perkahwinan seorang bujang


best-wallpapers-8.jpg

Alhamdulillah seorang sahabat ana baru sahaja malangkah ke dunia baru. Shuhaib dan Uswah moga Allah mencucuri keberkatan dan rahmat ke atas mereka berdua .

Ana tefikir satu soalan yang agak ‘bombastik ‘. Bolehke seorang bujang berkahwin tapi dalam masa yang sama dia masih ingin menjadi bujang? Mungkin agak mengelirukan dan pelik soalan ini, namun bila ana fikirkan semula seorang bujang perlu berkahwin sebelum berkahwin, maksud ana sebelum akad nikah dengan seorang wanita.

Baiklah sebelum itu, kalau kita dengar perkataan kahwin, tentu terbayang bagi kita hidup sepasang suami isteri yang bahagia dgn penuh kemesraan, ana tak nafikan kerana ianya kebiasaan. Namun sedar tak kita ia menuntut untuk kita mencurahkan cinta kita dengan sepenuh raga, ia menuntut kita berfikir lebih daripada biasa dan menuntut pengorbanan yang tinggi untuk insan bernama isteri. Yup, itu merupakan tuntutan perkahwinan seorang yang berkahwin secara biasa, maknanya bila dah kahwin maka title bujang gugur dari dia namun persoalannya bagaimanakah pula tuntutan kahwin dan perkahwinan seorang bujang?.

Ketahulah seorang bujang perkahwinannya begini :

Risikannya bisikan hati adakah amalku hari ini diterima rabbi

Lamarannya azan subuh setiap pagi , yang memanggilnya menyambut cinta ilahi

Tunangannya adalah penantiannya dalam menanti

bilakah seruan solat akan kedengaran lagi

Hantarannya adalah zikir dinihari

Yang sentiasa dihitung adakah mencukupi

Akadnya adalah janjinya pada ilahi

Dengan shahadatulhaq terikat dihati

Kluhwahnya adalah qiam thuluth allayli

Dengan tangisan menginsafi diri

Cintanya jelas suci dan murni

Cinta terhebat, cinta ilahi

Isterinya, itulah yang dimusykali ?

Nah ,jalan dakwah ini ku jadikan isteri.

Jelas? Maka perkahwinan inilah yang ingin digariskan oleh islam, ramai yang gagal dalam perkahwinan kerana mereka tidak mempunyai ‘isteri’ pertama. Maka mereka akan menghadapi masalah kerana mereka gagal dalam ‘perkahwinan’ semasa bujang. Ingatlah bahawa hanya Allah yang boleh menyelesaikan semua masalah kita dan alam perkahwinan menuntut pasangan menghadapi pelbagai bentuk cabaran dan aspek terbesar yang perlu dijaga adalah hubungan dengan Allah, kerana masalah antara suami dan isteri (masalah antara manusia) semuanya berpunca dair masalah dengan Allah. Jika sebelum kita mulakan percintaan dengan makhlukpun kita sudah susah untuk mencintai Allah , fikirkan adakah lebih mudah untuk kita mencintai Allah lebih dari segalanya apabila hati kita sudah ber’punya’?

Jika lebih mudah maka Allah takkan turunkan ayat :قل ان كان اباؤكم وأبنآؤكم واخوانكم وأزواجكم وعشيرتكم وأموال اقترفتموها وتجــرة تخشون كسادها ومساكن ترضونها أحب أليكم من الله ورسوله وجهاد في سبيله , فتربصوا حتي يأتي الله بأمره……التوبة- 24-

“Katakanlah ‘jika bapak-bapak kamu ,anak-anak kamu , saudara-saudara kamu, ISTRI-ISTRIkamu, keluargamu, hartakekayaanmu yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuwatir kerugiannya dan rumah-rumah yang kamu sukai, lebih kamu CINTAI dari pada Allah dan Rasulnya serta berjihad dijalannya, Maka TUNGGULAH sampai Allah memberi KEPUTUSANNYA.”

Advertisements

4 comments on “perkahwinan seorang bujang

  1. rulz berkata:

    Semoga kita sama2 mendapat “isteri” dunia akhirat

  2. zaidrais berkata:

    Ana penah dgr.. dan sering dgr ayat spt itu..

    +++
    apa bila seorg ulama’ berkahwin seorg wanita..(ana lupa nama hamba Allah ni)
    beritahu dia setelah menikahi wanita itu.. ‘Aku sudah pun mempunya isteri sebelum kamu.(maksudnya, wanita itu adalah isteri keduanya) Isteri pertamaku adalah dakwah. Sekiranya bertembung kepentingan di antara 2 isteri ku, akan aku dahulukan hal dengan isteri pertama ku..’
    +++

    lbh kurg camtu la ayat nya.. ana pn tak brape igt exactly ayat nya.. k
    wsalam..

  3. suhailsufian berkata:

    salam, kalau tak silap ana tu kalam Umar tilmisani, mursyidul am ikhwan yg kedua, Wallahu A’lam

  4. zaidrais berkata:

    salam.. hah,btul la tu.. ana merasakan mmg itu lah org nya.. shukran kerna igt kan..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s