Sekembali dari sinai


dsc01173.jpg                  Alhamdulillah Allah telah memberi rahmat dan limpah kurnia dengan memberi kesihatan untuk menghabiskan jaulah ke sinai dan juga ana bersyukur kerana jaulah kami bukanlah jaulah kosong.                 Alhamdulillah dengan bertemakan ukhuwwah dan mengambil qudwah dari rasul dan orang2 soleh yang telah membenarkan janji mereka dengan menyerahkan hidup mereka sepenuhnya kepada Allah. Beberapa pengajaran yang boleh ana dapat kongsikan sepanjang perjalanan ana :

1.       Kekuatan yang paling penting untuk diperoleh dalam setiap perjuangan adalah kekuatan rohani namun kekuatan fizikal merupakan salah satu asbab kemenangan. Ini terbukti apabila mentadabbur semula kisah perjuangan Salahuddin ketika menziarahi kubu salahuddin.

2.       Ukhuwwah yang kita fahami adalah ukhuwwah yang praktikal jauh dari berlebihan dalam berteori tetapi lebih menekankan pembentukan dan pemahamannya dalam bentuk program amali yang mampu membentuk ukhuwwah dengan lebih mantap. Contohnya ketika menaiki gunung sinai maka ketika itu barulah teruji ukhuwwah dalam bersangka baik kepada  rakan-rakan yang agak lambat berbanding yang lain, dalam masa yang sama mereka yang boleh pergi laju akan keletihan jika menunggu mereka yang lambat.

3.       Tidakkan bernilai suatu program tanpa hadaf yang jelas, diamana ketika kami menaiki gunung maka kami mendaki bersama-sama denangan rombongan yang laindari negara lain dan negara sendiri dan semua merasai keletihan yang sama, namun jika ditanya apakah istifadhah yang boleh diambil ? Maka tanyalah semula apa yang dapat dibentuk ? Adakah sekadar penat?

4.       Ketika berada di puncak ana melihat wadi(kawasan lurah antara dua gunung) yang mana luasnya sangatlah besar. Ada yang seluas gunung itu sendiri. Maka ana teringat akan hadis nabi, yang mafhumnya ‘kalaulah diberi kapada anak adam dua wadi daripada emas maka dia akan minta yang ketiga maka takkan dapat penuhi perut anak adam kecuali tanah’. Betapa Allah nak gambarkan kepada kita tantang betapa rakusnya manusia terhdap dunia.

5.       Dan yang terakhir adalah ketika ana melihat terbitnya matahari naik. Ketika itu ana teringat pesan seorang akh kepada ana, ‘keyakinan kita terhadap kemenangan diatas jalan ini adalah ibarat yakinnya kita esok akan terbitnya matahari’ maka ketika itu ana pun bertanya semula kepada diri adakah ana yakin seperti itu? Jika ya maka apakah lagi yang mampu menghalang ana untuk beramal ? Jika tidak maka apakah ana sudah cukup memahami agama ini dan adakah cukup untuk ana menghadapi Allah di akhirat kelak dengan apa yang ada pada ana sekarang? Semoga Allah menggolongkan kita didalam golongan yang beramal dan ikhlas. Wallahu a’lam

Advertisements

5 comments on “Sekembali dari sinai

  1. Ustaz Muhammad Fauzi berkata:

    Minum asir manggo kot yang kuat sangat naik gunung tu?

  2. suhailsufian berkata:

    : )

  3. johan berkata:

    ~em.. palestine on its own… together make it real!!

  4. Abu Hamzah berkata:

    Firman Allah s.w.t : ” Katakanlah (Muhammad), ” Jelajahilah bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana
    kesudahan orang-orang yang mendustakan itu.”

    Semoga kita mengikut teladan daripada para rasul dan orang-orang yang soleh. Dan kita tidak mengulangi sejarah mereka yang mendustakan para rasul.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s