imtihan oh imtihan


tiadalah ujian melainkan…(sekadar gambar hiasan)

Imtihan oh imtihan, suasana yang sering dinantikan penghujungnya. Tatkala musim imtihan mendekati kita sering menantikan pengakhirannyya. Sebelum itu ana ingin meminta maaf kerana gagalistiqamah didalam blog, kebelakngan ni agak sebok dengan peperiksaan dan urusan lain. Jadi ini mungkin penulisan terakhir ana untuk sblm imtihan, namun ana akan cuba untuk mengupdate setiap minggu. Moga Allah beri kekuatan.

Bila sebut pasal imtihan maka kita takleh lari dari blaja, jadi hakikat imtihan adalah untuk menguji sejauh mana pelajaran yg kita dpt dan usahakn. Jadi timbullah suasana shadaid( tekanan diatas tahap biasa) sepanjang musim ini berjalan dan ramailah “mula” studi.

Sedikit perkongsian dari seorang imam di tonto. Syeikh Abu Talib Ash shazuli, ketika ana meminta nasihat dan kalam motivasi untuk imtihan. Maka dengan rendah diri beliau merapatkan dirinya kepada ana dan meletakkan tangan kanannya dibahu ana dan dengan pandangan yang penuh mesra dia mengungkapkan sebuah kalam yang punyai seribu makna-

 

 

 

 

 

الدرس هو الطاعة الله

Belajar adalah keta’atan kepada Allah

 

 

 

 

Sebuah kalam yang sangat mudah namun sangat menyentuh didalam hati mereka yang sedar hakikt kehidupan. Maka dia menyambung dengan mengatakan

” jika engkau memahami dan mengimani hakikat ini maka engkau akan merasai betapa mudah dan indahnya belajar dan engkau takkan menghadapi sebarang masalah didalam pembelajaran ” . Dengan keadaan separa bingung ana bertanya bagaimana mungkin dengan pemahaman terhadap perkara yang ringkas ini boleh menyelesaikan dan memotivasikan seseorang? Li Zaiyy ???

 

hakikat semua perkara adalah dicipta dan diatur oleh Allah termasuklah peperiksaan, tekanan, belajar dll. Maka kepada mereka yang belajarnya adalah ketaatan dan dilakukan dengan penuh rasa cinta dan kehambaan kepada Allah dengan berteras keikhlasan, berserikan kecintaan, dan berpaksikan dakwah, apa lagi yang akan menghalangnya dari mendapat secebis ilmu Allah dimedan dunia pepriksaan yang terlalu nadir dan kerdil bagi Allah?”

Dan beliau juga mengingatkan kepada asas kesyumulan islam yang mana tidak membezakan kefardhuan solat dengan kefardhuan menuntut ilmu yang mana kedua-duanya dilakukan dengan penuh kesungguhan. Contohnya jika kita terlepas solat asar maka mereka yang beriman akan mengqhodo’kannya walaupun sudah masuk waktu subuh esok hari, begitu juga dengan belajar jika terlepas kuliah maka wajiblah mengqhodo’nya dengan mencover semula semua kuliah yang kita tertinggal dan jika terlepas solat kita akan minta ampun dengan dosa namun kalau terlepas kuliah rasa bersalahtak kita terhadap doktor yang mengajar kita? (terutama dimesir kuliah tak wajib dan kehadiran kuliah masih dibawah 50 peratus kecuali disaat mengambil muqarra atau silibus pekse)

Dan beberapa pesanan lain mengenai cara belajar dengan sukses antaranya :

Mulakan selepas subuh

Belajar paling lama 2 jam pastu rehat 15 minit

Pastikan 10 minit sebelum azan datang masjid, tunaikan hak badan untuk rehat dan hak rohani juga. Kerana ketidakseimbangan antara thaqafah dan rohani akan membawa kepada perkara yang tidak dingini.

Minima zikir selepas solat jaga -33tasbih takbir dan tahmid

Pastikan doa sebelum studi

 

Alhamdulillah sedikit semangat baru meniup didalam jiwa dan ana untuk studi.

Dan sebenarnya hakikat kehidupan kita adalah ujian, tiada lagi individu yang tidak menyesal diakhir peperikasaan dengan mengatakan “kalaulah aku belajar sedikit lagi sebelum peperiksaan kan ok..” walaupun sesaat sangat bermakna sebelum imtihan. Dan semua akan menyesal selepas imtihan dan semasa mendapat keputusan nanti, namun seperti biasa kita tidak mengambil pengajaran. Jika tidak takkan kita menyesal disemua pepriksaan sebelum ini?

Dan menyesallah sebelum terlambat kerana masa ujian kita mungkin habis selepas anda membaca artikel ini kerana sifat maut ,dia datang tanpa sebarang petanda dan akan menjadikan anda menyesal kerana tidak bersungguh untuk mengamalkan artikel ini mahupun apa jua bentuk penambahan didalam ketaatan kepada Allah. Wallahu A’lam

 

 

 

  

Advertisements

4 comments on “imtihan oh imtihan

  1. mnmnur berkata:

    subhanallah….
    amatlah terkena tembakan kata2 post ba suhail nih.
    alhamdulillah,
    semoga aku mengambil pengajaran drnya…
    ya allah bantulah hambaMu ini!!

  2. alex berkata:

    untuk persedian ujian dunia byk sungguh persedian . penelitian dalam setiap gerak dan perbuatan . demi mencapai . melepasi ujian dengan tabah dan hasil yg power .

    nyum3..

  3. ibnu_jamalludin berkata:

    huhu.. memang terkena tepat.. moga ‘headshot’ nta jatuh ke hati n dapat ana buktikan dengan praktik amali.. ana pun minggu dekat nak exam.. kurang dua minggu lagi.. doakan ana di Malaysia.. Rabbanaa Yusahhil!!

  4. thaaqhob berkata:

    heh~kalaulah ku baca post ini dua bulan sebelum~

    >>ini bukan sebuah penyesalan…:)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s