hari yang indah


Sabtu-10/5/2008, Hari yang indah?? Ye ke? Tertidur lepas subuh dan terjaga hanya sejam sebelum peperiksaan bermula (tertidur sampai pukul 8 exam start kol 9) dgn pantas bersiap dalam masa yang sama masih ada 41 muka surat Alquran untuk dilancarkan, go through 685 muka surat buku teks, melancarkan 7 set rasmul bayan, melancarkan lebih 20 takrif dan hari penting dalam hidup, di mesir dan ..……. ,memang mencabar !!! Hanya satu sahaja penyelamat ketika ini ‘rahmat tuhan’. Doa sahaja yang mampu dilakukan. Huh, memang menakutkan. Persoalannya dalam keadaan ini adakah hari ini akan menjadi indah?

Baiklah, ini merupakan situasi biasa dalam kehidupan yakni – “ hidup tidak menjadi sepertimana yang dirancangkan ”. Kita biasa membuat perkiraan dan perancangan untuk memastikan hidup sentiasa dalam genggaman kita,(maknanya kita merancang dengan teliti sehingga memustahilkan kita untuk gagal) tertutamanya bagi mereka yang mampu merancang menggapai bulan namun hakikatnya bukan semua orang yang ingin menggapai bulan dapat menggapai bulan. Namun kita sering melupakan beberapa realiti yang sebenarnya hidup kita bermain disekitar hakikat ini dan menafikan hakikat ini merupakan langkah pertama untuk kita menempah hidup yang ‘kurang’ indah.

Pertama-realiti kehidupan-

Hakikat kehidupan ini dengan jelas Allah nyatakan dalam beberapa potong ayat Al-Quran:

ومالحياة الدنيا الا لهو ولعب ولالدار الاخرة خير للذين اتقو أفلا تعقلون

Dan tidaklah dunia itu melainkan sia-sia dan permainan, dan akhiratlah terbaik untuk orang yang bertakwa jika kamu berakal.

Ops, bila dengar pasal benda ni mentaliti mereka yang sudah benyak dengar tazkirah akan cepat-cepat tutup page ni dan buka page lain, mungkin youtube, metacafe, anime, manga dan sebagainya. (bukan ingin buruk sangka tapi sebagai peringatan) Biasalah jiwa inginkan perkara yang ringan dan seronok jarang inginkan perkara yang berat. Namun sedikit peringatan tentang dunia, fikirkan dari sejam yang lepas, cuba anggarkan peratus minit yang betul-betul anda fikirkan tentang bagaimanakah ana ingin memastikan bila ana mati nanti ana akan ditemani oleh amal-amal soleh? Dan bayangkan kalau percentage ‘amal kurang soleh’ lebih? (dan fikirkan kebiasaannya bagaimana? -khusyuk depan Allah pun susah nikan bila tidak berhadapan dengan Allah) Bergembiralah dengan teman tersebut….

Terutama bila berkaitan dengan perkara yang menyeronokkan fokus kepada dua benda duit dan perempuan (bagi pembaca lelaki). Tidak perlu dihurai dengan lebih panjang faham-faham sendiri.

Namun point penting, kalaulah Allah menciptakan dunia untuk kita, pasti Allah akan membuatkannya kekal selamanya, namun bukankah dunia ini akan hancur? Dan kenapa ye Allah ciptakan Syurga itu kekal? (persoalan tauhid bukan untuk mempertikai tetapi untuk membawa kita berfikir hakikat penciptaan dunia dan akhirat- ditambah dengan rasa ‘seronok’ subjek tauhid kullu muqarrar <semua masuk exam sebanyak 338 mukasurat dengan perbahasan mantiq yg menyeronokkan)

Perkara kedua tentang realiti ini adalah sesiapa yang cuba melawan arus fitrah kehidupan ini maka dia sekali-kali tidak akan berjaya. Dan hakikatnya alam ini dibawah pentadbiran Allah dan tunggulah sehingga Allah menunjukkan petanda bagi mereka yang cuba melawan arus. Dan sepatutnya kita bergembira dan rasa konfiden apabila mengimani bahawa Allah yang mentadbir alam ini. Sepertimana mafhum sebuah hadis ,

datang seorang badwi menemui Rasulullah dan bertanya tentang hari kiamat,

Maka Rasulullah mengatakan dia akan diadili terhadap setiap amal yang dilakukan

Maka dengan rasa takut badwi tersebut bertanya siapakah yang akan menjadi hakim ketika itu?

Maka Rasulullah mengatakan Allah lah sebagai hakim

serta –merta riak muka ketakutan dimuka badwi tersebut menjadi kelegaan lantas Rasulullah hairan dan bertanya tentang perubahan pada sibadwi,

lantas sibadwi dengan mudah mengatakan kalau Allahlah sebagai hakim mengapa perlu takut kerana dia takkan zalim kepadaku.

Satu gambaran mudah bagaimana seorang yang beriman merasa baiksangka terhadap Allah yang menjamin perasaan tenteram bagi jiwa yang hidup, walaupun dia seorang badwi yang ma’ruf kurang mahir dari segi ilmu-ilmu canggih yang kita semua tahu pada hari ini. Tanya pada diri tahap iman kita?

Realiti seterusnya ana akan tulis dalam artikel yang selanjutnya, peringatan kepada mereka yang menjadikan dunia sebagai agenda, ingatlah pabila Allah bertanya nanti apakah amalmu untukKu didunia- maka apakah jawapan anda?

Advertisements

2 comments on “hari yang indah

  1. nuurhakeem berkata:

    suhail..
    ana nak exam nie
    final exam management accounting
    doakan ana berjaya ye
    dah dua kali fail sebelum nie

  2. thaaqhib berkata:

    hari tak menjadi seperti yang dirancang?

    jadilah bangsa pertengahan~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s