aku cinta padamu sara……


best-wallpapers-104.jpg

(sekadar gambar hiasan)

Aku cintamu sara….

“Sungguh belaianmu disetiap pagi menyukarkan ku untuk bertemu kekasih pertamaku, mungkin kerana lembutnya bersamamu membuat aku merasa selesa untuk terus bersamamu walaupun sudah berkali kekasih pertama ku memanggil ku, walaupun ramai sudah menegurku untuk meninggalkanmu seketika, namun oh sukarnya untukku meninggalkanmu….”

Mungkin inilah sebenarnya yang ingin disampaikan tatkala azan subuh berkumandang. Untuk mengelakkan salahfaham, ‘sara’ merupakan nama singkatan untuk saratoga yang merupakan jenama terkenal lehaf(selimut tebal yang digunakan ketika musim sejuk di mesir ,mudah cerita ‘sara’ ni kira selimut untuk tidur masa musim sejuk) Walaupun nama ini jarang digunakan , namun ana merasakan agak menarik jika ia digunakan untuk menggambarkan betapa sukarnya untuk bangun subuh.(harap mereka yang bernama sara tidak terasa dan maaf jika nama ini kurang menyenangkan.)

Rasulullah bersabda:

“Solat yang paling sukar bagi orang munafiq adalah solat subuh dan isya’ kalaulah mereka tahu apa yang ada padanya maka mereka akan datang kepadanya walaupun dalam keadaan merangkak”

Jelas, memang untuk bangun subuh dan apatah lagi ke masjid ketika subuh memang sukar, dan ianya menguji iman kerana Rasulullah mengambarkan kesukaran itu pada orang yang mempunyai nifaq dihati, ertinya ianya soal keimanan dan bukan thaqafi.Boleh jadi orang yang paling hebat syarah tentang solat subuh gagal untuk bangun dan istiqamah subuh.

Baiklah, cuba kita kaitkan peristiwa subuh dan hakikat cinta. Abdullah Nasih Ulwan didalam bukunya ‘Islam dan Cinta’ mengatakan bahawa “Tiada satupun perkara didunia ini yang akan bergerak melainkan padanya ada cinta dan hari – hari yang kita lalui sebenarnya adalah ujian untuk kita membuat pilihan antara 3 martabat cinta, yang pertama cinta Allah dan Rasul, kedua cinta Kaum kerabat dan Rakan-rakan dan ketiga cinta dunia”.

Telitilah subuh-subuh kita cinta yang manakah pilihan utama kita? Sedikit tips sebagai ‘satu perkongsian’ untuk bangun awal :

1. Pastikan adab sebelum tidur dilakukan dengan rasa cinta kepada Allah.

2 2 . Muhasabah sebelum tidur kunci kepada bangun awal.

2.1. Hitung secara anggaran masa berapa banyak kita ingat Allah dalam sehari,

2.2. Dan hitung pula berapa banyak yang kita lalai, timbang antara keduanya

2.3. Berdasarkan nisbah tadi : kalau lebih banyak ingat Allah, takutlah dengan sifat ujub(merasa diri sudah cukup baik) dan tambahlah takut jika lalai lebih banyak, dan bayangkanlah betapa dekatnya kita pada azab api neraka.

3. Bila anda sudah habis muhasabah maka pasanglah niat untuk bangun awal esok untuk memohon ampun kepada Allah kerana MAUT mungkin menjemput anda sebelum anda bangun esok pagi…..

Copyright – http://www.suatuharinanti.wordpress.com

Advertisements

3 comments on “aku cinta padamu sara……

  1. johan berkata:

    subuh is nothing but trial~

    liyabluakum ayyukum ahsanu amala

    panas2!!

  2. suhailsufian berkata:

    (=

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s