِذْنِ رَبِّهَا…..﴾ إبراهيم24

Seumpama pohon yang baik, akar kukuh dan dahannya dilangit

Dan dia memberikan buah pada setiap masa dengan izin tuhannya

Ibrahim 24,25,

Dan cukup untuk menguatkan kenyataan ini dengan firman Allah ta’alaa dalam sebuah ayat:

﴿لَيْسَ الْبِرَّ أَنْ تُوَلُّوا وُجُوهَكُمْ قِبَلَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ وَلَكِنَّ الْبِرَّ مَنْ آمَنَ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَالْمَلائِكَةِ وَالْكِتَابِ وَالنَّبِيِّينَ وَآتَى الْمَالَ عَلَى حُبِّهِ ذَوِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَالسَّائِلِينَ وَفِي الرِّقَابِ وَأَقَامَ الصَّلاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَالْمُوفُونَ بِعَهْدِهِمْ إِذَا عَاهَدُوا وَالصَّابِرِينَ فِي الْبَأْسَاءِ وَالضَّرَّاءِ وَحِينَ الْبَأْسِ أُوْلَئِكَ الَّذِينَ صَدَقُوا وَأُوْلَئِكَ هُمْ الْمُتَّقُونَ﴾ (البقرة: 177)

Kebajikan itu bukanlah menghadapkan wajahmu kearah timur dan barat , tetapi kebajikan itu adalah (kebajikan) orang yang beriman kepada Allah,hari akhirat, malaikat-malaikat, kitab-kitab. Dan nabi-nabi. Dan memberikan hartayang dicintainya kepada kerabat, anak yatim orang-orang miskin orang-orang yang didalam perjalanan, orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba sahaya yang melaksanakan solat dan menunaikan zakat, orang-orang yang menepati janji apabila berjanji dan orang yang sabar dalam kemeleretan dan penderitaan, merekalah orang –orang yang benar dan orang-orang yang bertaqwa

Al-Baqarah : 177

Martabat “kebangkitan”

Apabila Imam Ibnu Qayyim Aljauzi menulis kitab Ar-Rani’(midarajul salikin), kitab ini dimulakan dengan martabat “kebangkitan”, dan didalamnya : ‘kebangkitan’,adalah mengetuk hati untuk menjadikannya khawatir dan bimbang agar ianya terjaganya daripada tidur yang penuh kelalaian,” Demi Allah….. betapa manfaatnya kekhuatiran dan kebimbangan ini !!! Dan betapa agungnya ketetapan dan lintasan hati yang terbemtuk darinya !!! Betapa dashatnya kesannya terhadap sikap !!! Sesiapa yang merasainya maka demi Allah tiadalah yang dirasai olehnya melainkan kejayaan!! Paling kurang tentulah dia berada dipenghujung kelalaian, apabila dia terjaga maka Allah akan membawanya kepada perjalanan menuju kepada martabat pertama, dan ketahuilah bahawa seorang hamba sebelum daripada keadaan ini maka keadaanya ibarat tidur yang melalaikan, hatinya tidur walaupun tubuhnya terjaga. Maka, martabat pertama bagi si penidur ini adalah: Sedar dan terjaganya daripada tidur.

Disini kita dapati kalam Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna yang penting, apabila dia berkata kepada manusia :

“Sebelum ana bercerita kepada kamu dalam dakwah ini tantang solat dan puasa, tentang ketetapan dan hukum, tetang adat dan ibadat, tentang sistem dan muamalah….. ana akan bercerita tentang hati yang hidup, ruh yang hidup, nafsu yang kosong, perasaan yang sedar, iman yang mendalam dengan 3 rukun ini:

  1. Iman terhadap keagungan risalah ini
  2. Perasaan izzah dengan sebati dengannya
  3. Dan cita-cita dengan sokongan Allah keatasnya

Adakah antum (kamu sekalian) orang-orang yang beriman !!!?

(risalah dakwah kami di era baru)


Kesimpulan

Sesungguhnya ‘kebangkitan iman’ bermakna masuknya cahaya iman kedalam hati, dan menyalanya pelitanya dihati. Agar ianya mempengaruhi segenap ibadat ,muamalat dan kesebokan kita. Kalaulah perubahan pada perkara-perkara ini tidak dimulakan dengan ‘kebangkitan iman’ berasaskan kefahaman yang shahih, maka hasilnya akan menjadi lemah, dan tidak setimpal dengan apa yang telah diusahakan.

Persoalan : dan bagaimana kami ingin bangkitkan iman dan menyalakannya didalam hati?….. Jawapan bagi persoalan ini , sesungguhnya generasi sahabat jelas pada diri mereka hasil dari bangkitnya iman mereka, dan cukup dalam persoalaan ini dengan jawapan imam Al- Qarafi : “kalaulah bukan kerana mukjizat Rasulullah maka para sahabat pasti takkan menthabitkan kenabiannya”

Dan tidaklah kita ditugaskan melainkan untuk mencari kaedah dan cara terbaik yang telah diambil dan dialui oleh para sahabat sehinggalah kita sampai kepada tahap ini dengan jalan yang kita ambil. Dan pada pandangan saya pencarian kita tidak akan sampai sehinggalah kita mengambil kira urusan ini dengan penuh kekuatan. Dan juga memikulnya dengan penuh kesungguhan dan perhatian. Dan agar kita semua mengetahui bahawa tidak akan berubah urusan dan perihal umat ini melainkan dengan perkara yang telah mengubah mereka yang terdahulu.

وصلِّ اللهم على سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، والحمد لله رب العالمين.

rujukan penting

*“الايمان أؤلا,فكيف نبداء به؟” – د.مخدى الحلالي

Advertisements

2 comments on “menyingkap isu terbesar didalam kehidupan- kebangkitan iman

  1. suhailsufian berkata:

    maaf jika tulisan agak panjang

  2. nur yorda faizah berkata:

    salam alaik…
    hanya sekedar mencari ilmu
    jika tak keberatan ingin nyambung silaturrahmi
    sesama muslim ingin manfaatin lewat ym

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s