di puncak sinai


dsc01141.jpg

Pagi 7 hari bulan 2 ana dan sekumpulan ikhwah mesir mula berkumpul di tepian jalan hayyu a’shir menunggu bas yang akan membawa kami ke semenanjung sinai dan kawasan sekitarnya. Sinai ,kawaan yang mencatatkan pelbagai peristiwa yang bersejarah tentang akidah, tentang ukhuwwah, tentang tarbiah dan tentang dakwah. Terasa keasyikan dan keseronokan bersama ikhwah yang sudah lama dan baru walaupun terpaksa menunggu bas selama 45 minit. Kami mulakan perjalanan yang terhidang 1001 macam persoalan dan fitnah(ujian) dengan satu soalan apakah mungkin berulang sejarah sinai didalam hati ini.

Kami memulakan perjalanan dengan melewati sempadan 4 negara di Taba. Jauh disudut hati menangis melihat kibaran bendera israel yang mengingatkanku kepada ibuku, ayahku, adikku, abangku, kakakku yang kesejukan, kelaparan dan ketakutan dek kekejaman yahudi kepada mereka, Ya Allah angkatlah dari mereka rasa takut, lapar dan sejuk dan gantikanlah dengan kekenyangan, kegembiraaan dan kepanasan !!! Dan kurniakanlah kepada mereka kemenangan seperti mana engkau memenangkan tentera Muhammad di Khaibar !!!

Pada malamnya pula kami bersiap di kaki sinai dan memulakan pengembaraan kami lebih kurang jam 11 malam selepas menunggu dalil(pemandu pelancong) slepas menunggu selama lebih kurang 2 jam (beliau lewat kerana melihat mesir mengalahkan ivory coast 4-1). Langkah bermula walau kepenatan memasak masih terasa, namun terima kasih kepada Akhi sahabatku semenjak sekolah membantu di sepanjang perjalanan sentiasa menceriakan suasana. Perjalanan agak sukar kerana kami berjalan didalam kegelapan malam dan melalui kawasan berbatu yang asing bagi anak jati Malaysia. Kami berjalan lebih kurang 4 jam sebelum sampai ke puncak, di sepanjang perjalanan kasihan elihat sahabat yang agak kurang sihat untuk mendaki , namun kesungguhan mereka membakar semangat ana untuk teruskan pendakian.

Sampai di puncak, kami berehat sebentar di tempat rehat yang disediakan oleh badwi disana dengan bayaran secawan teh 5 geneh(3 ringgit) kami berehat lebih kurang 45 minit sebelum naik ke puncak yang hanya 3 minit dari kawasan rehat. Bila hampir masuk subuh kami naik keatas dan solat subuh yang hanya boleh memuatkan 20 orang dalam satu masa, maka kami bergilir solat subuh.

Selepas subuh maka saat yang dinantikan melihat matahari terbitpun tiba. Dengan penuh kesabaran kami menanti terbitnya matahari. Disaat itu kedengaran sekumpulan kristian manyanyikan lagu-lagu bernada gospel memuji Jesus. Tika itu terdetik dihati betapa syukurnya dengan nikmat hidayah. Terfikir sejenak apakah nasib diri jika dilahirkan dalam keluarga kristian mungkinkah pendakian ana ke sinai untuk tujuan melangkah jauh dari nur ilahi. Subhanallah disaat ini bertiup dihati betapa agungnya ciptaan yang mejadi sumpah di dalam Quran. Tidakkan terukir demi Matahari dan waktu dhuha didalam kalam tuhan melainkan disana ada tanda kebesaranNya.

Tika itu terlintas disudut kecil hati, apakah kumerasakan adanya Allah pencipta dengan sepenuh hati, dan apakah ana hanya akan merasakan kewujudanNya hanya pabila melihat kebesaranNya? Jadi apakah cukup dengan iman selemah ini untuk menghadapi saat –saat yang menanti dihadapan dan menjadikannya kekuatan untuk melangkah ke syurga dan menjawab dihadapannya kelak. Terasa betapa kerdilnya dan lemahnya iman yang ada, dan dalam masa yang sama tersentak hati ini apabila teringat bahawa keyakinan solafusaleh dahulu terhadap bangkitnya islam adalah seperti yakinnya mereka pabila melihat terbitnya mentari. Semakin sebak hati ini yang sering ragu adakah jalan ini akan berjaya? Apakah ana akan bersama jalan ini sehingga ana ditanya mungkar nakir? Ya Allah thabatkanlah hati ini pada jalan ini. Ya Allah hati in ingin berjalan bersama Ar Rasul menuju ke syurga bersama Abu Bakar dan Umar menuju firdausi , maka bantulah hambamu ini Ya Allah !!!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s