mukaddimah tak penting?


best-wallpapers-9.jpg

  

Muqaddimah pentingke? Tak yah pun takpe kot .

                Apa ada pada muqaddimah? Soalan yang mungkin tidak akan ditanya oleh sesiapapun yang sedang atau ingin membaca buku atau sesuatu bahan bacaan. Namun sedar atau tidak Muqaddimah sesuatu bacaanlah biasanya menjadi penentu kepada keberkesanan sesuatu bahan bacaan.

                “Tidak akan diletakkan muqaddimah diawal kitab melainkan ianya merupakan perkara pertama yang ingin disampaikan oleh penulis” satu qaul ulama’ azhar didalam salah satu kitabnya. Jelas kepentingannya, namun sedikit yang membacanya. Kebiasaannya suatu ilmupun hanya akan dikuasai apabila kita mengenal muqaddimahnya. Contohnya tidak akan berjaya dan mantap seorang ahli kimia tanpa mengetahui takrif kimia dan dua teori utama ilmu kimia. Iaitu teori kinetik dan zarah jirim yang merupakan topik dalam mukaddimah ilmu kimia yang merupakan kunci kepada semua ilmu kimia yang lain.

                Mari kita lihat dari sudut aplikasi pula. Kita biasa dengar istilah “don’t judge the book by it’s cover” namun kita selalu mengukur seseorang melalui paras rupa dan penampilan serta sifat dia yang kita kenali dan bisa mengatakan ‘alaa aku kenal la siapa dia ni’ namun tidak pernah kita cuba mengetahui muqaddimah hidupnya atau bagaimanakah permulaan kepada sesuatu masalah atau kekurangan seseorang dalam kehidupan, maka kita menghukum dia dengan zalim tanpa keadilan(walaupun kita menggelar diri kita ‘pejuang keadilan’).

                Begitu juga sebaliknya tabiat kita untuk tidak membaca dan menguasai muqaddimah menjadikan fikrah kita sedikit cacat dan kurang berbanding orang yang menguasai muqaddimah. Contohnya dalam penguasaan sirah dan pengamalan dalam kehidupan. Kita bersungguh dalam mengejar Madinah namun kita lupa muqaddimah Mekah yang padanya kunci kejayaan Madinah. Kita impikan Daulah dan Ustaziatul Alam tapi kita lupa muqaddimahnya iaitu fard muslim yang mana jelas Allah sebut dalam quran didalam surah an-nur ayat 55 yang berbunyi :   “وعد الله الذين ءامنوا وعملوا الصالحات ليستخلفنكم في الارض كما استخلف الذين من قبلكم “  yang bermaksud “Allah telah menjanjikan kepada orang yang beriman dan beramal soleh antara kamu , bahawa sungguh dia akan menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa…” . Jelas disini Allah letakkan syarat untuk mendapatkan khilafah dan menjadikan Kalimah Allah sebagai yang paling tinggi maka syarat yang paling asas adalah perlunya ada sekumpulan individu yang mencukupi syarat keimanan dan amal soleh kepadanya. Maka ia kan kembali kepada individu yang merupakan mukaddimah kepada khilafah yang kini semakin ramai yang melupakan untuk membentuk peribadi muslim yang sejati dan lebih fokus kepada urusan yang pada namanya nampak gah namun takkan guna sebuah urusan melainkan INDIVIDU  yang menguruskannya beriman dan jelas apakah yang dimaksudkan dengan amal soleh pada ayat tersebut.                

        Apabila difikirkan dengan lebih mendalam lagi tentang mukaddimah membuat kan kita berkhayal dan akan berkata kepada diri ‘kalaulah aku dahulu…..’ dan mulalah muncul segenap angan-angan dan impian yang kita terlepas untuk laksanakan walaupun kita tahu bahawa masa yang berlalu takkan kembali. 

              Ana akhiri khatirah ana dengan satu hikmah yang ana fahami didalam salah satu risalah albanna ‘ setiap kali kita mulakan kehidupan kita pada watu pagi, ketahuilah bahawa itu merupakan mukaddimah harian yang Allah berikan kepada kita sebagai peluang untuk kita mencipta penutup jalan ceritanya. Dan ketahuilah penutup yang baik adalah pada mukaddimah yang baik dan mukaddimah yang buruk akan membawa kepada penutup cerita yang buruk.Namun dalam realiti kehidupan , hidup kita penuh mukaddimah yang biasanya kita takkan tahu penutupnya bila dan bagaimana boleh jadi 5 saat dari sekarang dan boleh jadi 5 tahun dari sekarang, kita juga takkan tahu bagaimana keadaan penutup adakah ‘happy ending? ‘ atau tidak. Jadi pastikanlah mukaddimah kita sentiasa atas risalah ini kerana tidak akan bermakna dan bernilai hidup ini tanpa risalah ini ’. Wallahu a’lam.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s