Khatirah al-fatihah ayat pertama


imtihan2.jpg

Sebuah surah yang penting didalam quran yang mana ia digambarkan sebagai ummu kitab(ibu kepada kitab Al-Quran) itu sendiri, namun pernahkah kita berfikir surah yang dibaca pada kadar minima 17 kali sehari ini (iaitu surah dan kalam yang paling banyak dibaca oleh semua umat islam dan juga surah yang paling banyak didengari oleh penduduk bumi!) mengapakah islam meletakkannya pada kedudukan yang tinggi yang mana Rasululah mengatakan didalam hadis sahih riwayat syaikhan – tiada solat melainkan padanya al-fatihah.Dan tidaklah ia dinamakan al-fatihah melainkan padanya kemuliaan sebagai surah yang membuka al-kitab dan padanya ada rahsia dalam memahami Al-Quran .

Ayat pertama,   “bismillahirrahmanirrahim”.

                Sedikit yang dapat saya kongsi dalam beberapa ayat dlm al-fatihah, pertama ianya dimulakan dengan bismillah iaitu suatu lafaz tergantung yang padanya dua sifat Allah ynag mulia iaitu Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Mengapa saya katakan tergantung, kerana jika ditafsirkan maka maksudnya adalah dengan ‘nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang…..’ ? jika dilihat  tiada perbuatan disitu. Lafaz ini secara zahir dan yang kita semua fahami bererti  kalau nak buat sesuatu kena dengan nama Allah. Namun jika memahami konsep kesyumulan islam maka ia jauh lebih bermakna dari segi perkataan kerana jika tidak takkanlah Rasulullah bersabda “Setiap amalan yang tidak dimulai dengan Al-Fatihah maka ia akan terputus “(mafhum hadis sila betulkan jika silap). Baiklah untuk mudahkan penerangan ana cuba bawa pada pandangan dari sudut berbeza-

·         Sudut rabbani

        Disini merupakan kunci kepada kebasahan kehidupan kita dan perbuatan kita dengan Allah S.W.T. dimana pada kalam bismillah terletak satu kekuatan tarbawi dalam memastikkan perbuatan kita tepat dengan syiar kita iaitu Allah ghayatuna. Ia akan mengingatkan kembali kita pada tujuan kehidupan kita dengan tiga lafaz ketuhanan yang mempunyai sentuhan yang berbeza.

1.       Lafaz pertama : Allah, yang mengingatkan kembali kepada tujuan kehidupan yang mana ianya merupakan nama tuhan yang mutlak yang mana satu-satunya nama yang bila disebut maka tidaklah kita akan terbayang dan berfikir tentang perkara lain ialah Allah yang mengingatkan kita hanya kepada Allah mutlak tanpa disandarkan kepada perkara lain(contohnya jika nama Ar-Rahman maka kita akan disandarkan kepada betapa penyayangnya Allah)Maka ingatlah salah satu kayu ukur iman adalah apabila kita mendengar kalimah Allah maka bergetarlah hati (Al-Anfal:3). Maka adakah bergetar hati kita apabila kita membaca bismillah?

2.       Lafaz kedua: Ar-Rahman, yang pada bahasanya bermaksud empunya rahmat, secara mudah ianya bererti  ‘penganugerah rahmat yang melimpah ruah meliputi muslimin dan ghair muslimin’. Disini kita faham bahawa Allah juga memberi nikmat kepada mereka yang bukan islam yang secara terang Allah sebut  “sesungguhnya orang yang kafir akan diiring keneraka secara rombongan.. (Az-Zumar -71) yang mana sudah jelas sebanyak manapun harta mereka didunia dan sebanyak manapun nikmat yang Allah bagi kepada mereka didunia maka tidakkah semuanya akan hancur dan tidak berguna langsung ! Lalu tidakkah ini perbuatan sia ? Tetapi dengan mudah Allah menjawab dengan persoalan ini dengan jawapan yang mudah  “Sesungguhya kami telah menjadikan semua yang ada diatas bumi sebagai perhiasan baginya, untuk kami menguji mereka, siapakah diantaranya yang terbaik amalan” Al-Kahfi :7 . Dan juga dalam surah Ali Imran bahawa semuanya merupakan petanda bagi ulul albab. Namun cuba kita berfikir sejenak dalam keadaan dunia masa kini yang mana ramai umat islam dengan mudah menignggalkan manhaj yang unggul ini dan berpegang kepada teori –teori barat terutamanya dari aspek mahaj perubahan secara sedar atau tidak. Jika dilihat situasi sekarang terbentang dihadapan kita pelbagai manhaj dan kitab yang menerangkan mengenai sistem perubahan dari aspek pembentukan individu sehinggalah pembentukan bangsa dan negara ,berapa ramai yang sedar adakah, apa yang difahami dan diperjuangkan adalah Islam yang tulen yang bersumberkan Al-Quran dan sunnah atau tidak. Bukanlah disini saya ingin menhasut dan menidakkan kebaiakan yang mereka telah lakukan. Saya yakin bahawa ada dikalangan mereka yang mungkin masuk syurga lebih awal dari diri saya yang lemah tetapi ini hanyalah pandangan dari seorang masih hijau dalam dunia ini. Namun tidaklah Allah jadikan nikmat(dari segi ilmu dan material kepada orang bukan islam) melainkan sebagai ujian bagi hambanya supaya ia lebih rapat kepadanya.

