Pertemuan tanpa perpisahan ?


img_1132.jpg

“setiap pertemuan ada perpisahan” suatu hikmah yang sering kita dengar bila suatu perpisahan berlaku.Namun pernah tak kita mendengar pertemuan yang tiada perpisahan?

Ia mungkin suatu yang ganjil dan boleh dikategorikan sebagai mustahil.Tetapi sedar atau tidak, jika difikirkan dgn teliti tentang ayat-ayat Quran dan semua panduan manhaj ilahi, tiada yang mustahil, kerana mustahil merupakan sifat yang membataskan sesuatu hanya pada apa yang boleh difikirkan atau difahami oleh akal yang waras. Maka dengan jelas kita sedar bahawa akal merupakan makhluk yang sangat terbatas dari pengetahuan dan ilmu Allah yang maha luas.Maka tiada yang mustahil disisi Allah.Contohnya, dari segi akal mustahil seseorang dapat hidup selamanya.Tetapi ilmu Al-A’alim maha luas dan Al-Malik maha kuasa dalam melakukan sesuatu maka Ar-Rahim menciptakan untuk kita syurga yang tiada disana kematian dan membenarkan manusia hidup selamanya.Jelas, tiada yang mustahil disisi Allah.

Baiklah, maka apakah dia “pertemuan tanpa perpisahan” ? Baiklah mari kita melihat kepada sifat pertemuan.Secara mudahnya ia berlaku apabila dua insan bertemu.Secara logik akal kita, wajib disana adanya perpisahan dan secara tak logiknya tiada perpisahan disana.Sifat perpisahan pula ia meruapakan perpisahan antara dua insan.

Jadi adakah mungkin bertemu tanpa berpisah?.Cuba kital lihat pada sifat insan pula, kerana kita sedang berbincang tentang pertemuan dan perpisahan antara insan.Insan mempunyai beberapa unsur.Jasad,roh dan akal yang utama.

Manusia biasa bertemu dan berpisah kerana teman, mungkin juga kerana rakan persekolahan , mungkin juga kerana sepasukan bola dan mungkin kerana rakan sekerja.Tetapi untuk seorang yang faham islam maka wajiblah pertemuan mereka kerana Allah dan ini merupakan suatu perkara yang indah dikalam sukar dihati kerana mustahil pertemuan kerana allah diukur pada jasad yang bertemu.Yang pasti ia hanya diukur dari pertemuan hati-hati yang ikhlas berjuang di jalannya.Maka adakah hati disini dikategorikan sebagai jasad atau perkara yang bersifat ruhi.

Mari kita melihat kepada mafhum hadis – suatu ketika Rasulullah sedang duduk bersama sahabatnya lalu rasulullah bersabda “Aku rindukan saudaraku” maka sahabat pun pelik dan bertanya bukankah kami saudaramu? Rasulullah menjawab “Tidak. Kamu adalah sahabatku,saudaraku adalah mereka yang datang selepasku, mereka beriman kepadaku tetapi mereka tidak pernah melihat aku sebelum ini.”

Jelas disini ikatan ini tidak pernah diukur dari segi pertemuan atau perpisahan jasadi dan zahiri tetapi ia merupakan suatu ikatan yang diikat atas dasar imaniah dan ia kembali kepada hadaf dan tujuan kita berdiri tak lain dan tidak untuk mengabdikan diri spenuhnya kepada Allah S.W.T.

Persoalannya, bolehkah pertemuan ruhiah berpisah? Jawapannya ya, hanya apabila insan yang bertemu tersebut sudah lupakan tujuan dan misi dia hidup didunia dan sudah memisahkan dirinya daripada hakikat pertemuan kerana ilahi.

Nah inilah jalan dan panduan yang diajar oleh arrasul alhabib kepada kita tentang pertemuan dan perpisahan. Adakah kita akan berusaha kearahnya?. Sukar namun inilah jalan yang kan mengurangkan kekesalan kita dihari yang tiada seorangpun yang kan tercicir daripada berasa menyesal.

Advertisements

One comment on “Pertemuan tanpa perpisahan ?

  1. hady kim berkata:

    PERTEMUAN N PERPISAHAN TAK DAPAT KITA JANGKA N RANCANG…
    IA BERLAKU SECARA SEMULAJADI…
    (PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s