balaslah cinta……


Balaslah cinta…..

muhmd.jpg

“Merekalah yang kusebut tatkala malakatulmaut menampakkan kelibat, dan kerana kasihku kepada mereka kusanggup memijak jalan berduri, dicampak tahi, dicaci, dihina, dinista dan kerana kasihku kepada mereka ku telah meletakkan nyawaku di hujung tali….” Inilah kesimpulan yang dapat ana nyatakan tentang kasih nabi kepada kita.

Jauh melepasi kasih ibubapa dan sahabat kita, walaupun dialah makhluk yang paling mulia.Jelas dalam alam keseluruhannya yang maha mulia Allah ,dan selepas itu mulianya Nabi kita Muhammad, jauh melebihi malaikat yang hidup tidak berdosa, namun dalam keadaan martabat yang tinggi, kita yang hina inilah menjadi kekasihnya selepas Allah. Hinggakan tiadalah kematianNya melainkan terungkap kerisauan dan cinta kepada kita dengan lafaz ummati ummati. Benarlah firman Allah :

حريص عليكم بالمؤمنين رءوف الرحيم

 

Apakah pendapat anda jika seorang anak derhaka? Tentu kita akan mengatakan betapa teruknya anak itu kerana tidak mengenang jasa ibunya, atau boleh juga ana katakan derhaka sebagai tidak membalas cinta ibunya. Lihat pula pada diri kita adakah kita telah membalas cinta ArRasul ?

Adakah kita sanggup menghadapi ujian sepertimana mereka hanya kerana cinta Allah dan Rasul, sebagaimana nabi terima ketika diMekah?

Adakah kita sanggup dilontar dengan batu sehingga bertakungnya darah dikasut kita kerana cinta Allah dan Rasul sebagaimana hari rasulullah berjalan keluar dari thaif?

Namun persoalan yang wajib ditanya setiap kali jantung anda berdegup, benarkah aku cinta kepada Rasul? Jika ya apa yang telah aku lakukan sebagai bukti ? Adakah sekadar khayalan dan teori karut yang kita gunakan ? Atau adakah kita hanya menggunakan hadis, sirah dan Rasul sebagai benteng dan justification (alasan) untuk membenarkan kekurangan dan kesalahan kita? Adakah kita terbentuk dari sirah atau seolah kita yang membentuk sirah? Atau kita berjuang dengan hadis atau hadis hanya sebagai alat untuk perjuangan diri kita?

Muhasabahlah sejauhmana kita mengambil berat dengan cinta kita kepada rasul….

Moga kita dapat berjalan menuju ke syurga bersama Ar Rasul…………..

Advertisements

One comment on “balaslah cinta……

  1. ibnu_jamalludin berkata:

    cinta kah kita kepada ArRasul.. muhasabah.. Jazakallah akhii sufian..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s