3.       Ar-Rahim : Yang maha penyayang. Tidaklah lafaz ini melainkan untuk mentakkidkan atau menguatkan sahaja lafaz kedua(Tafsir Ayat Hukum m/s 195 ,Prof, Dr Qosbi Mahmud Zalath mantan naib rektor universiti Al-Azhar) namun ada yang mengatakan ianya sebagai lafaz khusus untuk kaum muslimin yang mengatakan ianya sifat yang khusus dalam memberi nikmat kepada hamba ynag taat kepadanya. Bagi ana tidaklah tafsiran yang kedua melainkan hanya untuk menguatkan tafsiran pertama, kerana bagi ana sifat Ar-Rahman itu sendiri telah menunjukkan kepada kita bahawa tidaklah semua yang wujud diatas bumi melainkan untuk kita. Huraian akan ana terangkan dalam ayat pertama surah fatihah.

·         Sudut kesyumulan islam

1.       Telah ana katakan pada awal bahwa lafaz bismillah merupakan sebuah lafaz yang tergantung dan terletak pada hambanya untuk menggunakannya pada setiap perbuatan yang dilakukan. Nah jelas disini bahawa pada permulaan Al-Quran lagi kesyumulan islam telah dititik beratkan . Ayat pertama yang dijadikan sumber rujukan dan panduan hidup seluruh manusia sudah mengingatkan kita bahwa islam tidak pernah mangatakan islam itu hanya ibadah khususiah sahaja atau mana-mana juzuk dari kehidupan tetapi jelas, terang, mapan dan tuntas bahawa semua dalam kehidupan adalah islam. Pernahkah kita menitik beratkan kekhusyukan dalam bermain bola sama seperti kita solat, dimana kita menjaga niat, membentuk perasaan , memelihara adab dan cuba sedaya upaya melakukannya sehampir mungkin dengan apa yang dilakukan oleh Rasulullah. Secara idealnya semua perkara inilah yang dilakukan oleh semua sahabat dan tabi’iin. Bagaimana Umar Abdul-Aziz tidak akan melangkah kali kedua melainkan sudah mentajdid niat. Dan sudah tentu langkah Umar Abdul-Aziz bukan hanya untuk ke masjid tetapi juga ke pejabat khalifah,ke rumah sahabatnya dan juag mungkin juga kepasar ! Namun tiada langkahnya melainkan lillah dan untuk islam. Secara realistiknya tidaklah mustahil mencapai apa yang dilakukan oleh sahabat dan tabi’iin dalam melaksanakan kesyumulan islam oleh itu salah satu slogan ikhwan muslimin “kun sahabiyyan” jadilah sebagaimana sahabat, Cuma untuk mencapai sebagaimana sahabat tiadalah terbentang dihadapan kita melainkan satu jalan sahaja iaitu islam yang syumul itu sendiri.

Itulah serba sedikit yang terlintas dihati ana mengenai ayat pertama surah alfatihah, harap ia akan dapat menambahkan keshusyukan kita dalam ibadah solat. Wallahu a’lam

Advertisements

2 comments on “Khatirah al-fatihah ayat pertama

  1. akhawatalex berkata:

    salam ust suhail..
    sy minta izin copy, sampaikn pd sahabat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s