orang kaya madinah


money.jpg  

                Rasulullah sepatutnya lelaki terkaya didunia? Lafaz yang tak pernah didengari sebab almaklum sahabat ramai lagi yang kaya.

 Baiklah fokus ana disini adalah merujuk kepada kekayaan  dunia dalam bentuk harta benda dan kekayaan dunia yang terbayang pada zaman Rasulullah. Baiklah kita lihat sedikit petikan dari sirah tentang resume Ar-Rasul.

                Memulakan kerjaya perniagaan bermula dari umur 15 tahun dengan bapa saudaranya Abdul Mutalib dengan restu ibunya Aminah. Kemudian menyambung kerjayanya pada umur 25 tahun dengan Saidatina Khadijah binti Khuwailid mengetuai rombongan dagang Khadijah ke Syam yang mana dicatat dalam sirah komen Maisarah hamba Khadijah yang ditugaskan sebagai reporter kepada perniagaan yang dijalankan nabi. “ Tidak pernah aku melihat selama hidup aku serupa dengan lelaki ini dari segi amanahnya, benarnya , dan kesugguhanna dalam bekerja dan dia tidak pernah sujud kepada berhala.” Nah pada umur begitu sudah memiliki resume yang cukup matang mengalahkan tokoh-tokoh perniagaan terbilang pada zamannya yang masih berfikir mengaut keuntungan dari cara kotor dengan menipu  jemah’ah haji yang datang untuk menunaikan haji pada setiap tahun. Disini jelas ketokohan nabi dalam bidang perniagaan tidak boleh dipertikai sehinggakan ‘At Thaahirah’ terpikat dengan keperibadiannya.

                Baiklah jika dilihat dari segi kehebatan berniaga , jelas Rasulullah hebat berniaga, tapi bukankah pada zaman itu sahabat lain pun ada yang hebat berniaga seperti Abdul Rahman bin Auf dan yang lain? Jadi mengapa ana boleh katakan Rasulullah sepatutnya lelaki terkaya ?(Ana bandingkan dengan Abdul Rahman bin auf kerana didalam sirah dicatatkan dia penyumbang utama dalam semua peperangan dan terdapat banyak hadis yang menggambarkan betapa kayanya Abdul Rahman berbanding sahabat lain tanpa menafikan kekayaan sahabat lain)

                Baiklah jika dilihat dari aspek kehebatan berniaga , ya memang ramai yang ada kemampuan berniaga sebagaimana sebuah mafhum hadis Rasulullah “ Kalaulah Abdu Rahman Al-Auf mengangkat batu maka dia akan menjumpai emas dibawah batu tersebut .” Namun mari kita lihat dari dua aspek luaran yang paling mempengaruhi  kejayaan suatu perniagaan pertama dari sudut modal kapital dan kedua dari sudut pengaruh yang mana cepat atau perlahan sesuatu perniagaan banyak bergantung kepada dua perkara ini.

                Baiklah dari sudut modal kapital atau modal asas untuk memulakan suatu perniagaan. Apabila berlakunya peristiwa hijrah maka semua muhajirin termasuk  Rasulullah dan Abdul Rahman meninggalkan semua harta di  Mekah. Maka semua muhajirin memulakan modal kapital dengan angka sifar. Maka Abdul Rahman mencari dan memulakan modal dengan menjual kayu api di pasar madinah (rujukan diperlukan) Manakala Rasulullah untuk memulakan modal  maka Rasulullah hanya perlu duduk di rumah kerana Allah telah janjikan harta ghanimah yang mana bahagian yang Rasulullah terima sama jumlahnya dengan bahagian yang diterima oleh bahagian penerima yang lain. Untuk lebih jelas semua jumlahnya samadengan jumlah yang diiterimaoleh semua fuqara’ madinah ketika itu !!!!

                Baiklah dari segi pengaruh , manusia yang mengingkari kenabianyyapun mengiktiraf Dia sebagai manusia paling berpengaruh pernah hidup !! Bayangkan , kalaulah zaman sekarangpun Al-Arqam mampu menjadi pengeksort kicap pertama di Malaysia, Ayah Pin mampu membina taman lebih mahal dari Taman Tasik Shah Alam, air jampi Adi putra laris ,air Gau boleh mendapat pulangan ribuan ringgit, dan kurma nabi kurma paling laris walaupun ramai mempertikaikan keasliannya !! Bayangkan kalau Rasulullah berniaga, kalau jual dengan keuntungan 10 kali gandapun oran pasti beli !! Nama Rasulullah sendiri sudah mempunyai Brand power yang sgt kuat , bayangkan dulu hampir disetiap tempat ada capal nabi.

                Jelas, jika nabi berniaga, ataupun hanya menyerahkan namanya untuk mana-mana syarikat perniagaan ketika itu, tentulah nabi menjadi orang terkaya pernah hidup, dan syarikat nabi pasti akan kekal sehingga hari ini, tetapi benarlah mafhum hadis “sesungguhnya para anbiya’ dan ulama’ tidak mewariskan dinar dan dirham..” . Dan juga ini menjadi bukti bahawa Rasulullahlah manusia pertama dan sepnuhnya membenarkan ayat Quran

“أن الله اشتري من المؤمنين أنفسهم وأموالهم بأن لهم الجنة….”                “sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman HARTA mereka dan NYAWA mereka dengan SYURGA”  Dan akhirnya tidurlah Arrasul diatas sehelai tikar yang kasar pada setiap malam dan kia masih diatas tilam-tilam yang empuk.  

Advertisements

One comment on “orang kaya madinah

  1. ahmad berkata:

    masha Allah..

    Allahumma Sholli ‘ala Muhammad !!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s